Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Apakah peringkat dalam kitaran perakaunan selepas Imbangan Duga?
A. Lejar
B. Pelarasan ✓
C. Penyata kewangan
D. Catatan penutupan
Jawapan: B — Pelarasan dibuat selepas Imbangan Duga untuk mengemas kini baki sebelum penyata kewangan disediakan.
Soalan 2
Gambar berikut adalah perbualan antara kerani dan pengurus akaun perniagaan Nayla Enterprise.
Apakah prinsip perakaunan yang dimaksudkan?
A. Ketekalan ✓
B. Prinsip kos
C. Entiti berasingan
D. Usaha berterusan
Jawapan: A — Ketekalan kaedah susut nilai membolehkan perbandingan yang adil antara tempoh.
Soalan 3
Manakah merupakan ciri perniagaan perkongsian?
A. Menerima keuntungan dalam bentuk dividen
B. Modal diperoleh daripada terbitan syer
C. Berdaftar dengan Akta Syarikat 1965
D. Menanggung liabiliti tidak terhad ✓
Jawapan: D — Pekongsi dalam perkongsian biasa menanggung liabiliti tidak terhad.
Soalan 4
Pilih padanan yang betul.
A. Akaun : Kadar bayaran | Klasifikasi Akaun : Hasil | Penyata Kewangan : Akaun Untung Rugi
B. Akaun : Komisen diterima | Klasifikasi Akaun : Belanja | Penyata Kewangan : Akaun Untung Rugi
C. Akaun : Sewa belum terima | Klasifikasi Akaun : Aset semasa | Penyata Kewangan : Penyata Kedudukan Kewangan ✓
D. Akaun : Insurans prabayar | Klasifikasi Akaun : Liabiliti semasa | Penyata Kewangan : Penyata Kedudukan Kewangan
Jawapan: C — Sewa belum terima ialah hasil yang sudah diperoleh tetapi belum dikutip, lalu dilaporkan sebagai aset semasa.
Soalan 5
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Sareema.
Pemilik membayar ansuran kenderaannya bernilai RM1 200 menggunakan cek perniagaan pada 25 Mei 2026.
Apakah kesan urus niaga terhadap persamaan perakaunan?
A. Aset : Bertambah | Liabiliti : Bertambah | Ekuiti Pemilik : -
B. Aset : Berkurang | Liabiliti : Berkurang | Ekuiti Pemilik : -
C. Aset : Bertambah | Liabiliti : - | Ekuiti Pemilik : Bertambah
D. Aset : Berkurang | Liabiliti : - | Ekuiti Pemilik : Berkurang ✓
Jawapan: D — Cek perniagaan untuk ansuran peribadi ialah ambilan. Aset bank dan ekuiti pemilik masing-masing berkurang RM1 200.
Soalan 6
Urus niaga berikut diambil daripada Kedai Elektrik Ashman.
Pemilik mengambil dua buah kipas bernilai RM310 seunit untuk diletakkan dirumahnya.
Apakah dokumen yang digunakan?
A. Resit
B. Memo ✓
C. Invois
D. Nota debit
Jawapan: B — Memo ialah dokumen dalaman yang menyokong ambilan barang oleh pemilik.
Soalan 7
Penyataan urus niaga berikut diperoleh daripada Megah Enterprise.
Pemilik membawa masuk komputer peribadi bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan
Apakah catatan yang direkodkan dalam Jurnal Am?
Jawapan: A — Komputer menambah alatan pejabat dan merupakan sumbangan modal. Debit Alatan pejabat dan kredit Modal sebanyak RM3 000.
Soalan 8
Antara berikut, urus niaga yang manakah direkod di sebelah debit Buku Tunai?
I Belian rak pameran dengan tunai
II Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi
III Kutipan tunai daripada Akaun Belum Terima
IV Pemilik membawa masuk tunai sebagai modal tambahan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV ✓
Jawapan: D — Kutipan penghutang dan modal tambahan secara tunai ialah penerimaan, dicatat di sebelah debit Buku Tunai.
Soalan 9
Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Rashna.
Pemilik membayar utiliti rumah kediaman dengan menggunakan wang perniagaan.
Pilih catatan lejar yang betul.
A. Debit : Akaun Utiliti | Kredit : Akaun Tunai
B. Debit : Akaun Utiliti | Kredit : Akaun Modal
C. Debit : Akaun Ambilan | Kredit : Akaun Tunai ✓
D. Debit : Akaun Ambilan | Kredit : Akaun Modal
Jawapan: C — Bayaran utiliti peribadi ialah ambilan. Debit Akaun Ambilan dan kredit Akaun Tunai.
Soalan 10
Berikut merupakan maklumat akaun bagi Perniagaan Firman.
Apakah X?
A. Faedah dibayar
B. Pulangan masuk ✓
C. Diskaun diterima
D. Hutang lapuk terpulih
Jawapan: B — Pulangan masuk mengurangkan hutang pelanggan dan dikreditkan ke Akaun Kawalan Belum Terima.