Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.
(a) Nyatakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
(b) Jelaskan sistem pentadbiran dalam Kesultanan Melayu Melaka.
(c) "Pemimpin berwibawa kunci kepada kestabilan pentadbiran negara."
Ulaskan.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis.
(a) Nyatakan dua negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
(b) Jelaskan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.
(c) Teliti petikan akhbar berikut. Jelaskan kesan sekiranya peperangan berterusan.
Isyarat Perang Iran Tamat Legakan Pasaran, Mengukuhkan Ringgit.
KUALA LUMPUR: Pengumuman gencatan senjata sementara membabitkan Iran dan Amerika Syarikat (AS) menjadi pemangkin utama kepada pengukuhan ringgit, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap aliran keluar modal dan meningkatkan minat pelabur terhadap aset pasaran sedang pesat membangun.
Sumber: http://www.bharian.com.my
(c) Jelaskan kesan sekiranya peperangan berterusan.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa atau peranan yang luas dalam pemerintahan negara.
(a)(i) Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam aspek berikut: Kuasa eksekutif
(a)(ii) Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam aspek berikut: Kuasa perundangan
(a)(iii) Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam aspek berikut: Kuasa kehakiman
(b) Teliti poster berikut.
(b) Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Rukun Negara ialah ideologi yang dibentuk sebagai usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
(a) Senaraikan dua matlamat pembentukan Rukun Negara.
(b) Jelaskan matlamat di 4(a).
(c) Maklumat berikut berkaitan prinsip Rukun Negara.
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Bagaimanakah prinsip tersebut dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita?
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Komunis bertindak menggugat keamanan dan kestabilan negara walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu.
(a) Jelaskan tindakan komunis tersebut.
(b) Ancaman komunis memberi kesan terhadap negara kita. Huraikan.
(c) Teliti petikan berikut. Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
Waspada Gerakan Hidupkan Ideologi Komunis di Negara Ini.
KUALA LUMPUR: Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Mizan Mohammad Aslam mendakwa, negara kini diancam kegiatan terancang kumpulan properjuangan subversif yang secara halus cuba menghidupkan kembali ideologi komunis. Sejarah dan bukti menunjukkan tindakan komunis terhadap orang awam lebih kejam berbanding kumpulan subversif lain di dunia ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menyatakan pendirian mereka dengan jelas terhadap gerakan komunis yang sedang menular di negara ini, selain tindakan tegas dilakukan terhadap individu yang cuba menghidupkan dan menyebarkannya. Malah, kelompok ini juga menggunakan media sosial dan media cetak untuk menyebarkan propaganda mereka secara halus.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas, menangkap serta mendakwa individu yang menghina kedaulatan dan mengancam keselamatan negara. Hal ini dapat mengekang daripada kejadian sama atau lebih teruk berulang.
Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my
(c) Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Mac 1956 setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
(a) Jelaskan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
(b) Huraikan langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
(c) Jelaskan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada negara kita.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting bagi kesejahteraan rakyat Malaysia.
(a)(i) Jelaskan kerjasama tersebut dalam aspek: Pembangunan sosioekonomi
(a)(ii) Jelaskan kerjasama tersebut dalam aspek: Penyediaan perumahan rakyat
(a)(iii) Jelaskan kerjasama tersebut dalam aspek: Keselamatan dan kedaulatan negara
(b) Baca petikan berikut.
PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan komited memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri, khusus dalam penyelarasan dasar pembangunan secara bersama supaya sistem pentadbiran lebih tersusun dan berkesan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu menjadi tumpuan utama dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 yang dipengerusikannya di bangunan parlimen.
Penekanan turut diberikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Perbincangan dan kata sepakat perlu diambil supaya setiap keputusan dan perancangan yang digariskan dapat memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan.
Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
(b) Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama bagi menangani isu pembangunan dan ekonomi negara.
(a) Jelaskan isu yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan.
(b) Bagaimanakah kerajaan menangani isu tersebut?
(c) Teliti poster berikut.
(c) Jelaskan harapan anda terhadap Malaysia pada masa hadapan berdasarkan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan.
(a)(i) Jelaskan pelibatan Malaysia dalam isu berikut: Isu Palestin
(a)(ii) Jelaskan pelibatan Malaysia dalam isu berikut: Isu Syria
(b) Infografik berikut berkaitan kerjasama pemimpin negara dalam mengekalkan keamanan dunia.
(b) Berdasarkan infografik tersebut, berikan pandangan anda.