⚗️

2025 Chem Perak K1

Soalan percubaan SPM Chemistry Perak 2025 — 40 soalan objektif K1 dengan jawapan & penerangan AI 3 bahasa (BM, EN, 中文). Cuba 10 soalan percuma.

40Soalan K1
3Bahasa
10Preview Free
Mula Quiz Sekarang →

Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)

Soalan 1
Antara berikut, atom yang manakah mempunyai tiga elektron valens?
A. Atom A
B. Atom B
C. Atom C ✓
D. Atom D
Jawapan: C — Elektron valens ialah elektron pada petala paling luar. Atom yang mempunyai tiga elektron valens berada dalam Kumpulan 13.
Soalan 2
Pernyataan berikut merujuk kepada sumbangan seorang ahli sains dalam perkembangan idea tentang struktur atom. • Menemui proton • Nukleus sebagai pusat atom • Elektron bergerak di luar nukleus Siapakah ahli sains itu?
A. Niels Bohr
B. John Dalton
C. James Chadwick
D. Ernest Rutherford ✓
Jawapan: D — Rutherford menemui proton dan mencadangkan bahawa nukleus terletak di pusat atom.
Soalan 3
Unsur X dan unsur Y masing-masing terletak dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 16 dalam Jadual Berkala Unsur. Unsur X bertindak balas dengan unsur Y untuk membentuk suatu sebatian. Apakah formula kimia bagi sebatian itu?
A. XY
B. XY$_{2}$
C. X$_{2}$Y ✓
D. X$_{2}$Y$_{2}$
Jawapan: C — Unsur Kumpulan 1 membentuk ion X$^{+}$ dan unsur Kumpulan 16 membentuk ion Y$^{2-}$. Formula neutral ialah X$_{2}$Y.
Soalan 4
Antara berikut, sifat fizik yang manakah sama bagi unsur-unsur dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur?
A. Warna
B. Saiz atom
C. Takat lebur
D. Tidak mengkonduksi arus elektrik ✓
Jawapan: D — Unsur Kumpulan 17 ialah halogen, iaitu bukan logam yang tidak mengkonduksi arus elektrik.
Soalan 5
Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang peranan air dalam menunjukkan sifat keasidan?
A. Molekul asid akan larut dalam air menghasilkan ion hidroksida
B. Kehadiran air akan menyebabkan kertas litmus merah bertukar biru
C. Peneutralan asid akan berlaku dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen
D. Molekul asid akan mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen ✓
Jawapan: D — Asid menunjukkan sifat keasidan apabila molekulnya mengion dalam air menghasilkan ion H$^{+}$.
Soalan 6
Berikut adalah ciri-ciri bagi unsur L dan unsur M. • Membentuk ion kompleks • Membentuk sebatian berwarna Apakah L dan M? I Ferum II Barium III Kromium IV Magnesium
A. I dan II
B. I dan III ✓
C. II dan IV
D. III dan IV
Jawapan: B — Ferum dan kromium ialah unsur peralihan yang membentuk ion kompleks dan sebatian berwarna.
Soalan 7
Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan tentang ikatan datif?
A. Ikatan kovalen yang terbentuk apabila hanya satu atom berkongsi elektron
B. Ikatan kovalen yang terbentuk apabila elektron dipindahkan daripada satu atom sahaja
C. Ikatan kovalen yang terbentuk apabila pasangan elektron dikongsi oleh dua atom bukan logam
D. Ikatan kovalen yang terbentuk apabila pasangan elektron dikongsi berasal daripada satu atom sahaja ✓
Jawapan: D — Ikatan datif ialah ikatan kovalen yang pasangan elektron kongsinya disumbangkan oleh satu atom sahaja.
Soalan 8
Antara berikut, tindak balas yang manakah merupakan tindak balas perlahan?
A. Penapaian glukosa ✓
B. Percikan bunga api
C. Pembakaran metanol
D. Pemendakan argentum klorida
Jawapan: A — Penapaian glukosa mengambil masa yang lama, manakala percikan bunga api, pembakaran dan pemendakan berlaku cepat.
Soalan 9
Rajah 1 menunjukkan sebuah mentol LED. Antara berikut, kaca yang manakah sesuai untuk menghasilkan bahagian X?
A. Kaca plumbum
B. Kaca borosilikat
C. Kaca soda kapur ✓
D. Kaca silika terlakur
Jawapan: C — Bahagian kaca mentol biasanya menggunakan kaca soda kapur kerana mudah dibentuk dan murah.
Soalan 10
Antara berikut, padanan yang manakah betul?
A. Bahan komposit: Gentian kaca, Bahan matriks: Plastik, Bahan pengukuhan: Kaca gentian
B. Bahan komposit: Gentian optik, Bahan matriks: Plastik, Bahan pengukuhan: Gentian kaca silika
C. Bahan komposit: Konkrit diperkukuhkan, Bahan matriks: Jejaring dawai, Bahan pengukuhan: Konkrit
D. Bahan komposit: Kaca fotokromik, Bahan matriks: Argentum klorida dan kuprum(I) klorida, Bahan pengukuhan: Kaca ✓
Jawapan: D — Dalam gentian optik, plastik bertindak sebagai matriks dan gentian kaca silika sebagai bahan pengukuhan.

Cuba 10 soalan percuma — log masuk untuk mula

Cuba Percuma →

← Semua Soalan Percubaan Chemistry SPM (K1 & K2)

Set Lain — Chemistry

Soalan Lazim

Soalan percubaan Chemistry Perak 2025 ada berapa soalan?

Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文).

Boleh cuba percuma?

Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.

Ada penerangan jawapan?

Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文) — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.

💼 Belajar Chemistry — boleh jadi apa?
⚗️ Jurutera Kimia Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💊 Ahli Farmasi Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →