Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Mengapakah wilayah pengaruh yang luas penting terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
A. Mewujudkan perpaduan rakyat
B. Mengukuhkan peradaban bangsa
C. Membuktikan kewibawaan pemerintah ✓
D. Mengelakkan campur tangan kuasa luar
Jawapan: C
Soalan 2
Situasi berikut merujuk kepada Undang-Undang Laut Melaka." Seorang malim telah dijatuhi hukuman bunuh. "
Apakah kesalahan yang dilakukan oleh malim tersebut?
A. Memalsukan titah sultan
B. Mengingkari arahan raja
C. Mengenakan cukai tambahan
D. Menyebabkan kerosakan kapal ✓
Jawapan: D
Soalan 3
Pernyataan berikut merujuk kepada perkembangan nasionalisme di Asia." Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis. "
Apakah rasional seruan tersebut?
I Memperbaik kehidupan masyarakat
II Menghindari penyebaran ajaran sesat
III Memperkukuh hubungan persaudaraan
IV Membebaskan diri daripada penjajahan
A. I dan II
B. I dan IV ✓
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan: B
Soalan 4
Mengapakah British menganggap Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai pertubuhan radikal?
A. Menolak rundingan dengan kerajaan
B. Berani menyuarakan penentangan ✓
C. Bekerjasama dengan negara lain
D. Menuntut kebebasan mutlak
Jawapan: B
Soalan 5
Apakah hasrat Adolf Hitler menerusi Operasi Barbarossa yang dilancarkan semasa Perang Dunia Kedua?
A. Menguasai seluruh Eropah ✓
B. Mendapatkan bahan mentah
C. Menjejaskan ekonomi Britain
D. Mendapatkan kembali wilayah
Jawapan: A
Soalan 6
Gambar merujuk kepada anggota Rejimen Askar Melayu semasa pendudukan Jepun di negara kita. (Lihat rajah/jadual) Mengapakah beliau dianugerahi pingat Military Cross?
A. Merancang Operasi Zipper
B. Menyelamatkan tentera Bersekutu ✓
C. Mengelolakan siaran radio dari India
D. Mengetuai pertempuran di Pasir Panjang
Jawapan: B
Soalan 7
Apakah kandungan surat bantahan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu kepada kerajaan British di London pada tahun 1946?
A. Membatalkan status negara jajahan
B. Memulaukan pelantikan Gabenor British
C. Menolak kewarganegaraan secara jus soli
D. Memansuhkan persetujuan Malayan Union ✓
Jawapan: D
Soalan 8
Mengapakah Young Malay Association (YMA) ditubuhkan di Sarawak?
A. Memajukan penduduk tempatan ✓
B. Melaksanakan pemerintahan sendiri
C. Menggalakkan ahli bertukar pendapat
D. Membangkitkan kesedaran nasionalisme
Jawapan: A
Soalan 9
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh PUTERA dalam draf Perlembagaan Rakyat?I Pembahagian kuasa
II Bendera kebangsaan
III Hal ehwal luar negeri
IV Syarat kewarganegaraan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III ✓
D. III dan IV
Jawapan: C
Soalan 10
Dialog berikut berlaku pada tahun 1948.Pemuda A: Saya lahir dan bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu selama 15 tahun. Apakah syarat lain yang perlu saya penuhi untuk melayakkan saya menjadi warganegara?
Pemuda B: Anda mestilah mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Berdasar…
A. Jus soli
B. Naturalisasi
C. Pendaftaran ✓
D. Kuat kuasa undang-undang
Jawapan: C