🧬

2024 Bio Terengganu K1

Soalan percubaan SPM Biology Terengganu 2024 — 40 soalan objektif K1 dengan jawapan & penerangan AI BM. Cuba 10 soalan percuma.

40Soalan K1
1Bahasa
10Preview Free
Mula Quiz Sekarang →

Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)

Soalan 1
Pernyataan berikut menunjukkan peringkat-peringkat yang terlibat dalam penyiasatan saintifik. • P - Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik • Q - Mengenal pasti masalah • R - Mengawal pemboleh ubah • S - Membina hipotesis Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan peringkat yang betul dalam penyiasatan saintifik?
A. P, Q, R, S
B. Q, S, R, P ✓
C. S, P, Q, R
D. R, Q, P, S
Jawapan: B
Soalan 2
Antara sel berikut, yang manakah mempunyai kepadatan jalinan endoplasma kasar yang tinggi?
A. Sel hati ✓
B. Sel mesofil palisad
C. Sel pengawal
D. Sel otot
Jawapan: A
Soalan 3
Rajah 1 menunjukkan keadaan sel tumbuhan apabila direndamkan dalam larutan sukrosa 1.0 M selama satu jam. Apakah keadaan yang dialami oleh sel tumbuhan tersebut?
A. Deplasmolisis
B. Segah
C. Flasid
D. Plasmolisis ✓
Jawapan: D
Soalan 4
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pam natrium-kalium? I Memerlukan protein liang II Mengangkut ion hidrogen III Memerlukan tenaga daripada molekul ATP IV Pergerakan ion-ion adalah menentang kecerunan kepekatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV ✓
Jawapan: D
Soalan 5
Rajah 2 menunjukkan dua sampel makanan yang mengandungi karbohidrat. Seorang pelajar menjalankan satu ujian makanan ke atas sampel tersebut. Antara pemerhatian berikut, yang manakah adalah benar?
A. Produk P: Warna biru larutan Benedict tidak berubah. Produk Q: Warna biru larutan Benedict tidak berubah
B. Produk P: Warna biru larutan Benedict tidak berubah. Produk Q: Warna biru larutan Benedict bertukar kepada mendakan merah bata ✓
C. Produk P: Warna biru larutan Benedict bertukar kepada mendakan merah bata. Produk Q: Warna biru larutan Benedict tidak berubah
D. Produk P: Warna biru larutan Benedict bertukar kepada mendakan merah bata. Produk Q: Warna biru larutan Benedict bertukar kepada mendakan merah bata
Jawapan: B
Soalan 6
Rajah 3 menunjukkan hipotesis 'mangga dan kunci' bagi tindakan enzim. Berdasarkan rajah, apakah ciri yang ditunjukkan oleh enzim?
A. Tindak balas enzim adalah berbalik
B. Tindak balas enzim adalah spesifik ✓
C. Tindak balas enzim dipengaruhi oleh suhu
D. Enzim boleh diguna semula
Jawapan: B
Soalan 7
Rajah 4 menunjukkan satu set lengkap kromosom manusia dengan satu penyakit genetik. Antara yang berikut, kombinasi gamet yang manakah menyumbang kepada penyakit itu?
A. (22 + X) × (22 + Y)
B. (22 + X) × (22 + O)
C. (22 + XY) × (22 + X) ✓
D. (22 + YY) × (22 + X)
Jawapan: C
Soalan 8
Rajah 5 menunjukkan satu fasa yang berlaku dalam suatu pembahagian sel. Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya struktur R gagal berfungsi?
A. Menghasilkan sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang lebih atau kurang daripada sel induk ✓
B. Menghasilkan sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk
C. Menghasilkan variasi pada gamet
D. Bilangan kromosom dalam sel anak menjadi separuh
Jawapan: A
Soalan 9
Rajah 6 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji respirasi yis. Selepas satu jam, apakah yang dapat diperhatikan dalam kedua-dua tabung uji?
A. Etanol akan dihasilkan dan air kapur kekal jernih
B. Etanol akan dihasilkan dan air kapur menjadi keruh ✓
C. Asid laktik akan dihasilkan dan air kapur kekal jernih
D. Asid laktik akan dihasilkan dan air kapur menjadi keruh
Jawapan: B
Soalan 10
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan glikolisis?
A. Pengoksidaan piruvat oleh enzim
B. Penguraian piruvat oleh enzim
C. Pengoksidaan glukosa oleh enzim
D. Penguraian glukosa oleh enzim ✓
Jawapan: D

Cuba 10 soalan percuma — log masuk untuk mula

Cuba Percuma →

← Semua Soalan Percubaan Biology SPM (K1 & K2)

Set Lain — Biology

Soalan Lazim

Soalan percubaan Biology Terengganu 2024 ada berapa soalan?

Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam BM.

Boleh cuba percuma?

Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.

Ada penerangan jawapan?

Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam BM — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.

💼 Belajar Biology — boleh jadi apa?
🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💊 Ahli Farmasi Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💉 Jururawat Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →