Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dibantu oleh Sistem Pembesar Berempat.
Bendahara
Penghulu Bendahari
X
Y
(a) Apakah X dan Y?
(b) Jelaskan tugas pembesar dalam sistem tersebut.
(c) "Kesungguhan pemimpin menguruskan masalah negara penting bagi menjamin kemakmuran rakyat".
Ulaskan.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Jadual berikut berkaitan perkembangan politik di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
| Tarikh | Peristiwa | Kesan |
|:--- |:--- |:--- |
| 12 Sep 1945 | Pelaksanaan Pentadbiran Tentera British (BMA) | Gagal memulihkan keamanan Tanah Melayu |
| 1 April 1946 | Pengisytiharan gagasan Malayan Union | Ditentang oleh orang Melayu |
(a) Mengapakah BMA gagal?
(b) Jelaskan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?
(c) Teliti rangkap syair berikut.
Bersatu Padu Teguh Tujuan
Bersatu padu teguh tujuan,
Kekalkan keamanan dalam negara,
Hindari perbalahan serta permusuhan,
Hidup harmoni sekeluarga
Karya: Ghazali Lateh
Beri ulasan anda.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di negara kita bukan sahaja unik malah harus berjalan mengikut ketetapan serta seiring
Sumber Diubah suai: https://www.astroawani.com.my
(a) Apakah aspek keunikan tersebut?
(b) Bagaimanakah aspek di 3 (a) diamalkan dalam sistem pentadbiran negara kita?
(c) Teliti poster berikut.
(c) Beri ulasan anda.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Bahan 1
Rukun Negara terus kekal relevan dalam masyarakat hari ini.
Sumber: https://www.bharian.com.my
(a) Nyatakan latar belakang pembentukan Rukun Negara.
(b) Jelaskan prinsip Rukun Negara.
(c) Graf menunjukkan carian google rakyat Malaysia berkaitan Rukun Negara sepanjang bulan kemerdekaan pada tahun 2025.
(c) Beri ulasan anda berdasarkan graf tersebut.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Bahan 1
Garis masa berikut berkaitan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941 hingga 1945.
(a) Apakah kesan pendudukan Jepun terhadap perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
(b) Jelaskan tindakan Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah.
(c) Teliti infografik berikut.
(c) Huraikan maklumat yang terkandung dalam infografik tersebut.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
(a) Nyatakan latar belakang kemasukan ideologi komunis ke negara kita.
(b) Keganasan komunis bukan sekadar catatan lampau, sebaliknya meninggalkan kesan mendalam terutama kepada generasi terdahulu yang pernah melalui zaman darurat.
Jelaskan kesan zaman tersebut dari aspek sosioekonomi.
(c) Teliti poster berikut.
(c) Ulaskan.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Bahan 1
Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) pada 8 Mac 1956.
Sumber ubah suai: https://www.penerangan.gov.my
(a) Apakah Terma Rujukan (panduan) suruhanjaya tersebut dalam merangka perlembagaan tersebut?
(b) Bagaimanakah suruhanjaya berkenaan melaksanakan tugas mereka?
(c) Teliti poster berikut.
(c) Beri ulasan anda
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Bahan 1
Kerajaan berhadapan cabaran dan isu di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selepas pembentukan Malaysia.
(a) Apakah cabaran dan isu tersebut?
(b) Jelaskan usaha mengatasi cabaran dan isu di atas
(c) Petikan berikut berkaitan usaha kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
SHAH ALAM: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Aspirasi kerajaan untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dan hasrat orang awam berkaitan kebajikan serta mutu hidup rakyat sepanjang tempoh lima tahun pelan pembangunan negara itu.
Usaha ini juga bertujuan mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui projek berimpak tinggi. RMK13 sangat penting kerana jika ekonomi sedia ada berjalan dengan baik, ia akan menjadi rujukan bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara berpendapatan tinggi.
https://www.bharian.com.my
Huraikan maklumat dalam petikan tersebut.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
(a) Jelaskan latar belakang dasar luar negara kita sebelum merdeka?
(b) Jelaskan halangan yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengukuhkan hubungan dasar luar.
(c) Petikan berikut berkaitan prinsip perlaksanaan dasar luar negara.
Malaysia akan terus melaksanakan dasar luar yang pragmatik, bebas, berprinsip dan berkecuali berlandaskan nilai keamanan, keadilan dan kesaksamaan. Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang teguh kepada prinsip kewujudan bersama secara aman antara negara-negara lain. Malaysia juga akan kekal memilih penyelesaian aman terhadap sebarang pertelagahan. Malaysia berpegang kepada prinsip tidak mempamerkan kekuatan tentera.
Negara akan terus menghormati kemerdekaan, kedaulatan serta integriti wilayah negara lain serta memupuk prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain. Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan pendapat atau bantahan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan seperti penindasan, ketidakadilan serta kezaliman. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu meningkatkan keazaman untuk mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan multi lateralisme.
Sumber Diubah suai: https://www.sinarharian.com.my
Sebagai pemimpin negara, bagaimanakah anda dapat mengelakkan Malaysia terbabit dalam konflik dengan negara luar?