🧬

2024 Bio Perak K1

Soalan percubaan SPM Biology Perak 2024 — 40 soalan objektif K1 dengan jawapan & penerangan AI BM. Cuba 10 soalan percuma.

40Soalan K1
1Bahasa
10Preview Free
Mula Quiz Sekarang →

Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)

Soalan 1
Rajah 1 menunjukkan simbol pada beg plastik W. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kegunaan beg plastik W dalam pengurusan bahan sisa biologi?
A. Membungkus agar nutrien yang tercemar ✓
B. Menyimpan medium kultur
C. Membuat tabung uji pecah
D. Meletak skalpel
Jawapan: A
Soalan 2
Rajah 2 menunjukkan Paramecium sp. Antara A, B, C dan D, yang manakah adalah vakuol makanan?
A. A
B. B
C. C
D. D ✓
Jawapan: D
Soalan 3
Antara yang berikut, yang manakah adalah tisu penghubung bergentian?
A. Darah
B. Adipos
C. Tulang
D. Tendon ✓
Jawapan: D
Soalan 4
Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen. Selepas satu jam, tiub Visking mengecut. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang eksperimen ini?
A. Cecair X: Larutan sukrosa 10%; Cecair Y: Larutan sukrosa 30%; Molekul yang bergerak merentasi tiub Visking: Air
B. Cecair X: Larutan sukrosa 10%; Cecair Y: Air suling; Molekul yang bergerak merentasi tiub Visking: Air dan sukrosa
C. Cecair X: Air suling; Cecair Y: Larutan sukrosa 30%; Molekul yang bergerak merentasi tiub Visking: Air dan sukrosa
D. Cecair X: Larutan sukrosa 30%; Cecair Y: Larutan sukrosa 10%; Molekul yang bergerak merentasi tiub Visking: Air ✓
Jawapan: D
Soalan 5
Seorang pemain bola sepak baru sahaja selesai menjalani latihan bola sepak selama dua jam. Antara A, B, C dan D minuman yang manakah paling sesuai untuk pemain tersebut untuk mendapatkan tenaga segera selepas latihan itu? [Julat normal bagi kepekatan glukosa darah manusia adalah 4.0 - 5.7 %]
A. Minuman: A, Kepekatan karbohidrat dalam minuman (%): 1.5 - 3.0
B. Minuman: B, Kepekatan karbohidrat dalam minuman (%): 4.5 - 5.5
C. Minuman: C, Kepekatan karbohidrat dalam minuman (%): 6.0 - 7.0
D. Minuman: D, Kepekatan karbohidrat dalam minuman (%): 10.0 - 11.5 ✓
Jawapan: D
Soalan 6
Apakah ikatan yang terbentuk antara molekul air?
A. Ikatan peptida
B. Ikatan kovalen
C. Ikatan hidrogen ✓
D. Ikatan ganda dua
Jawapan: C
Soalan 7
Rajah 4 menunjukkan satu tindakan enzim. Apakah X, Y dan Z?
A. X: Enzim; Y: Substrat; Z: Hasil
B. X: Substrat; Y: Hasil; Z: Enzim ✓
C. X: Hasil; Y: Substrat; Z: Enzim
D. X: Substrat; Y: Enzim; Z: Hasil
Jawapan: B
Soalan 8
Rajah 5 menunjukkan fasa dalam kitar sel. Apakah fasa T?
A. S ✓
B. M
C. G1
D. G2
Jawapan: A
Soalan 9
Rajah 6 menunjukkan beberapa peringkat dalam satu pembahagian sel. Apakah perlakuan kromosom dalam peringkat P?
A. Kromosom menjalani pindah silang
B. Kromosom tersusun di satah khatulistiwa
C. Kromosom homolog berpasangan membentuk bivalen
D. Kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub yang bertentangan ✓
Jawapan: D
Soalan 10
Persamaan yang manakah mewakili fermentasi yang berlaku di dalam yis?
A. Glukosa → Asid laktik + tenaga
B. Glukosa + oksigen → Karbon dioksida + air + tenaga
C. Glukosa → Etanol + karbon dioksida + tenaga ✓
D. Glukosa → Asid laktik + karbon dioksida + tenaga
Jawapan: C

Cuba 10 soalan percuma — log masuk untuk mula

Cuba Percuma →

← Semua Soalan Percubaan Biology SPM (K1 & K2)

Set Lain — Biology

Soalan Lazim

Soalan percubaan Biology Perak 2024 ada berapa soalan?

Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam BM.

Boleh cuba percuma?

Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.

Ada penerangan jawapan?

Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam BM — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.

💼 Belajar Biology — boleh jadi apa?
🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💊 Ahli Farmasi Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💉 Jururawat Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →