Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Organisasi yang manakah tidak bermotifkan untung?
A. Klinik Dr Azhar dan Rakan-rakan
B. Restoran Makan Amirah
C. Majlis Belia Perak ✓
D. Merbau Maju PLT
Jawapan: C — Jawapan: C. Majlis Belia Perak ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamatkan kebajikan masyarakat, manakala pilihan lain adalah entiti perniagaan bermotifkan untung.
Soalan 2
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri rakan kongsi.
- Menyumbangkan modal
- Tidak terlibat dalam pengurusan
- Menanggung liabiliti tidak terhad
Apakah jenis rakan kongsi tersebut?
A. Lelap ✓
B. Aktif
C. Biasa
D. Nominal
Jawapan: A — Jawapan: A. Rakan kongsi lelap menyumbangkan modal dan menanggung liabiliti tidak terhad, tetapi tidak aktif dalam pengurusan perniagaan.
Soalan 3
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor tertier?
A. Azrul menjalankan aktiviti ternakan ikan air tawar
B. Pak Yusof menghasilkan mi kuning menggunakan resepi warisan keluarga
C. Syazs Sdn. Bhd. terlibat dalam industri pembinaan jambatan.
D. Fairuz menjadikan ladang ternakan kambingnya sebagai tempat kunjungan ramai. ✓
Jawapan: D — Jawapan: D. Menjadikan ladang sebagai tempat kunjungan ramai adalah aktiviti pelancongan (perkhidmatan) yang tergolong dalam sektor tertier.
Soalan 4
Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz sederhana?
A. Pengkhususan kerja mudah dilakukan
B. Pekerja berpengalaman mudah diperoleh
C. Perniagaan menikmati ekonomi bidangan
D. Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilaksanakan ✓
Jawapan: D — Jawapan: D. Kedua-dua perniagaan bersaiz kecil dan sederhana mempunyai struktur organisasi yang ringkas, membolehkan perubahan strategi atau keputusan dibuat dengan pantas dan mudah.
Soalan 5
Pernyataan manakah menerangkan francais?
A. Francaisi mengalami risiko kegagalan yang rendah berbanding francaisor ✓
B. Francaisor berhak menggunakan cap dagangan francaisi
C. Francaisor membuat bayaran fi kepada francaisi
D. Francaisi mengenakan kawalan berterusan kepada francaisor
Jawapan: A — Jawapan: A. Francaisi menghadapi risiko kegagalan yang lebih rendah kerana perniagaan tersebut sudah mempunyai jenama dan sistem yang terbukti berjaya di pasaran.
Soalan 6
Gambar 1 merupakan logo sebuah agensi kerajaan
Antara berikut, yang manakah peranan agensi tersebut kepada peniaga?
I Memberi pelepasan cukai
II Memberi latihan dan seminar
III Menyediakan kemudahan infrastruktur
IV Menyediakan pusat perniagaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV ✓
Jawapan: D — Jawapan: D. Majlis Daerah ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berperanan menyediakan kemudahan infrastruktur serta mewujudkan pusat perniagaan atau tapak penjaja.
Soalan 7
Apakah peranan Bank Negara Malysia?
A. Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan
B. Menerbitkan syer syarikat awam berhad
C. Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai
D. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi ✓
Jawapan: D — Jawapan: D. Peranan utama Bank Negara Malaysia (BNM) adalah memantau, mengawal selia sistem kewangan negara dan menstabilkan keadaan ekonomi.
Soalan 8
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?
A. Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
B. Menyediakan insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja ✓
C. Merancang ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa
D. Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesetan ekonomi
Jawapan: B — Jawapan: B. Kerajaan memberi insentif (seperti pengecualian cukai) kepada majikan yang mengekalkan pekerja mereka semasa luar musim untuk mengatasi pengangguran bermusim.
Soalan 9
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan faktor dalaman bagi trend menurun?
I Ketidaksesuaian gaya pengurusan dengan pekerja
II Ketidakstabilan politik sesebuah negara
III Keadaan ekonomi yang lembap
IV Kadar pengeluaran yang sedikit
A. I dan II
B. I dan IV ✓
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan: B — Jawapan: B. Faktor dalaman adalah punca daripada dalam organisasi sendiri, seperti kelemahan gaya pengurusan (I) dan pengeluaran yang rendah (IV).
Soalan 10
Maklumat berikut merupakan pemacu dalam pencapaian sesebuah organisasi perniagaan.
Z ialah
- Pernyataan ringkas untuk menjelaskan tujuan utama perniagaan
- Ketetapan dalam mencapai matlamat
Apakah Z?
A. Visi
B. Misi ✓
C. Objektif
D. Hala tuju
Jawapan: B — Jawapan: B. Misi ialah pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan utama sesuatu perniagaan dibentuk bagi membantu mencapai visi.