📊

2026 Akaun PP K1

Soalan percubaan SPM P.Akaun 2026 — 40 soalan objektif K1 dengan jawapan & penerangan AI BM. Cuba 10 soalan percuma.

40Soalan K1
1Bahasa
10Preview Free
Mula Quiz Sekarang →

Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)

Soalan 1
Puan Tiyah pemilik Perniagaan Pakaian Tiya telah mengambil dua pasang baju Melayu untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya. Urus niaga tersebut direkod sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?
A. Ketekalan
B. Prinsip kos
C. Entiti berasingan ✓
D. Usaha berterusan
Jawapan: C — Ambilan membezakan kegunaan peribadi pemilik daripada urus niaga perniagaan.
Soalan 2
Rajah berikut menunjukkan pengelasan aset Apakah P?
A. Inventori, Overdraf dan Tunai
B. Akaun belum terima, Overdraf dan Tunai
C. Inventori, Tunai dan Hasil belum terperoleh
D. Akaun belum terima, Tunai dan Hasil belum terima ✓
Jawapan: D — Akaun belum terima, tunai dan hasil belum terima semuanya aset semasa.
Soalan 3
Apakah item yang menambahkan kos belian? I Pulangan belian II Angkutan masuk III Diskaun diterima IV Insurans atas belian
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV ✓
D. III dan IV
Jawapan: C — Angkutan masuk dan insurans atas belian ialah kos untuk membawa barang belian ke perniagaan.
Soalan 4
Antara yang berikut, manakah sebab makluman kredit dikeluarkan? I Faedah simpanan tetap II Dividen atas pelaburan III Faedah atas overdraf IV Caj bank
A. I dan II ✓
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan: A — Faedah simpanan tetap dan dividen menambah baki pelanggan dalam rekod bank.
Soalan 5
Pasangan manakah yang betul untuk merekod urus niaga dalam buku catatan pertama?
A. Urus niaga : Terima invois kerana pembelian perabot kedai | Buku Catatan Pertama : Jurnal am ✓
B. Urus niaga : Keluar nota kredit kerana harga barang niaga terkurang caj dalam invois | Buku Catatan Pertama : Jurnal Belian
C. Urus niaga : Terima nota kredit kerana pemulangan barang niaga rosak | Buku Catatan Pertama : Jurnal Pulangan Jualan
D. Urus niaga : Terima invois daripada pembekal barang niaga | Buku Catatan Pertama : Jurnal Jualan
Jawapan: A — Invois pembelian perabot menunjukkan belian aset bukan semasa secara kredit, direkod dalam Jurnal Am.
Soalan 6
Pernyataan yang manakah benar tentang peraturan merekod urus niaga ke dalam lejar?
A. Aset didebitkan apabila berkurang
B. Hasil dikreditkan apabila bertambah ✓
C. Liabiliti didebitkan apabila bertambah
D. Ekuiti pemilik dikreditkan apabila berkurang
Jawapan: B — Pertambahan hasil dicatat di sebelah kredit akaun hasil.
Soalan 7
Urus niaga berikut berlaku dalam perniagaan Mona Enterprise. Jualan barang niaga RM500 kepada Kedai Ina Apakah catatan bergu untuk urus niaga di atas?
A. Debit : Kedai Ina | Kredit : Mona Enterprise
B. Debit : Mona Enterprise | Kredit : Kedai Ina
C. Debit : Kedai Ina | Kredit : Jualan ✓
D. Debit : Jualan | Kredit : Kedai Ina
Jawapan: C — Jualan kredit RM500 didebitkan kepada Kedai Ina dan dikreditkan kepada Jualan.
Soalan 8
Dokumen berikut diambil daripada Kedai Bunga Siti Catatan manakah yang betul?
Jawapan: B — Derma barang niaga didebitkan kepada Derma dan dikreditkan kepada Belian sebanyak RM300.
Soalan 9
Akaun Kawalan Belum Terima berikut diperoleh daripada buku perniagaan Kedai Serbaneka Abdul. Apakah maksud diskaun RM50 yang diberi?
A. Diskaun diberi oleh Kedai Serbaneka Abdul kepada pelanggan
B. Diskaun diterima oleh Kedai Serbaneka Abdul daripada pembekal
C. Diskaun diberi yang dibatalkan oleh Kedai Serbaneka Abdul kepada pelanggannya ✓
D. Diskaun diterima yang dibatalkan oleh pembekal kepada Kedai Serbaneka Abdul
Jawapan: C — Diskaun diberi asal mengurangkan penghutang. Pembatalannya menambah semula baki penghutang di sebelah debit.
Soalan 10
Maklumat berikut diperoleh daripada Faizal Trading. | Tarikh | Butir | RM | |---|---|---:| | 2025 Januari | Baki kredit lejar belian | 4 800 | | Disember 31 | Bayaran kepada akaun belum bayar | 26 100 | | | Diskaun diterima | 1 450 | | | Angkutan dikenakan | 330 | | | Baki debit lejar belian | 180 | | | Baki kredit lejar belian | 16 660 | Berapakah jumlah belian kredit?
A. RM5 940
B. RM38 900 ✓
C. RM39 260
D. RM39 560
Jawapan: B — Belian kredit = baki kredit akhir − baki debit akhir + bayaran + diskaun − angkutan − baki kredit awal = RM16 660 − RM180 + RM26 100 + RM1 450 − RM330 − RM4 800 = RM38 900.

Cuba 10 soalan percuma — log masuk untuk mula

Cuba Percuma →

← Semua Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM (K1 & K2)

Set Lain — Prinsip Perakaunan

Soalan Lazim

Soalan percubaan P.Akaun 2026 ada berapa soalan?

Set ini mengandungi 40 soalan objektif K1 dengan jawapan dan penerangan AI dalam BM.

Boleh cuba percuma?

Ya! 10 soalan pertama boleh dicuba percuma tanpa perlu mendaftar. Untuk akses penuh semua soalan, dapatkan K1 All Access.

Ada penerangan jawapan?

Ya, setiap soalan disertakan penerangan jawapan dalam BM — dihasilkan oleh AI untuk membantu pemahaman.

💼 Belajar P.Akaun — boleh jadi apa?
💻 Jurutera Perisian Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI → 🎨 Pereka Grafik Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI → 📣 Pengurus Pemasaran Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI → Lihat semua 202 kerjaya →