Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Pernyataan yang manakah betul berkaitan konsep kekurangan?
A. Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai.
B. Puan Rina dapat membeli semua barang yang disukainya dengan keuntungan perniagaannya.
C. Sinar Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua barang kerana mempunyai sumber ekonomi yang banyak.
D. Encik Shah hanya mampu membeli sepasang pakaian sahaja setelah menerima elaun sebanyak RM100 ✓
Jawapan: D — Jawapan: D
Kekurangan berlaku apabila sumber ekonomi adalah terhad (elaun RM100) untuk memuaskan kehendak yang tidak terhad → hanya mampu membeli sepasang pakaian.
Soalan 2
Jadual 1 menunjukkan pelbagai gabungan kemeja batik dan baju kurung dikeluarkan oleh Syarikat Nona Batik.
| Kemeja Batik (pasang) | Baju kurung (pasang) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 50 | 150 |
| 100 | 100 |
| 150 | 50 |
| 200 | 0 |
Berapakah kos lepas apabila syarikat tersebut menambah pengeluaran kemeja dari 50 ke 100 pasang?
A. 50 unit baju kurung ✓
B. 100 unit baju kurung
C. 150 unit baju kurung
D. 200 unit baju kurung
Jawapan: A — Jawapan: A
Penambahan kemeja dari 50 ke 100 pasang → baju kurung berkurang dari 150 ke 100 pasang → kos lepas ialah 50 unit baju kurung.
Soalan 3
Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) menunjukkan
A. faktor pengeluaran yang terhad
B. ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh
C. kos pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkan dua jenis barang
D. kesan pilihan terhadap kos lepas ✓
Jawapan: D — Jawapan: D
Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) menunjukkan pelbagai kombinasi output maksimum yang boleh dikeluarkan → menggambarkan konsep pilihan dan kos lepas.
Soalan 4
Pernyataan di bawah berkaitan dengan teknologi moden dalam pembuatan pertanian.
Penggunaan teknologi AI dalam pertanian membantu petani menghasilkan bahan mentah berkualiti tinggi dan konsisten
Penyataan tersebut berkaitan dengan masalah asas ekonomi
A. apa dan untuk siapa dikeluarkan
B. berapa dan bagaimana hendak dikeluarkan
C. bagaimana dan apa hendak dikeluarkan ✓
D. untuk siapa dan bagaimana dikeluarkan
Jawapan: C — Jawapan: C
"Teknologi AI" merujuk kepada cara pengeluaran (bagaimana hendak dikeluarkan) → "bahan mentah berkualiti tinggi" merujuk kepada jenis barang (apa yang hendak dikeluarkan).
Soalan 5
Jadual 2 berkaitan dengan permintaan baju sukan.
| Harga (RM) | $\begin{array}{c} \text{Kuantiti diminta (unit)} \\ \text{Mac} \end{array}$ | $\begin{array}{c} \text{Kuantiti diminta (unit)} \\ \text{April} \end{array}$ ||---|---|---|| 35 | 2 000 | 3 500 |
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya situasi di atas?
A. Harga baju sukan
B. Pendapatan berkurang
C. Musim kejohanan sukan ✓
D. Harga barang pengganti turun
Jawapan: C — Jawapan: C
Harga baju sukan kekal RM35 pada Mac dan April → perubahan kuantiti diminta dari 2 000 ke 3 500 unit disebabkan faktor bukan harga, iaitu musim kejohanan sukan → permintaan meningkat.
Soalan 6
Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan untuk buah manggis tempatan.
Apakah faktor yang menyebabkan perubahan di atas?
A. Harga manggis dijangka naik
B. Cukai barangan dikurangkan
C. Pendapatan pengguna bertambah
D. Citarasa pengguna terhadap manggis import ✓
Jawapan: D — Jawapan: D
Keluk permintaan beralih ke kiri ($D_{0}D_{0}$ ke $D_{1}D_{1}$) menunjukkan pengurangan permintaan → citarasa pengguna beralih ke buah manggis import menyebabkan permintaan manggis tempatan jatuh.
Soalan 7
Keluk penawaran menunjukkan
I apabila harga naik kuantiti ditawar akan jatuh
II apabila harga naik kuantiti ditawar akan naik
III hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah positif
IV hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah negatif
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III ✓
D. III dan IV
Jawapan: C — Jawapan: C
Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan positif (III) antara harga dan kuantiti ditawar → apabila harga naik, kuantiti ditawar juga naik (II).
Soalan 8
Apakah yang menyebabkan peningkatan penawaran bagi barangan elektronik di pasaran?
A. Kenaikan cukai barangan elektronik
B. Kenaikan upah buruh
C. peningkatan citarasa
D. peningkatan teknologi ✓
Jawapan: D — Jawapan: D
Peningkatan teknologi (penentu bukan harga) meningkatkan kecekapan pengeluaran → kos pengeluaran menurun dan pengeluar akan meningkatkan penawaran barangan elektronik.
Soalan 9
Pertambahan permintaan dalam keseimbangan pasaran akan menyebabkan
A. harga jatuh
B. kuantiti jatuh
C. keluk permintaan beralih ke kiri
D. keluk permintaan beralih ke kanan ✓
Jawapan: D — Jawapan: D
Pertambahan permintaan bermaksud keluk permintaan beralih ke kanan, yang akan membawa kepada titik keseimbangan baharu dengan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan yang lebih tinggi.
Soalan 10
Rajah 2 menunjukkan permintaan buah mangga.
Jika nilai keanjalan bagi buah mangga ialah 2, hitungkan nilai X.
A. 130 kg
B. 144 kg
C. 150 kg ✓
D. 180 kg
Jawapan: C — Jawapan: C
Formula keanjalan permintaan: $E_d = \frac{\Delta Q}{\Delta P} \times \frac{P_0}{Q_0}$ → $2 = \frac{X - 90}{4 - 6} \times \frac{6}{90}$ → $2 = \frac{X - 90}{-2} \times \frac{1}{15}$ → $-30 = X - 90$ → $X = 150$ kg. (Abaikan tanda negatif mutlak).