Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Rajah 1 menunjukkan satu alat pemadam kebakaran. Apakah jenis alat pemadam kebakaran dalam rajah di atas?
A. Air ✓
B. Buih
C. Serbuk kering
D. Karbon dioksida
Jawapan: A
Soalan 2
Rajah 2 menunjukkan seorang lelaki dalam satu situasi kecemasan. Jika lelaki berkenaan bersendirian di rumah dan tercekik makanan sehingga sukar bernafas, apakah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk membantu diri sendiri?
A. Keluar dari rumah dan meminta pertolongan jiran
B. Tekupkan kedua-dua belah tangan di bahagian tengah dada mangsa.
C. Meletakkan tangan di antara pusat dengan bawah rusuk. ✓
D. Membongkokkan badan ke arah kerusi dan menolak abdomen ke dalam dan ke atas
Jawapan: C
Soalan 3
Rajah 3 menunjukkan bacaan tekanan darah bagi seseorang individu. Apakah kategori tekanan darah tersebut?
A. Optimum
B. Normal ✓
C. Berisiko
D. Tekanan darah tinggi
Jawapan: B
Soalan 4
Rajah 4 menunjukkan mod pengangkutan hijau. Berdasarkan Rajah 4, apakah diwakili oleh X?
A. Basikal ✓
B. Motorsikal
C. Kereta
D. Van
Jawapan: A
Soalan 5
Rajah 5 menunjukkan pewarisan trait ketinggian pada pokok kacang. Antara berikut yang manakah nisbah tinggi kepada kerdil yang betul bagi fenotip anak pokok kacang?
A. 1:2
B. 1:3
C. 2:2
D. 3:1 ✓
Jawapan: D
Soalan 6
Antara berikut yang manakah contoh bagi variasi tak selanjar?
A. Berat
B. Ketinggian
C. Kumpulan darah ✓
D. Kecerdasan
Jawapan: C
Soalan 7
Kaji pernyataan di bawah. " Pengamal perubatan komplementari yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan mekanikal, sistem otot, rangka dan tulang belakang." Antara berikut, bidang kerjaya manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
A. Pakar ortopedik
B. Ahli kiropraktor ✓
C. Ahli fisioterapi
D. Ahli oftalmologi
Jawapan: B
Soalan 8
Rajah 6 menunjukkan sejenis tumbuhan berkayu. Apakah ciri bagi sokongan tersebut?
A. Disokong oleh tekanan air di dalam sel-sel tumbuhan
B. Menyokong tumbuhan untuk hidup dalam kawasan paya ✓
C. Akar tumbuh daripada batang atau dahan ke dalam tanah
D. Mendapat sokongan dengan menjalar di atas tanah
Jawapan: B
Soalan 9
Rajah 7 menunjukkan kelenjar endokrin. Apakah R?
A. Pankreas
B. Kelenjar pituitari ✓
C. Kelenjar tiroid
D. Kelenjar adrenal
Jawapan: B
Soalan 10
Antara berikut yang manakah kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kesihatan fizikal dan mental?
A. Ketidakseimbangan hormon
B. Pertuturan tidak jelas
C. Sirosis hati ✓
D. Tindakan refleks yang lambat
Jawapan: C
Soalan Lazim
Soalan percubaan Sains Melaka 2024 ada berapa soalan?
Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文).
Boleh cuba percuma?
Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.
Ada penerangan jawapan?
Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文) — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.