Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Siapakah Bapa Perakaunan yang telah menulis sebuah buku matematik dan telah memuatkan satu bahagian tentang peraturan simpan kira bagi sesuatu perniagaan?
A. Pacioli Luca
B. Luka Pacioli
C. Luca Pacioli ✓
D. Lucha Paciolli
Jawapan: C
Soalan 2
Maklumat berikut merujuk kepada Perniagaan Safuan Enterprise.Encik Safuan ingin membuat siasatan atas kecurian wang tunai sebanyak RM250 dalam mesin daftar tunai.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu menyiasat sebab kehilangan wang tunai tersebut selepas mengetahui kos siasatan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM500.
Apakah konsep perakaunan yang terlibat?
A. Ketekalan
B. Prinsip kos
C. Kos manfaat ✓
D. Wang sebagai ukuran
Jawapan: C
Soalan 3
Pernyataan manakah bukan ciri bagi Koperasi Serbaguna Kampung Dato' Bentara?
A. Liabiliti tidak terhad. ✓
B. Bilangan minimum ahli ialah 50 orang.
C. Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen.
D. Perniagaan diuruskan oleh Ahli Lembaga Koperasi.
Jawapan: A
Soalan 4
Manakah antara berikut merupakan komponen kos jualan?
A. Pulangan jualan
B. Angkutan masuk ✓
C. Angkutan keluar
D. Diskaun diterima
Jawapan: B
Soalan 5
Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Butik Muslimah Musalmah. “ Cik Musalmah telah membeli komputer perniagaan menggunakan wang peribadi. “Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas persamaan perakaunan?
A. Aset Berkurang, Liabiliti Berkurang, Ekuiti Pemilik Tiada kesan
B. Aset Bertambah, Liabiliti Bertambah, Ekuiti Pemilik Tiada kesan
C. Aset Berkurang, Liabiliti Tiada kesan, Ekuiti Pemilik Berkurang
D. Aset Bertambah, Liabiliti Tiada kesan, Ekuiti Pemilik Bertambah ✓
Jawapan: D
Soalan 6
Dalam sistem perekodan perakaunan, kenderaan telah dicatatkan dalam kategori aset di muka surat 18 dalam lejar Perniagaan Abu dengan menunjukkan kod 10018. Apakah nama sistem ini?
A. Sistem carta akaun ✓
B. Sistem catatan bergu
C. Sistem catatan kontra
D. Sistem maklumat perakaunan
Jawapan: A
Soalan 7
Perniagaan Izzah Enterprise telah menerima dividen atas pelaburannya di Maybank Investment Bhd. Pihak bank telah memindahkan dividen tersebut ke akaunnya dan satu dokumen telah dihantar oleh pihak bank.Apakah nama dokumen tersebut?
A. Nota Debit
B. Nota Kredit
C. Makluman Debit
D. Makluman Kredit ✓
Jawapan: D
Soalan 8
Dokumen bukan sumber adalah salah satu dokumen rujukan yang penting dalam sistem perakaunan. Apakah contoh dokumen tersebut?
A. Invois
B. Bil tunai
C. Penyata bank ✓
D. Slip transaksi perbankan elektronik
Jawapan: C
Soalan 9
Pihak pengurusan Juan Ling Sdn. Bhd. telah menetapkan setiap urusan pembelian kecil dibawah RM300 hendaklah direkodkan dalam satu buku perniagaan.
Apakah buku tersebut?
A. Buku Tunai
B. Buku Tunai Runcit ✓
C. Buku Catatan Pertama
D. Buku Catatan Inventori
Jawapan: B
Soalan 10
Pembekal Nina telah menghantar nota debit untuk tambahan jumlah caj kepada Perniagaan Hamizah kerana terdapat satu ketinggalan catatan dalam invois yang dihantar.Buku catatan pertama manakah yang perlu digunakan untuk merekodkan urus niaga tersebut?
A. Jurnal Belian ✓
B. Jurnal Jualan
C. Jurnal Pulangan Belian
D. Jurnal Pulangan Jualan
Jawapan: A
Soalan Lazim
Soalan percubaan P.Akaun Johor 2024 ada berapa soalan?
Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam BM.
Boleh cuba percuma?
Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.
Ada penerangan jawapan?
Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam BM — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.