Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 20 markah
(a) Gambar 1 menunjukkan satu faktor pengeluaran.
Jelaskan faktor tersebut.
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran satu syarikat.
|Syarikat TV Best Vision Sdn. Bhd. bercadang meningkatkan pengeluaran televisyen dengan membeli dua buah mesin pemasangan automatik yang baharu.|
Terangkan masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh syarikat tersebut.
(c) Dengan bantuan rajah, jelaskan hukum penawaran.
(d)(i) Jadual menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti ditawar bagi udang segar.
| Harga (RM/kg) | Kuantiti ditawar (kg) |
|---|---|
| 40 | 50 |
| 50 | 60 |
Hitung nilai keanjalan harga penawaran barang tersebut apabila harga menurun dari RM50 kepada RM40.
(d)(ii) Tafsirkan nilai di 1d(i)
Bahagian A · Soalan 2 · 20 markah
(a) Jelaskan peranan bank pusat dalam mengurus hutang negara.
(b)(i) Maklumat berikut berkaitan dengan satu potongan wajib.
|Aira merupakan seorang juruwang dan perlu mencarum sebanyak 11% daripada gajinya.|
Apakah potongan tersebut?
(b)(ii) Jelaskan jawapan anda di 2(b)(i)
(c)(i) Jelaskan konsep pengeluaran.
(c)(ii) Jadual berikut menunjukkan kos pengeluaran bagi Firma Lestari.
| Kuantiti (unit) | Kos Berubah (RM) | Jumlah Kos (RM) | Kos Purata (RM) | Kos Marginal (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 0 | 0 | 100 | - | - |
| 1 | 50 | X | 150 | 50 |
| 2 | 90 | 190 | Y | 40 |
| 3 | 135 | 235 | 78.33 | Z |
| 4 | 150 | 250 | 62.5 | 15 |
Berapakah nilai X, Y dan Z?
(d) Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan sebuah firma.
|KUALA LUMPUR: Panduit (M) Sdn Bhd telah membuka kilang pembuatan komponen pendawaian elektrik seperti tiang elektrik dan kabel bawah tanah di Johor Bahru.|
Sumber diubah suai: Berita Harian, 15 Mei 2024
Jelaskan eksternaliti daripada pembukaan kilang tersebut.
Bahagian A · Soalan 3 · 20 markah
(a) Gambar 2 menunjukkan aktiviti yang memberi eksternaliti negatif.
Bagaimanakah peranan kerajaan menangani kesan tersebut?
(b)(i) Jelaskan pengangguran geseran.
(b)(ii) Bagaimana kerajaan mengatasi masalah di 3(b)(i) melalui belanjawan negara?
(c)(i) Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis sekatan perdagangan antarabangsa.
|Kerajaan mengenakan kuota import beras bagi melindungi pengeluar tempatan daripada persaingan luar negara.|
Lakarkan keluk kesan pelaksanaan sekatan tersebut ke atas beras import.
(c)(ii) Jelaskan kesan pelaksanaan di 3(c)(i).
(d) Jadual berikut menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia bagi tahun 2021 hingga 2023.
Jelaskan arah aliran bagi tahun 2021 hingga tahun 2023.
Bahagian B · Soalan 4 · 20 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan satu inisiatif kerajaan.
**SEPANG** - Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mensasarkan ketibaan 35.6 juta pelawat antarabangsa dengan menjana RM147.1 bilion yang dapat memanfaatkan pelbagai sektor pelancongan termasuk makanan dan minuman (F&B) serta mana-mana industri yang berkaitan.
Malah, sektor pelancongan berperanan sebagai penggerak kepada pertumbuhan ekonomi di samping menyediakan pengalaman berharga buat pelancong.
Sumber diubah suai: www.sinarharian.com.my 06 Januari 2025
(a) Bagaimana inisiatif MOTAC tersebut dapat menggalakkan globalisasi?
(b) Sektor dalam maklumat tersebut menerima pelbagai jenis pendapatan.
Jelaskan.
(c) Bersetujukah anda kempen tersebut berperanan untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara?
Beri hujah anda.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan keadaan ekonomi.
Kuala Lumpur: Kebanyakan peniaga Bazar Ramadan yang mendakwa lonjakan kos bahan mentah menjadi punca mereka menaikkan harga jualan makanan antara RM0.50 hingga RM2.00 bagi setiap juadah bagi mengekalkan margin keuntungan yang kecil. Mereka bagaimanapun mengakui kenaikan harga memberi kesan besar kepada golongan berpendapatan rendah dan mereka yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
Sumber diubah suai: https://www.hmetro.com.my,23 Februari 2026
(a)(i) Nyatakan keadaan ekonomi tersebut.
(a)(ii) Jelaskan jawapan anda di 5(a)(i).
(b) Cadangkan langkah yang boleh diambil oleh golongan terlibat untuk mengurangkan kesan keadaan tersebut.
(c) Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan kesan perubahan harga tersebut kepada permintaan makanan dalam negara.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat multinasional.
(a) Mengapakah syarikat tersebut dianggap sebagai syarikat multinasional?
(b) Perluasan operasi syarikat tersebut memberi implikasi kepada akaun semasa negara.
Bincangkan.
(c) Perkhidmatan bank perdagangan dapat melancarkan operasi syarikat tersebut.
Jelaskan.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Info grafik
Info grafik berikut berkaitan program yang dilakukan oleh kerajaan.
(a) Pelaksanaan program tersebut melibatkan perbelanjaan kerajaan.
Jelaskan.
(b) Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan kepada permintaan barang apabila program tersebut dilaksanakan.
(c) Pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 meningkatkan kemakmuran negara.
Perincikan.