🧬

2025 Biology Kedah K1

Soalan percubaan SPM Biology Kedah 2025 — 40 soalan objektif K1 dengan jawapan & penerangan AI 3 bahasa (BM, EN, 中文). Cuba 10 soalan percuma.

40Soalan K1
3Bahasa
10Preview Free
Mula Quiz Sekarang →

Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)

Soalan 1
Ahli biologi perlu berkomunikasi mengenai hasil-hasil penemuan penyelidikan mereka. Antara berikut, yang manakah bukan alat komunikasi dalam biologi?
A. Hipotesis ✓
B. Lukisan
C. Jadual
D. Graf
Jawapan: A — Hipotesis ialah ramalan yang diuji dalam penyiasatan, bukan alat komunikasi dapatan.
Soalan 2
Rajah 1 menunjukkan tisu X yang terdapat di bawah dermis kulit dan pada permukaan semua organ utama. Antara berikut, padanan tisu X dan fungsinya yang manakah betul?
A. Tisu X : Tisu epitelium / Fungsi : Memautkan tisu epitelium kepada tisu di bawahnya
B. Tisu X : Tisu adipos / Fungsi : Melapisi permukaan organ utama
C. Tisu X : Tisu epitelium / Fungsi : Melindungi organ dalaman
D. Tisu X : Tisu adipos / Fungsi : Menyimpan lemak ✓
Jawapan: D — Tisu adipos berada di bawah kulit dan sekitar organ utama serta berfungsi menyimpan lemak.
Soalan 3
Rajah 2 menunjukkan struktur membran plasma yang dijumpai dalam semua sel organisma. Apakah P?
A. Fosfolipid
B. Kolesterol
C. Protein pembawa ✓
D. Protein liang
Jawapan: C — Protein pembawa membantu mengangkut bahan tertentu merentasi membran plasma.
Soalan 4
Rajah 3 merupakan keadaan eritrosit setelah direndam dalam larutan garam. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai keadaan eritrosit?
A. Molekul air meresap keluar daripada sel menyebabkan eritrosit pecah
B. Molekul air meresap keluar daripada sel menyebabkan eritrosit mengecut
C. Molekul air meresap masuk ke dalam sel menyebabkan eritrosit pecah ✓
D. Molekul air meresap masuk ke dalam eritrosit menyebabkan saiz meningkat
Jawapan: C — Dalam larutan hipotonik, air masuk ke eritrosit secara osmosis sehingga sel pecah.
Soalan 5
Sebatian organik yang manakah mengandungi unsur nitrogen?
A. Lemak
B. Protein ✓
C. Glukosa
D. Glikogen
Jawapan: B — Protein mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.
Soalan 6
Rajah 4 menunjukkan tindakan laktase terhadap substrat yang berlaku di dalam ileum seorang individu. Individu tersebut dijangkiti penyakit malaria dan mengalami demam panas tinggi. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan daripada jangkitan penyakit terhadap tindakan laktase? I Kurang glukosa dan galaktosa dihasilkan II Kurang kompleks laktase-galaktosa dibentuk III Laktase tidak dapat berpele…
A. I dan II
B. I dan III ✓
C. II dan III
D. II dan IV
Jawapan: B — Demam panas boleh menyahaslikan enzim laktase, lalu tapak aktif berubah dan kurang produk terhasil.
Soalan 7
Rajah 5 menunjukkan satu fasa dalam mitosis yang diperhati di bawah mikroskop. Apakah fasa yang ditunjukkan dalam Rajah 5?
A. Profasa
B. Metafasa
C. Anafasa ✓
D. Telofasa
Jawapan: C — Anafasa berlaku apabila kromatid kembar berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan.
Soalan 8
Rajah 6 menunjukkan fasa-fasa dalam kitar sel. Antara berikut, yang manakah dipadan dengan betul?
A. G$_{1}$
B. S ✓
C. G$_{2}$
D. M
Jawapan: B — Fasa S ialah fasa sintesis DNA dalam interfasa.
Soalan 9
Yis boleh menjalankan respirasi aerob apabila kehadiran oksigen di persekitaran mencukupi. Walau bagaimanapun, apabila oksigen tidak hadir, yis akan menjalani fermentasi untuk menjana tenaga. Bahan apakah dihasilkan melalui kedua-dua respirasi aerob dan fermentasi dalam yis?
A. Karbon dioksida ✓
B. Oksigen
C. Alkohol
D. Air
Jawapan: A — Respirasi aerob dan fermentasi alkohol dalam yis kedua-duanya menghasilkan karbon dioksida.
Soalan 10
Alveolus merupakan struktur respirasi manusia untuk pertukaran gas respirasi. Antara ciri-ciri berikut, yang manakah membenarkan pengangkutan gas respirasi berlaku dengan cepat?
A. Terdapat lebih kurang 150 juta alveolus di dalam setiap peparu
B. Dinding alveolus sangat nipis iaitu setebal satu sel
C. Permukaan dalam dinding alveolus sentiasa lembap
D. Alveolus dilingkari oleh jaringan kapilari darah ✓
Jawapan: D — Jaringan kapilari darah yang padat mempercepat pengangkutan gas selepas resapan berlaku.

Cuba 10 soalan percuma — log masuk untuk mula

Cuba Percuma →

← Semua Soalan Percubaan Biology SPM (K1 & K2)

Set Lain — Biology

Soalan Lazim

Soalan percubaan Biology Kedah 2025 ada berapa soalan?

Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文).

Boleh cuba percuma?

Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.

Ada penerangan jawapan?

Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文) — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.

💼 Belajar Biology — boleh jadi apa?
🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💊 Ahli Farmasi Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💉 Jururawat Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →