Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Apekah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
A. Konsep perakaunan
B. Kitaran perakaunan ✓
C. Proses perakaunan
D. Sistem perakaunan
Jawapan: B — Kitaran perakaunan menyusun langkah merekod hingga menyediakan penyata kewangan.
Soalan 2
Luca Pacioli diberikan gelaran 'Bapa Perakaunan' kerana beliau telah
A. Mencipta kaedah Venice
B. Memulakan Sistem Catatan Inventori
C. Menerbitkan pelbagai karya perakaunan
D. Memperkenalkan Sistem Catatan Bergu bertulis ✓
Jawapan: D — Pacioli menerangkan sistem catatan bergu secara bertulis.
Soalan 3
Urus niaga berikut berkaitan dengan Perniagaan Ilham Jaya.
Perniagaan Ilham Jaya menggunakan kaedah baki berkurangan dalam pengiraan susut nilai kenderaan setiap tahun.
Apakah andaian atau prinsip perakaunan yang digunakan?
A. Ketekalan ✓
B. Prinsip kos
C. Tempoh perakaunan
D. Pengiktirafan hasil dan belanja
Jawapan: A — Penggunaan kaedah yang sama setiap tahun menunjukkan ketekalan.
Soalan 4
Antara yang berikut, yang manakah ciri tepat bagi Syarikat Permai Berhad?
A. Liabiliti tidak terhad
B. Untung rugi dikongsi antara pemilik
C. Diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarah ✓
D. Modal disumbangkan oleh pemilik perniagaan
Jawapan: C — Syarikat berhad ditadbir oleh lembaga pengarah.
Soalan 5
Item yang manakah merupakan belanja bukan operasi bagi sebuah kedai jahit?
A. Insurans
B. Sewa kedai
C. Belian alatan jahitan
D. Rugi pelupusan mesin jahit ✓
Jawapan: D — Rugi pelupusan berpunca daripada penjualan aset bukan semasa di luar operasi biasa.
Soalan 6
Pada 15 April 2026, Encik Fairuz telah mengeluarkan tunai di bank RM7 000 untuk kegunaan perniagaan.
Apakah kesan urus niaga ke atas persamaan perakaunan?
A. Bank bertambah, Tunai berkurang
B. Tunai bertambah, Bank berkurang ✓
C. Modal bertambah, Bank berkurang
D. Tunai bertambah, Modal berkurang
Jawapan: B — Pemindahan RM7 000 daripada bank menambah tunai dan mengurangkan baki bank sebanyak RM7 000.
Soalan 7
Kedai Sukan Harmoni mempunyai carta akaun seperti berikut:
| Kod Item | Nama Akaun |
|---|---|
| 1000–1999 | Hasil |
| 2000–2999 | Belanja |
| 3000–3999 | Aset |
| 4000–4999 | Liabiliti |
| 5000–5999 | Ekuiti Pemilik |
| 6000–6999 | Catatan Kontra |
Apakah kod item yang sesuai bagi akaun derma?
A. 1404
B. 2404 ✓
C. 3404
D. 4404
Jawapan: B — Derma yang dibayar ialah belanja dan kod 2404 berada dalam julat belanja.
Soalan 8
Urus niaga berikut diambil daripada Butik Chanteq.
Menghantar dokumen kepada pelanggan untuk caj pengangkutan sebanyak RM250
Apakah dokumen tersebut?
A. Resit
B. Invois
C. Nota Debit ✓
D. Baucar Pembayaran
Jawapan: C — Nota debit memaklumkan caj tambahan yang meningkatkan jumlah terhutang oleh pelanggan.
Soalan 9
Urus niaga manakah yang akan direkodkan dalam Jurnal Khas?
A. Ambilan barang niaga untuk promosi
B. Jualan aset bukan semasa secara kredit
C. Pulangan barang niaga kepada pembekal ✓
D. Membawa perabot untuk kegunaan perniagaan
Jawapan: C — Pulangan barang niaga kepada pembekal direkodkan dalam Jurnal Pulangan Belian, iaitu jurnal khas.
Soalan 10
Jurnal Am berikut diperoleh daripada Cafe Tasneem.
Jurnal Am
| Tarikh | Butir | Debit (RM) | Kredit (RM) |
|---|---|---:|---:|
| 2026 Mac 31 | Inventori | 3 450 | |
| | Akaun Perdagangan | | 3 450 |
Apakah jenis urus niaga yang direkodkan dalam Jurnal Am di atas?
A. Catatan pelarasan
B. Catatan penutupan ✓
C. Catatan pembukaan
D. Catatan modal tambahan
Jawapan: B — Pada akhir tempoh, inventori akhir didebitkan dan Akaun Perdagangan dikreditkan sebagai catatan penutupan.