Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala Unsur?
A. Helium dan Xenon ✓
B. Oksigen dan Kripton
C. Natrium dan Kripton
D. Oksigen dan Hidrogen
Jawapan: A — Kumpulan 18 terdiri daripada gas nadir. Helium dan xenon ialah unsur Kumpulan 18.
Soalan 2
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan jenis zarah yang betul bagi setiap bahan?
A. Atom: Air / Molekul: Zink / Ion: Natrium klorida
B. Atom: Zink / Molekul: Air / Ion: Natrium klorida ✓
C. Atom: Natrium klorida / Molekul: Air / Ion: Zink
D. Atom: Zink / Molekul: Natrium klorida / Ion: Air
Jawapan: B — Zink ialah unsur logam yang terdiri daripada atom. Air ialah sebatian molekul, manakala natrium klorida terdiri daripada ion.
Soalan 3
0.40 g logam P bertindak balas dengan fluorin untuk menghasilkan 0.78 g P fluorida. Apakah formula empirik bagi P fluorida?
[Jisim atom relatif: F = 19, P = 40]
A. PF
B. PF$_{2}$ ✓
C. P$_{2}$F
D. PF$_{4}$
Jawapan: B — Jisim F = 0.78 - 0.40 = 0.38 g. n(P) = 0.40/40 = 0.01 mol dan n(F) = 0.38/19 = 0.02 mol, maka nisbah P:F ialah 1:2.
Soalan 4
Protium, deuterium dan tritium adalah isotop bagi unsur hidrogen. Antara yang berikut, apakah perbezaan bagi ketiga-tiga isotop?
I Sifat kimia
II Sifat fizik
III Bilangan proton
IV Nombor nukleon
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV ✓
D. III dan IV
Jawapan: C — Isotop mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron berbeza. Oleh itu nombor nukleon dan sifat fizik berbeza.
Soalan 5
Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi suatu ion M$^{2+}$. Ion M$^{2+}$ mengandungi 12 neutron. Apakah nombor nukleon bagi atom M?
A. 10
B. 18
C. 24 ✓
D. 30
Jawapan: C — Ion M$^{2+}$ mempunyai susunan elektron 2.8, iaitu 10 elektron. Atom neutral M mempunyai 12 proton; nombor nukleon = 12 + 12 = 24.
Soalan 6
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang ikatan logam?
A. Pemindahan elektron antara logam dengan bukan logam
B. Perkongsian elektron antara atom-atom bukan logam
C. Daya tarikan antara atom hidrogen yang terikat dengan satu atom yang lebih elektronegatif dalam molekul lain
D. Daya elektrostatik antara lautan elektron dengan ion logam bercas positif ✓
Jawapan: D — Ikatan logam ialah daya tarikan elektrostatik antara ion logam positif dengan lautan elektron ternyahsetempat.
Soalan 7
Rajah 2 menunjukkan suatu contoh kegunaan seramik. Berdasarkan Rajah 2, yang manakah ciri seramik?
A. Lutsinar
B. Lengai secara kimia ✓
C. Ketahanan haba rendah
D. Boleh mengkonduksikan elektrik
Jawapan: B — Seramik biasanya keras, tahan haba dan lengai secara kimia. Kebanyakan seramik tidak mengkonduksikan elektrik.
Soalan 8
Maklumat yang berikut adalah mengenai unsur X.
- Digunakan sebagai mangkin dalam industri.
- Membentuk ion kompleks.
Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai unsur X?
A. Merupakan pepejal lembut
B. Mempunyai takat lebur yang rendah
C. Tidak boleh mengalirkan arus elektrik
D. Berupaya membentuk sebatian berwarna ✓
Jawapan: D — Ciri tersebut ialah ciri unsur peralihan. Unsur peralihan boleh membentuk ion kompleks, bertindak sebagai mangkin dan menghasilkan sebatian berwarna.
Soalan 9
Rajah 3 menunjukkan pembentukan ikatan bagi membentuk ion hidroksonium. Antara yang berikut, yang manakah jenis ikatan kimia yang terlibat dalam sebatian ini?
A. Ion
B. Datif ✓
C. Hidrogen
D. Logam
Jawapan: B — Ion H$^{+}$ menerima sepasang elektron daripada atom oksigen dalam H$_{2}$O. Ikatan yang terbentuk ialah ikatan kovalen datif.
Soalan 10
Elman melarutkan asid etanoik glasial ke dalam bikar yang mengandungi propanon. Antara penyataan yang berikut, yang manakah benar bagi larutan yang terhasil?
A. Larutan menukarkan kertas litmus biru kering ke merah
B. Larutan mengandungi molekul-molekul yang bergerak bebas ✓
C. Molekul asid etanoik mengalami penceraian lengkap di dalam propanon
D. Pembuakan berlaku apabila serbuk zink ditambahkan ke dalam larutan tersebut
Jawapan: B — Asid etanoik tidak mengion sebagai asid dalam pelarut organik seperti propanon. Larutan mengandungi molekul neutral yang bergerak bebas.