Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 20 markah
(a) Bandingkan modal dan tanah sebagai sumber ekonomi dalam proses pengeluaran.
(b) Berikut adalah maklumat satu sistem ekonomi
|Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam peruntukan faktor pengeluaran|
Jelaskan keburukan sistem ekonomi tersebut.
(c) Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan suatu barang.
Bezakan antara kedua-dua rajah tersebut.
(d) Jadual 1 merupakan penawaran barang X.
| Barang | % Perubahan harga | % Perubahan kuantiti |
|---|---|---|
| X | 40 | 20 |
Jadual 1
(d)(i) Hitung nilai pekali keanjalan penawaran bagi barang tersebut.
(d)(ii) Nyatakan jenis barang dan jelaskan keadaan di d (i).
Bahagian A · Soalan 2 · 20 markah
(a) Gambar 1 menunjukkan urusan pembayaran Tenaga Nasional Berhad.
Bagaimanakah bank perdagangan membantu urusan pembayaran tersebut?
(b) Jadual 2 bekaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Firdaus pada bulan Mac 2026.
| Butiran | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Gaji | 1 352.00 |
| Elaun Perumahan | 115 |
| KWSP | 147 |
| Ansuran kereta | 300 |
| Makanan dan minuman | 600 |
| lain-lain perbelanjaaan | 200 |
| Bil utiliti | 200 |
| Perubatan | 220 |
Jadual 2
(b)(i) Hitung pendapatan boleh guna Encik Firdaus pada bulan tersebut.
(b)(ii) Beri pendapat anda tentang perbelanjaan beliau.
(c) Jadual 3 merupakan kos-kos pengeluaran jangka pendek bagi.
| Output (unit) | Jumlah Kos (RM) | Kos Purata (RM) | Kos Marginal (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 90 | | |
| 1 | 150 | 150 | 60 |
| 2 | 190 | 95 | 40 |
| 3 | 210 | 70 | P |
| 4 | 240 | 60 | 30 |
| 5 | 310 | 62 | 70 |
| 6 | 420 | 70 | 110 |
Jadual 3
(c)(i) Berapakah nilai P?
(c)(ii) Berdasarkan jadual di atas, jelaskan hubungan antara output dengan kos purata dan kos marginal.
(c)(ii)(a) (a) Output 0 hingga 3 unit.
(c)(ii)(b) (b) Output 4 hingga 6 unit.
(d) Gambar 2 menunjukkan eksternaliti yang berlaku dalam negara.
Jelaskan kos sosial yang terpaksa ditanggung akibat tindakan kilang tersebut.
Bahagian A · Soalan 3 · 20 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan.
|Pembuangan sisa kilang ke dalam sistem saliran telah menyebabkan gangguan kepada bekalan air dan ini menimbulkan masalah kepada penduduk yang terlibat.|
Bagaimanakah kerajaan bertindak untuk mengatasi masalah tersebut?
(b) Maklumat berikut situasi ekonomi dalam sebuah negara.
|Ekonomi negara X mengalami pengangguran yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan|
Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengatasi masalah di negara X?
(c)(i) Berikan dua contoh blok ekonomi dunia.
(c)(ii) Jelaskan objektif blok ekonomi dunia.
(d) Jadual 4 menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) bagi tempoh tiga tahun.
| Tahun | Kadar Pertukaran Asing |
|---|---|
| September 2019 | 1 USD = RM 4.2257 |
| September 2020 | 1 USD = RM 4.2335 |
| September 2021 | 1 USD = RM 4.2701 |
Jadual 4
(d)(i) Apakah arah aliran kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD).
(d)(ii) Berdasarkan jawapan di 3 (d) (i), jelaskan kesan perubahan tersebut terhadap harga eksport dan import.
Bahagian B · Soalan 4 · 20 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan peranan kerajaan dalam ekonomi.
|Kuala lumpur: Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan lancar dengan pembinaan 67 peratus pembinaanya telah siap. Projek infrastruktur mega ini membuktikan hubungan baik Kuala Lumpur dan Beijing di jangka siap pada akhir 2026. Pembinaan projek ini menghubungkan pusat bandar utama, zon pelancongan, lapangan terbang, pelabuhan dan pertukaran kereta api.|
Sumber: BERNAMA 19 Jun 2024
(a) Mengapakah kerajaan membina projek tersebut?
(b) Bagaimanakah projek ini mampu mencapai objektif makroekonomi negara?
(c) Pembinaan projek ini memberi kesan kepada pengeluar tempatan.
Bincangkan.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Maklumat
Maklumat berkaitan inisiatif kerajaan kepada industri pelancongan negara.
**Maklumat 1**
KUALA LUMPUR - Dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia, Langkawi kekal sebagai permata pelancongan dengan pembangunan Kilim Geoforest Park, Gua Selat Panchor Trail, dan geotrail pendakian UNESCO Global Geopark akan dinaik taraf kemudahannya.
Sumber: Diubah astroawani.com, 10 Oktober 2025
**Maklumat 2**
KUALA LUMPUR - Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM1,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 adalah antara usaha kerajaan bagi menggalakkan rakyat melancong di dalam negara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Inisiatif itu dapat mengimbangi semula trend pelancongan ke luar negara kerana semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara. Hampir 200,000 rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand dan membelanjakan kira-kira RM50 juta di negara itu baru-baru.
Sumber: Diubah suai daripada sinarharian.com.my, 14 Oktober 2025
(a) Bagaimanakah masyarakat di Maklumat 1 dapat merebut peluang untuk meningkatkan taraf hidupnya.
(b) Jelaskan usaha kerajaan di kedua-dua maklumat kepada sektor pelancongan negara.
(c) Trend rakyat Malaysia di Maklumat 2 memberi kesan kepada imbangan pembayaran negara.
Beri alasan anda.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan cukai kereta elektrik.
**Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan permintaan terhadap** kenderaan elektrik akan melonjak dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini apabila pengguna dan pengeluar kenderaan berusaha memanfaatkan peluang terakhir sebelum pengecualian cukai ditamatkan.
MAA berkata, tiada lagi lanjutan insentif BEV import akan menjadi pemangkin utama kepada peningkatan jualan menjelang akhir tahun.
Sumber ubahsuai: Berita Haria Online, Rabu 13 Mei 2026
(a) Jelaskan jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan?
(b) Bagaimanakah pengecualian cukai tersebut dapat meningkatkan taraf hidup pengguna?
(c) Pengecualian cukai di 6 (a) dapat memberi impak kepada ekonomi secara keseluruhannya.
Bincangkan.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan beberapa peniaga berkaitan dengan satu situasi ekonomi.
(a)(i) Apakah situasi ekonomi tersebut?
(a)(ii) Jelaskan jawapan di 7 (a) (i)
(b) Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan tersebut kepada penawaran makanan berasaskan bahan yang berkaitan.
(c) Adakah anda bersetuju dengan tindakan peniaga yang tidak mempunyai pilihan tersebut?. Perincikan jawapan anda.