Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri lukisan biologi?
A. Garis label mesti tertuju pada struktur dan mempunyai kepala anak panah ✓
B. Garisan lukisan perlulah jelas, bersih dan berterusan dan tidak putus-putus
C. Besar dan tepat, menggunakan pensel yang tajam dari bukan pensel warna atau pen
D. Tidak berlorek secara artistik
Jawapan: A — Jawapan A. Garis label dalam lukisan biologi mesti lurus, tidak bersilang dan tidak boleh mempunyai kepala anak panah.
Soalan 2
Rajah 1 menunjukkan satu sel haiwan.
Apakah P dan Q?
A. P: Jasad Golgi | Q: Mitokondria
B. P: Jasad Golgi | Q: Nukleus ✓
C. P: Ribosom | Q: Nukleus
D. P: Ribosom | Q: Mitokondria
Jawapan: B — Jawapan B. P ialah jasad Golgi yang kelihatan seperti timbunan kantung pipih selari, manakala Q ialah nukleus, organel terbesar yang mengandungi kromatin/kromosom.
Soalan 3
Rajah 2 menunjukkan suatu proses yang berlaku pada Amoeba sp.
Apakah komponen yang terlibat dalam proses ini?
A. Mitokondria
B. Ribosom
C. Lisosom ✓
D. Nukleus
Jawapan: C — Jawapan C. Proses yang ditunjukkan ialah fagositosis. Lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim lisozim bagi mencernakan makanan tersebut.
Soalan 4
Rajah 3 menunjukkan struktur membran plasma.
Apakah fungsi P?
A. Menstabilkan membran
B. Menjadikan dwilapisan fosfolipid lebih fleksibel ✓
C. Menjadikan dwilapisan fosfolipid kurang fleksibel
D. Bertindak sebagai molekul reseptor untuk hormon
Jawapan: B — Jawapan B. P ialah molekul kolesterol yang menyisip di antara molekul fosfolipid, membantu menjadikan membran plasma lebih kuat, lebih fleksibel, dan kurang telap.
Soalan 5
Rajah 4 menunjukkan sejenis pergerakan molekul Q merentasi membran plasma.
I Pergerakan molekul Q adalah secara resapan ringkas
II Pergerakan molekul Q adalah secara resapan berbantu
III Pergerakan molekul Q adalah menuruni kecerunan kepekatan
IV Pergerakan molekul Q memerlukan tenaga daripada molekul ATP
Antara berikut yang manakah benar tentang pergerakkan molekul Q tersebut?
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III ✓
D. III dan IV
Jawapan: C — Jawapan C. Pergerakan Q menunjukkan resapan berbantu kerana ia melibatkan protein pembawa dan berlaku menuruni kecerunan kepekatan (dari kawasan kepekatan tinggi ke rendah) tanpa menggunakan ATP.
Soalan 6
Rajah 5 menunjukkan satu tindak balas metabolisme.
I Tindak balas anabolisme
II Tindak balas katabolisme
III Membebaskan tenaga
IV Menyerap tenaga
Antara berikut, yang manakah menerangkan tindak balas tersebut?
A. I dan II
B. I dan IV ✓
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan: B — Jawapan B. Rajah menunjukkan kondensasi dua molekul glukosa membentuk satu molekul maltosa. Ini ialah proses anabolisme (sintesis molekul kompleks daripada molekul ringkas) yang memerlukan dan menyerap tenaga.
Soalan 7
Rajah 6 menunjukkan minuman jus buah yang dikomersialkan.
Apakah pasangan enzim yang boleh digunakan untuk menghasilkan lebih banyak jus buah?
A. Lipase dan tripsin
B. Amilase dan lipase
C. Protease dan pektinase
D. Selulase dan pektinase ✓
Jawapan: D — Jawapan D. Selulase memecahkan selulosa dinding sel manakala pektinase menguraikan pektin dalam sel buah-buahan, membolehkan lebih banyak jus diekstrak.
Soalan 8
Antara berikut yang manakah ciri tumor benigna?
A. Tidak berbahaya ✓
B. Berlaku akibat tak disjungsi kromosom
C. Menyebabkan perubahan pada bilangan kromosom
D. Boleh merebak ke organ lain melalui salur limfa dan salur darah
Jawapan: A — Jawapan A. Tumor benigna ialah sel tumor yang tidak memusnahkan sel-sel normal di sekelilingnya, tidak merebak (bukan kanser) dan kebiasaannya tidak berbahaya jika dibandingkan dengan tumor malignan (kanser).
Soalan 9
Rajah 7 menunjukkan perlakuan kromosom semasa pembahagian sel.
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan perlakuan kromosom tersebut?
A. Kromosom homolog berada di kutub bertentangan
B. Kromosom homolog tersusun pada satah khatulistiwa
C. Kromosom homolog berpisah dan tertarik ke kutub yang bertentangan ✓
D. Kromatid kembar berpisah dan tertarik ke kutub bertentangan oleh gentian gelendong
Jawapan: C — Jawapan C. Rajah menunjukkan fasa anafasa I dalam meiosis di mana pasangan kromosom homolog berpisah dan ditarik ke kutub yang bertentangan oleh gentian gelendong.
Soalan 10
Rajah 8 menunjukkan seekor haiwan akuatik.
Antara berikut, yang manakah merupakan struktur respirasi haiwan tersebut?
A. Trakeol
B. Alveolus
C. Filamen ✓
D. Kulit lembap
Jawapan: C — Jawapan C. Haiwan yang ditunjukkan ialah ikan. Struktur respirasi bagi ikan ialah insang, yang terdiri daripada unjuran nipis yang dipanggil filamen.