🧬

2024 Bio Selangor set 1 K1

Soalan percubaan SPM Biology Selangor 2024 — 40 soalan objektif K1 dengan jawapan & penerangan AI BM. Cuba 10 soalan percuma.

40Soalan K1
1Bahasa
10Preview Free
Mula Quiz Sekarang →

Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)

Soalan 1
Rajah 1 menunjukkan satu kaedah pengurusan bahan sisa biologi.Selepas dimasukkan ke dalam beg tersebut, bahan sisa akan disejukbekukan. Apakah bahan sisa tersebut?
A. Kultur kaldu
B. Piring petri
C. Bangkai haiwan ✓
D. Picagari dan jarum
Jawapan: C
Soalan 2
Rajah 2 menunjukkan sejenis protozoa. Apakah jenis pembiakan yang dilakukan oleh protozoa tersebut?
A. Konjugasi
B. Belahan dedua ✓
C. Penjanaan semula
D. Pembentukan spora
Jawapan: B
Soalan 3
Rajah 3 menunjukkan salah satu sistem yang terdapat dalam manusia. Apakah peranan sistem itu?
A. Terlibat dalam pertukaran gas
B. Mengawal atur nilai pH badan
C. Terlibat dalam pergerakan badan
D. Mengawal atur suhu badan ✓
Jawapan: D
Soalan 4
Rajah 4 menunjukkan pengangkutan bahan merentasi membran plasma. Antara berikut, bahan yang manakah terlibat?
A. Asid lemak
B. Sebatian steroid
C. Asid amino ✓
D. Karbon dioksida
Jawapan: C
Soalan 5
Rajah 5 menunjukkan tindak balas kimia yang melibatkan disakarida. Apakah proses Z?
A. Kondensasi
B. Hidrolisis ✓
C. Asimilasi
D. Penyerapan
Jawapan: B
Soalan 6
Rajah 6 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji tindakan pepsin ke atas protein. Kandungan dalam tabung uji itu ialah campuran 2 ml ampaian albumen yang telah dididihkan dan disejukkan, 1 ml larutan pepsin 1% dan empat titis asid hidroklorik 0.1 M. Ampaian albumen menjadi jernih selepas 30 minit. Antara berikut, langkah yang manakah dapat mengurangkan masa yang diambil oleh ampaian albumen untu…
A. Kurangkan suhu kukus air kepada 30°C
B. Tingkatkan isi padu larutan pepsin 1% kepada 2 ml ✓
C. Tingkatkan isi padu ampaian albumen kepada 4 ml
D. Kurangkan isi padu asid hidroklorik 0.1 M kepada dua titis
Jawapan: B
Soalan 7
Antara berikut, enzim tersekat gerak yang manakah sesuai digunakan untuk mengeluarkan bulu daripada kulit haiwan bagi membuat kasut kulit?
A. Tripsin ✓
B. Lipase
C. Selulase
D. Pektinase
Jawapan: A
Soalan 8
Rajah 7 menunjukkan satu peringkat semasa meiosis. Apakah peringkat tersebut?
A. Profasa I
B. Metafasa I
C. Anafasa II ✓
D. Telofasa II
Jawapan: C
Soalan 9
Antara berikut, yang manakah ciri tumor benigna?
A. Tidak berbahaya ✓
B. Berlaku akibat tak disjungsi kromosom
C. Menyebabkan perubahan pada bilangan kromosom
D. Boleh merebak ke organ lain melalui salur limfa dan salur darah
Jawapan: A
Soalan 10
Rajah 8 menunjukkan cantuman kulit iaitu sejenis pembedahan yang melibatkan pemindahan kulit. Tisu yang dipindahkan dikenali sebagai kulit cantum. Cantuman kulit biasanya dilakukan untuk merawat luka yang luas atau trauma seperti luka terbakar. Proses yang manakah penting bagi kejayaan pembedahan itu?
A. Pengklonan
B. Mutasi
C. Mitosis ✓
D. Meiosis
Jawapan: C

Cuba 10 soalan percuma — log masuk untuk mula

Cuba Percuma →

← Semua Soalan Percubaan Biology SPM (K1 & K2)

Set Lain — Biology

Soalan Lazim

Soalan percubaan Biology Selangor 2024 ada berapa soalan?

Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam BM.

Boleh cuba percuma?

Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.

Ada penerangan jawapan?

Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam BM — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.

💼 Belajar Biology — boleh jadi apa?
🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💊 Ahli Farmasi Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💉 Jururawat Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →