Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Badan yang menggubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah
A. MIA
B. CIMA
C. ACCA
D. MASB ✓
Jawapan: D — MASB ialah badan yang menggubal piawaian perakaunan di Malaysia.
Soalan 2
Mengapakah Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1973?
A. Mempromosikan profesion perakaunan.
B. Mengawal ekonomi yang sedang berkembang pesat.
C. Menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan. ✓
D. Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan.
Jawapan: C — Jawatankuasa tersebut dibentuk untuk membangunkan dan menggalakkan penggunaan piawaian perakaunan antarabangsa.
Soalan 3
Maklumat berikut merujuk kepada Leona Enterprise:
Pemilik merekod ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi.
Apakah andaian, prinsip atau batasan yang dipatuhi oleh perniagaan tersebut?
A. Prinsip kos
B. Entiti berasingan ✓
C. Tempoh perakaunan
D. Pengiktirafan hasil dan belanja
Jawapan: B — Ambilan direkod berasingan daripada urus niaga operasi kerana pemilik dan perniagaan ialah entiti berasingan untuk tujuan perakaunan.
Soalan 4
Sumber modal bagi Koperasi Keluarga Aslam ialah
A. Terbitan saham
B. Tabungan pemilik
C. Sumbangan pekongsi
D. Fi masuk dan jualan saham ✓
Jawapan: D — Koperasi memperoleh dana daripada fi masuk dan jualan saham kepada ahli.
Soalan 5
Manakah merupakan komponen dalam Akaun Perdagangan?
A. Hasil
B. Belanja
C. Kos Jualan ✓
D. Untung Kasar
Jawapan: C — Kos jualan ditolak daripada jualan bersih dalam Akaun Perdagangan untuk memperoleh untung kasar.
Soalan 6
Antara berikut, manakah dikelaskan sebagai Liabiliti Bukan Semasa?
I Gadai janji dan pinjaman bercagar
II Overdraf bank dan faedah atas pinjaman
III Hutang dalam tempoh setahun perakaunan
IV Hutang melebihi setahun tempoh perakaunan
A. I dan II
B. I dan IV ✓
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan: B — Liabiliti yang perlu diselesaikan selepas setahun ialah liabiliti bukan semasa. Gadai janji dan pinjaman bercagar dalam soalan merujuk kepada pembiayaan jangka panjang.
Soalan 7
Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Perabot Juliet.
| Aset (RM) | Liabiliti (RM) | Ekuiti Pemilik (RM) |
|---:|---:|---:|
| (4 500) | (5 000) | 500 |
Urus niaga manakah menunjukkan kesan terhadap persamaan perakaunan di atas?
A. Inventori RM4 500 dijual secara kredit RM5 000.
B. Sebuah rak pameran RM5 000 dijual secara kredit RM4 500.
C. Membayar cek RM4 500 kepada pembekal dan menerima diskaun RM500. ✓
D. Menjual satu set meja makan berkos RM5 000 dengan harga RM4 500 secara tunai.
Jawapan: C — Aset turun RM4 500, hutang pembekal turun RM4 500 + RM500 = RM5 000 dan diskaun RM500 menambah ekuiti.
Soalan 8
Manakah bukan pasangan Catatan Kontra dan akaun berkaitan?
A. Catatan Kontra : Ambilan | Akaun Berkaitan : Modal
B. Catatan Kontra : Pulangan masuk | Akaun Berkaitan : Jualan
C. Catatan Kontra : Susut nilai kenderaan | Akaun Berkaitan : Kenderaan ✓
D. Catatan Kontra : Peruntukan hutang ragu | Akaun Berkaitan : Akaun Belum Terima
Jawapan: C — Susut nilai kenderaan ialah belanja. Susut nilai terkumpul kenderaan ialah akaun kontra bagi Kenderaan.
Soalan 9
Maklumat berikut merupakan ciri-ciri suatu dokumen.
• Dokumen dikeluarkan oleh pihak bank.
• Bertujuan memberitahu kepada pemilik akaun bahawa pihak bank telah mengurangkan akaun dengan jumlah tertentu.
Apakah dokumen tersebut?
A. Makluman Debit ✓
B. Makluman Kredit
C. Resit Perbankan Dalam Talian
D. Slip Transaksi Perbankan Elektronik
Jawapan: A — Makluman Debit memberitahu pelanggan bahawa pihak bank telah mendebit dan mengurangkan baki akaunnya.
Soalan 10
Apakah catatan bergu dalam Jurnal Am untuk merekodkan diskaun dibatalkan akibat cek daripada Haifa yang dipulangkan dengan tanda "Rujuk Penyuruh Bayar"?
A. Debit : Akaun Diskaun diberi | Kredit : Akaun Haifa
B. Debit : Akaun Haifa | Kredit : Akaun Diskaun diberi ✓
C. Debit : Akaun Diskaun diterima | Kredit : Akaun Haifa
D. Debit : Akaun Haifa | Kredit : Akaun Diskaun diterima
Jawapan: B — Pembatalan diskaun menambah semula hutang Haifa. Debit Akaun Haifa dan kredit Akaun Diskaun diberi.