⚗️

2025 Chem Melaka K1

Soalan percubaan SPM Chemistry Melaka 2025 — 40 soalan objektif K1 dengan jawapan & penerangan AI 3 bahasa (BM, EN, 中文). Cuba 10 soalan percuma.

40Soalan K1
3Bahasa
10Preview Free
Mula Quiz Sekarang →

Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)

Soalan 1
Jadual 1 menunjukkan takat beku dan takat didih bagi beberapa bahan kimia. P: takat beku -63.5 °C, takat didih 61.2 °C Q: takat beku -111.6 °C, takat didih 12.7 °C R: takat beku -218.8 °C, takat didih -183 °C S: takat beku 80 °C, takat didih 218 °C Antara berikut, bahan manakah dalam keadaan cecair pada suhu bilik?
A. P ✓
B. Q
C. R
D. S
Jawapan: A — Pada suhu bilik, bahan berada sebagai cecair jika suhunya berada antara takat beku dan takat didih. Bagi P, suhu bilik berada antara -63.5 °C dan 61.2 °C.
Soalan 2
Antara berikut, yang manakah merupakan unsur peralihan?
A. Natrium
B. Kalsium
C. Zink ✓
D. Neon
Jawapan: C — Zink berada dalam blok d dan dikelaskan sebagai unsur peralihan dalam silibus sekolah.
Soalan 3
Pilih penyataan yang menerangkan salah satu sifat kimia bagi alkali.
A. Bertindak balas dengan garam ammonium untuk membebaskan gas ammonia ✓
B. Menghasilkan gas hidrogen apabila bertindak balas dengan logam reaktif
C. Mengakibatkan kakisan logam
D. Bertindak balas dengan garam karbonat menghasilkan gas karbon dioksida
Jawapan: A — Alkali bertindak balas dengan garam ammonium apabila dipanaskan untuk membebaskan gas ammonia.
Soalan 4
Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi ion X$^{2+}$. Antara yang berikut, yang manakah kedudukan unsur X dalam Jadual Berkala Unsur?
A. Kedudukan A
B. Kedudukan B ✓
C. Kedudukan C
D. Kedudukan D
Jawapan: B — Ion X$^{2+}$ terbentuk apabila atom X kehilangan dua elektron valens. Oleh itu X berada dalam Kumpulan 2.
Soalan 5
Antara garam berikut, yang manakah tidak larut dalam air?
A. Plumbum(II) sulfat ✓
B. Kalium sulfat
C. Kuprum(II) sulfat
D. Natrium sulfat
Jawapan: A — Kebanyakan sulfat larut dalam air, tetapi plumbum(II) sulfat ialah pengecualian yang tidak larut.
Soalan 6
Jadual 2 menunjukkan pemerhatian terhadap kertas litmus biru dalam tiga larutan. Berdasarkan pemerhatian, pilih pernyataan yang betul.
A. Asid etanoik glasial ialah asid lemah
B. Propanon merupakan pelarut universal
C. Kertas litmus tidak bertindak balas dengan asid etanoik glasial
D. Asid menunjukkan sifat keasidannya dengan kehadiran air ✓
Jawapan: D — Asid hanya menunjukkan sifat keasidan apabila mengion dalam air untuk menghasilkan ion H$^{+}$.
Soalan 7
Antara yang berikut, bahan manakah yang mempercepatkan penggumpalan getah?
A. Asid etanoik ✓
B. Ammonia
C. Etil etanoat
D. Natrium klorida
Jawapan: A — Asid etanoik meneutralkan cas pada zarah getah dan mempercepatkan penggumpalan lateks.
Soalan 8
Rajah 2 menunjukkan gambaran zarah ion hidrogen dan ion tiosulfat dalam eksperimen I dan II. Antara berikut, pernyataan manakah menunjukkan perbezaan kadar tindak balas bagi kedua-dua set eksperimen?
A. Bilangan ion tiosulfat berkurang lebih cepat dalam eksperimen I
B. Tenaga kinetik zarah-zarah lebih tinggi dalam eksperimen I
C. Kekerapan perlanggaran antara ion tiosulfat dan ion hidrogen lebih tinggi dalam eksperimen II ✓
D. Tenaga pengaktifan lebih tinggi dalam eksperimen II
Jawapan: C — Eksperimen II mempunyai lebih banyak zarah per unit isi padu, maka kekerapan perlanggaran berkesan lebih tinggi.
Soalan 9
Rajah 3 menunjukkan satu kegunaan bahan X dalam kehidupan harian. Apakah sifat bahan X yang menjadikannya sesuai digunakan?
A. Kalis air
B. Tahan kakisan
C. Keras dan kuat ✓
D. Kekuatan regangan tinggi
Jawapan: C — Bahan itu sesuai digunakan kerana sifatnya yang keras dan kuat, menjadikannya tahan terhadap tekanan fizikal.
Soalan 10
Seorang penduduk di Kampung Sentosa membuat aduan kepada Jabatan Air bahawa bil air rumahnya melonjak naik secara drastik. Pegawai jabatan itu mendapati terdapat kebocoran paip air di bawah tanah di kawasan rumahnya dengan menggunakan sebuah alat pengesan. Apakah bahan dalam alat pengesan yang digunakan oleh pegawai itu?
A. Karbon-14
B. Kobalt-60
C. Fosforus-32
D. Natrium-24 ✓
Jawapan: D — Natrium-24 digunakan sebagai pengesan radioaktif untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah.

Cuba 10 soalan percuma — log masuk untuk mula

Cuba Percuma →

← Semua Soalan Percubaan Chemistry SPM (K1 & K2)

Set Lain — Chemistry

Soalan Lazim

Soalan percubaan Chemistry Melaka 2025 ada berapa soalan?

Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文).

Boleh cuba percuma?

Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.

Ada penerangan jawapan?

Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam 3 bahasa (BM, EN, 中文) — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.

💼 Belajar Chemistry — boleh jadi apa?
⚗️ Jurutera Kimia Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 💊 Ahli Farmasi Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →