Contoh Soalan & Jawapan (10 soalan percuma)
Soalan 1
Antara berikut, manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?
A. Perniagaan Afiq Enterprise ✓
B. Koperasi Teguh Maju
C. Majlis Belia Perak
D. Rumah Anak Yatim Permata
Jawapan: A — Jawapan: A. Perniagaan Afiq Enterprise ialah organisasi bermotifkan untung (OBU) yang menjalankan aktiviti untuk mendapatkan keuntungan, berbanding pilihan lain yang merupakan organisasi bukan bermotifkan untung.
Soalan 2
Rajah 1 menunjukkan perubahan bentuk pemilikan sebuah perniagaan
Klinik Ali dan Abu → Klinik Ali PLT
Mengapakah Ali mengambil tindakan tersebut
I Berkongsi kepakaran
II Mudah ditubuhkan
III Perniagaan berterusan
IV Menanggung laibiliti terhad
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV ✓
Jawapan: D — Jawapan: D. Penukaran kepada Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) memberikan kelebihan entiti berasingan yang membolehkan perniagaan berterusan dan rakan kongsi menanggung liabiliti terhad.
Soalan 3
Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan
• Liabiliti anggota adalah terhad
• Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut
A. Usahasama
B. Francias
C. Koperasi ✓
D. Perkongsian
Jawapan: C — Jawapan: C. Koperasi adalah milikan di mana modal disumbangkan melalui pegangan syer oleh anggota dan setiap anggota menanggung liabiliti terhad.
Soalan 4
Rajah 2 berkaitan dengan sektor perniagaan
Situasi manakah yang menerangkan M?
A. Syarikat Perabot Maju Sdn Bhd menjalankan aktiviti eksport perabot jati ke negara Thailand
B. Pak Abu mengusaha tanaman jagung bagi memenuhi keperluan permintaan tempatan
C. Syarikat Travel Citra menawarkan pakej umrah dengan harga berpatutan
D. Puan Rozita menghasilkan kek lapis untuk dipasarkan ke luar negara. ✓
Jawapan: D — Jawapan: D. M merujuk kepada sektor sekunder (pembuatan dan pembinaan). Puan Rozita menghasilkan kek lapis merupakan aktiviti pembuatan dalam sektor sekunder.
Soalan 5
Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.
| Puan Anita merupakan pengusaha keropok ikan di daerah Kuala Terengganu. Beliau mempunyai pekerja tetap seramai 25 orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM400 000. |
Apakah saiz dan sektor perniagaan tersebut?
A. Saiz: Kecil | Sektor: Utama
B. Saiz: Kecil | Sektor: Kedua ✓
C. Saiz: Sederhana | Sektor: Utama
D. Saiz: Besar | Sektor: Kedua
Jawapan: B — Jawapan: B. Pengusaha keropok ikan tergolong dalam sektor pembuatan (kedua). Bilangan pekerja 25 orang dan jualan RM400,000 menepati kriteria perniagaan bersaiz kecil untuk sektor pengilang.
Soalan 6
Gambar 1 merupakan logo sebuah agensi kerajaan
Antara berikut, yang manakah peranan agensi tersebut kepada peniaga
I Memberi pelepasan cukai
II Mewujudkan kawasan perindustrian
III Menyediakan kemudahan infrastruktur
IV Menyediakan pusat perniagaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III ✓
D. III dan IV
Jawapan: C — Jawapan: C. Berdasarkan skema jawapan, peranan tersebut termasuk mewujudkan kawasan perindustrian dan menyediakan kemudahan infrastruktur untuk perniagaan setempat.
Soalan 7
Maklumat berikut berkaitan dengan penggangguran
| Perubahan dalam industri secara keseluruhan menyebabkan kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi |
Apakah jenis pengganguran tersebut?
A. Kitaran
B. Struktur ✓
C. Teknologi
D. Bermusim
Jawapan: B — Jawapan: B. Pengangguran struktur berlaku apabila terdapat perubahan dalam struktur ekonomi negara yang menyebabkan kemahiran pekerja sedia ada tidak lagi relevan.
Soalan 8
Antara yang berikut tindakan kerajaan perlu laksanakan untuk mengatasi deflasi?
I Melonggarkan syarat pinjaman
II Menurunkan cukai pendapatan
III Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
IV Meningkatkan kadar faedah
A. I dan II ✓
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan: A — Jawapan: A. Untuk mengatasi deflasi, kerajaan perlu melaksanakan dasar kewangan dan fiskal mengembang, seperti melonggarkan syarat pinjaman dan menurunkan cukai pendapatan untuk merangsang perbelanjaan pengguna.
Soalan 9
Maklumat berikut menunjukkan masalah yang dihadapi oleh sebuah perniagaan
| Syarikat Damia Sdn Bhd gagal menyiapkan tempahan yang diminta oleh pelanggan |
Apakah faktor dalaman yang menyebabkan perubahan persekitaran tersebut?
A. Ketidakcekapan sumber manusia ✓
B. Perubahan undang-undang
C. Ekonomi meleset
D. Politik yang tidak stabil
Jawapan: A — Jawapan: A. Ketidakcekapan sumber manusia adalah satu-satunya faktor dalaman di antara pilihan jawapan, manakala pilihan lain adalah faktor persekitaran luaran.
Soalan 10
Apakah ciri-ciri gaya pengurusan Autokratik?
A. Pengawasan minimum terhadap pekerja
B. Pekerja memberi maklum balas kepada ketua
C. Keputusan dan kawalan hanya berpusat pada ketua ✓
D. Keputusan dibuat secara kolaboratif
Jawapan: C — Jawapan: C. Gaya pengurusan autokratik bersifat pemusatan kuasa di mana keputusan, kawalan dan arahan datang sepenuhnya daripada pihak atasan.