AlliteSejarah SPMSejarah K2 → Kelantan 2025

Soalan Percubaan Sejarah SPM Kertas 2
Kelantan 2025

Soalan percubaan Sejarah (1249/2) SPM Kelantan 2025: 9 soalan struktur & esei dengan skema jawapan. Latih K2 online percuma di Allite.

9Soalan
K2Struktur & Esei
2025Trial Paper
🖊️ Latih Online Percuma →

Soalan & Skema Jawapan

Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Maklumat berikut berkaitan slogan yang diperkenalkan oleh Jepun semasa penaklukannya di Tanah Melayu 1941.

"Asia untuk Asia"
"Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya"
(a) Mengapakah slogan tersebut berjaya mendapat sokongan penduduk tempatan?
Skema jawapan
F1 Membangkitkan semangat anti Barat
F2 Menekankan kebebasan negara Asia
F3 Menentukan kemajuan
F4 Meningkatkan persaudaraan sejagat
F5 Mencetuskan kesedaran politik dan nasionalisme
F6 Idea negara Asia sepatutnya ditadbir oleh orang Asia
F7 Idea bahawa Asia seharusnya dibebaskan daripada penjajahan Barat
F8 KMM menyokong Jepun dengan harapan untuk kemerdekaan Tanah Melayu
F9 Selari dengan perjuangan nasionalis tempatan/ KMM
[Mana-mana 3F x 1m] [3 m]
(b) Pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu.
Jelaskan.
Skema jawapan
F1 Kebangkitan nasionalisme orang Melayu bermula dengan pembebasan ahli KMM oleh Jepun
F2 Tindakan Jepun membubarkan KMM
F3 Perjuangan mendapatkan kemerdekaan dengan taktik dan strategi baru
F4 Melalui Giyu Gun dan Giyu Tai menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun
F5 Pada masa yang sama, bekerjasama dengan pentadbiran Jepun
F6 KMM menyokong Jepun dengan harapan agar diberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
F7 KMM menyebarkan semangat anti British melalui slogan Jepun "Asia untuk Asia"
F8 KRIS ditubuhkan oleh Jepun untuk menyatukan nasionalis Melayu dan Indonesia
F9 KRIS meneruskan perjuangan ke arah penubuhan negara merdeka berasaskan semangat serantau
F10 KMM dan KRIS berperanan meningkatkan kesedaran rakyat akan pentingnya pemerintahan sendiri
F11 Kegiatan KMM dan KRIS menjadi asas kepada kebangkitan gerakan nasionalisme selepas perang
[Mana-mana 3F x 1 m] [3 m]
(c) Mengapakah semangat nasionalisme penting kepada negara kita?
Skema jawapan
F1 Memupuk rasa cinta kepada negara
F2 Mengeratkan perpaduan rakyat
F3 Mempertahankan kedaulatan negara
F4 Mendorong kepada pembangunan negara
F5 Memperkukuhkan identiti kebangsaan
F6 Menolak campur tangan asing
F7 Menjamin kestabilan dan keamanan negara
F8 Membina jati diri generasi muda
(Mana-mana jawapan munasabah)
[4 m]
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 oleh British di Tanah Melayu.
(a) Nyatakan objektif pembentukan jawatankuasa tersebut.
Skema jawapan
F1 Mengkaji hubungan kaum secara mendalam.
F2 Membetulkan keadaan politik/ ekonomi/ sosial supaya adil.
F3 Mewujudkan keadaan harmoni.
F4 Melahirkan suasana muhibah dalam kalangan penduduk.
[Mana-mana 2F x 1m] [2 m]
(b) Jelaskan peranan CLC dalam menyelesaikan isu yang melibatkan pertikaian antara kaum di Tanah Melayu.
Skema jawapan
F1 Cadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri
F2 Memberi pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah Melayu.
F3 Bersetuju agar orang Melayu wajar ada kedudukan Istimewa
F4 Buktikan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan iktiraf negara ini satu-satunya tanah air mereka.
F5 CLC cadang tubuhkan agensi untuk tingkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.
F6 CLC setuju syarat kewarganegaraan kepada bukan Melayu penting
F7 Pupuk taat setia kepada Tanah Melayu
F8 Menunjukkan kerjasama kalangan penduduk.
F9 CLC mencadangkan sistem pendidikan yang seragam
F10 Pupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
(c) Baca pernyataan berikut.

| Perundingan serta muafakat menjadi asas arena politik di Malaysia sehingga sekarang, yang mana setiap parti politik di Malaysia agak sukar menang dalam pilihan raya tanpa kerjasama parti politik lain. |

Sumber: https://www.bharian.com.my.5 September 2020
Berikan ulasan anda.
Skema jawapan
F1 Perundingan serta muafakat mendasari arena politik di Malaysia sehingga sekarang
F2 Sukar menang dalam pilihan raya tanpa kerjasama parti politik lain.
F3 Masyarakat berbilang kaum
F4 Berkongsi kuasa
F5 Pupuk perpaduan kaum
F6 Menjaga keamanan negara
F7 Mengelakkan perebutan kuasa
F8 Meningkatkan imej negara
(Mana-mana jawapan munasabah)
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Peta berikut adalah negeri (wilayah) yang menyertai Persekutuan Malaysia tahun 1963.
(a) Nyatakan idea gagasan Malaysia.
Skema jawapan
F1 Idea oleh Melayu Raya/gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua
H1a Mahu mendapatkan kemerdekaan wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajah British/ Belanda/ Amerika
F2 Pihak pegawai British mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara
H2a Dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi
H2b Langkah ini bertujuan memudahkan pentadbiran pihak British.
F3 Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
H3a Untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan
[Mana-mana 2F x 1 m] [2 m]
(b) Jelaskan reaksi penduduk tempatan terhadap idea pembentukan Malaysia.
Skema jawapan
Persekutuan Tanah Melayu
F1 Mendapat sambutan baik daripada penduduk/ parti politik di PTM
H1a Tunku Abdul Rahman mendapat sokongan UMNO
Sarawak
F2 Pemimpin Sarawak menyokong pembentukan Malaysia
H2a BARJASA yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub/ Datu Tuanku Haji/ Bujang Tuanku Othman
PANAS yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha
H2b PESAKA pimpinan Temenggung Jugah anak Barieng
H2c SCA menyokong idea pembentukan Malaysia.
H2d SNAP pada peringkat awal menentang tetapi kemudiannya menyokong berdasarkan cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
F3 SUPP dan SNAP menentang cadangan pembentukan Malaysia
H3a SNAP kemudiannya menyokong berdasarkan cadangan JSKM
H3b PANAS/SNAP/BARJASA/ SCA/PESAKA membentuk Parti Perikatan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia
Sabah
F4 Sokongan parti-parti politik Sabah UNKO, USNO, Pasok Momogun dan Sabah Chinese Association (SCA)
H4a Datu Mustapha Datu Harun paling awal menyokong
H4b Parti politik Sabah membentuk Sabah Alliance/ Perikatan Sabah menyokong pembentukan Malaysia
F5 Alasan pihak yang menentang ialah keinginan mendapatkan kemerdekaan secara berasingan/ membentuk Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang Merdeka
H5a Ada yang menganggap Tanah Melayu terasing seperti Indonesia dan Filipina
H5b Alasan lain mempersoalkan keadaan pemimpin yang perlu sesuaikan diri dengan kegiatan politik/pilihanraya/berkerajaan sendiri di Singapura dengan Kuala Lumpur.
H5c Pemimpin Borneo membentuk Barisan Bersatu mencabar pembentukan Malaysia.
Singapura
F6 People's Action Party (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini.
H6a Golongan pedagang/ pengusaha industri menyokong
H6b Dapat membuka pasaran yang lebih besar kepada industri mereka
H6c Parti Buruh Singapura menyokong tetapi menganggap sukar untuk dilaksanakan
H6d Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia Barisan Sosialis menganggap penjajahan baru
H6e Mencadangkan pandangan rakyat diperoleh sebelum menyertai Malaysia
Brunei
F7 Sultan Brunei/ Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong
H7a Rakyat Brunei juga menyokong
H7b Ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu
H7c Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari menentang kerana lebih berminat untuk gabungkan Brunei, Sarawak dan Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan
H7d Berpendapat cara British untuk mengekalkan pengaruh agar dapat menguasai ekonomi dan menjamin keselamatan
H7e Khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian kekayaan
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
(c) Baca maklumat berikut.

| Penubuhan Malaysia merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah berjaya membentuk sebuah negara yang aman dan bebas daripada pengaruh luar khususnya komunis. Nikmat yang paling berharga Sabah dan Sarawak ini adalah bermulanya pembebasan daripada naungan British.

Sumber: https://news.ump.edu.my |

Berdasarkan maklumat tersebut apakah faedah yang diperoleh daripada pembentukan Malaysia?
Skema jawapan
F1 Penubuhan Malaysia telah berjaya membentuk sebuah negara yang aman
F2 Bebas daripada pengaruh luar
F3 Pembebasan daripada naungan British.
F4 Membendung ancaman komunis
F5 Menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu
F6 Mengimbangi komposisi antara kaum
F7 Mempercepat kemerdekaan wilayah Borneo
F8 Mempercepat pembangunan wilayah
F9 Mempelbagaikan bidang pembangunan
F10 Meningkatkan taraf hidup peribumi dalam pelbagai aspek
(Mana-mana jawapan munasabah)
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan kestabilan Malaysia.
(a) Nyatakan latar belakang ideologi Rukun Negara.
Skema jawapan
F1 Usaha kerajaan untuk menyatukan rakyat
F2 Membimbing rakyat ke arah perpaduan
F3 Susunan prinsip hidup masyarakat
F4 Mengandungi nilai kenegaraan dan norma sosial
F5 Mencakupi seluruh aspek politik/ ekonomi/ agama/ budaya/ perundangan
F6 Menggariskan ikrar yang perlu dihayati oleh warganegara
F7 Sebagai falsafah hidup rakyat Malaysia
[Mana-mana 2F x 1 m] [2 m]
(b) Jelaskan matlamat pembentukan Rukun Negara.
Skema jawapan
**Negara Bersatu**
- F1: Mencipta satu bangsa dan negara yang bersatu padu
- H1a: Menganggap diri sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan atau kepercayaan
- H1b: Mempunyai kesetiaan dan cinta akan negara
**Masyarakat Adil**
- F2: Mencipta masyarakat yang adil
- H2a: Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara
- H2b: Pihak yang lemah dan berkurangan akan dibantu/ dapat peluang yang sama untuk bersaing
- H2c: Bebas daripada penindasan
**Masyarakat Demokratik**
- F3: Memelihara cara hidup demokratik
- H3a: Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi
- H3b: Kebebasan kegiatan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang negara
- H3c: Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum
**Masyarakat Liberal**
- F4: Hendak memelihara wujudnya satu masyarakat yang liberal
- H4a: Masyarakat bebas mengamalkan agama/adat resam/ kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara
- H4b: Mencipta satu masyarakat yang boleh menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia
**Masyarakat progresif**
- F5: Menegakkan satu masyarakat yang progresif mengikut sains dan teknologi
- H5a: Mengamalkan nilai-nilai ketuhanan
- H5b: Masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan perubahan dan kemajuan pada masa ini
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
(c) Teliti maklumat berikut.

| **Tragedi berdarah 13 Mei 1969 'ajar' kita erti perpaduan**

Melihat kepada impak insiden berdarah itu, seharusnya peristiwa berkenaan dijadikan pengajaran di mana masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu terus bersatu padu dan hidup secara harmoni.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2023/05/16 |

Mengapakah peristiwa tersebut perlu dijadikan iktibar kepada generasi hari ini?
Skema jawapan
F1 Melahirkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu terus bersatu padu
F2 Memupuk hidup dalam keadaan harmoni sentiasa
F3 Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas kepada sesiapa sahaja yang bermain dengan isu perkauman
F4 Generasi hari ini mestilah saling Kerjasama antara kaum di negara kita
F5 Menyemai sikap tolak ansur harus disemai sejak dari kecil lagi
F6 Menyarankan masyarakat sentiasa berwaspada dengan anasir luar yang ingin memporakperandakan negara kita
F7 Kebijaksanaan pemimpin dalam menangani isu sensitif yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
F8 Menyeru rakyat menyokong dasar kerajaan.
(Mana-mana jawapan munasabah)
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Sistem perundangan dan pentadbiran tersusun membolehkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang masyhur.
(a) Jelaskan sistem pentadbiran pusat Kesultanan Melayu Melaka.
Skema jawapan
F1 Dilaksanakan oleh pembesar Berempat
F2 Terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana
F3 Hubungan dan persefahaman dua hala antara Sultan dengan Pembesar
F4 Mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna/ mengelakkan sebarang tindakan yang sewenangnya oleh pemerintah
F5 Bendahara mempunyai peranan yang sangat penting
F6 Bendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir/ Ketua Turus Angkatan Tentera
F7 Bendahara menasihati Sultan dalam pelbagai hal/ menjadi pemangku sultan
F8 Mempunyai sistem kewangan yang teratur
F9 Sumber kewangan KMM diperoleh daripada urusan perdagangan/ cukai dan ufti wilayah naungan
F10 Penghulu bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur
F11 Syahbandar mengutip cukai di pelabuhan/ pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan
F12 Wang perbendaharaan disalurkan untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata/ membina istana
F13 Mempunyai sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga keamanan
F14 Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan Kota Melaka
F15 Laksamana bertindak sebagai panglima Angkatan laut Melaka
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
(b) Huraikan undang-undang berikut:
(b) i (i) Hukum Kanun Melaka
Skema jawapan
**Hukum Kanun Melaka**
- F1: Mempunyai 44 Fasal
**Jenayah**
- F2: Perbuatan yang menggugat ketenteraman Kesultanan Melayu Melaka
- F3: Hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah / Membunuh/ menikam/ mencuri
- F4: Kesalahan yang boleh dikenakan hukuman bunuh seperti Fasal 5.1
- F5: Seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja/ pembesar akan dihukum bunuh
- F6: Fasal 4 hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan/ memalsukan titah Sultan
**Peranan Sultan dan Pembesar**
- F7: Sultan dan pembesar perlu arif dalam hal berkaitan dengan undang-undang
- F8: Fasal 1 dijelaskan tugas sultan/ bendahara/ Temenggung/ Penghulu Bendahari
- F9: Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar seperti Bendahara/ Temenggung
**Kekeluargaan**
- F10: Undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga
- F11: Menyelesaikan masalah dalam keluarga/ perkahwinan / Hukum dalam perkahwinan dalam fasal 26
- F12: Pernikahan memerlukan empat orang saksi/ dua orang memadai jika tidak cukup
- F13: Hamba abdi/ wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.
**Ekonomi**
- F14: Undang-undang yang mempunyai peraturan yang jelas tentang urusniaga
- F15: Mengawal perdagangan di Melaka supaya tidak berlaku kesalahan/ bertentangan dengan ajaran Islam
- F16: Fasal 30 amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
- F17: Orang yang menjalankan perniagaan mestilah akhir baligh/ siuman/ melafazkan niat jual beli
(b) ii (ii) Undang-undang Laut Melaka
Skema jawapan
**Undang-undang Laut Melaka**
**Peranan Nakhoda**
- F1: Berkuasa penuh/ sebagai raja dalam perlayaran / Semua pihak harus mematuhi perintah Nakhoda
- F2: Fasal 13.1 diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari
- F3: Fasal 13.3 Sekiranya Nakhoda ingin singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan Nakhoda
- F4: Bermesyuarat dengan semua orang untuk mendapatkan persetujuan
**Pelayaran**
- F5: Peranan pegawai selain daripada Nakhoda termasuk jurumudi/ malim/ jurubatu
- F6: Perlaksanaan peranan membolehkan perlayaran selamat/ lancar
- F7: Fasal 9 seorang malim harus arif dalam ilmu perlayaran
- F8: Malim perlu mengetahui ombak/ arus/ kedudukan bulan/ bintang agar perlayaran selamat
- F9: Jika malim lalai dalam menjalankan tugas menyebabkan perlanggaran kerosakan/ dijatuhi hukuman bunuh.
**Jenayah**
- F10: Perbuatan jenayah di atas kapal menggugat ketenteraman/ keselamatan isi kapal
- F11: Undang-undang ini menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi mencuri/ membunuh/ memberontak
- F12: Fasal 5 seseorang yang berkelakuan jahat/ membunuh orang di atas kapal maka orang tersebut dikenakan hukuman mati
**Percukaian**
- F13: Percukaian sistematik dan adil dinyatakan dalam undang-undang ini
- F14: Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan perlayaran untuk perdagangan
- F15: Cukai perjalanan dan hasil perniagaan
- F16: Fasal 6.3 Nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang
- F17: Satu persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya
- F18: Dalam tempoh tiga tahun/ tiga bulan/ tiga hari
(c) Baca maklumat dalam petikan berikut.

| Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara dan seterusnya sebuah peradaban. Perkara yang tidak dapat dinafikan keperluannya dalam pembentukan peradaban ialah kehidupan masyarakat yang teratur. Keteraturan sosial adalah prasyarat sebuah peradaban. Dalam rangka itu Malaysia hendaklah mempunyai undang-undang dan sistem perundangannya yang tersendiri.

Hanya undang-undang bercirikan identiti tersendiri dan meletakkan prinsip serta nilai agama boleh mempertahan peradaban negara. Hingga ke hari ini. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri mampu membentuk perundangan yang stabil. Ini terbukti dengan terserlahnya kejayaan Malaysia mengekalkan kesejahteraan negara sehingga kita hampir mencecah enam puluh tahun merdeka.

Sumber: Dr Shamrahayu A Aziz - April 1, 2015 @ 7:22
bhrencana@bh.com.my |

Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
Skema jawapan
**Aras 4**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas.
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens yang tepat
Jawapan yang sangat mendalam/ terperinci/ Komunkasi/ pengolahan sangat menarik.
Menunjukkan kematangan
**Contoh**
- Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara
- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mengikut arahan pemerintah
- Keteraturan sosial adalah prasyarat sebuah peradaban.
- Sistem perundangan hendaklah mempunyai hala tuju jelas dan tegas
- Masyarakat tidak keliru dengan peraturan negara yang ditetapkan
- Bersedia bergerak menuju wawasan bagi pembinaan peradaban berkenaan.
- Mencapai wawasan dan pembinaan masyarakat madani yang unggul
- Undang-undang bercirikan identiti tersendiri dan meletakkan prinsip serta nilai agama boleh mempertahan peradaban negara
- Mempunyai nilai yang tersendiri/ berdasarkan acuan negara sendiri
- Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri mampu membentuk perundangan yang stabil
- Persekutuan dan negeri perlu selari bagi pengurusan undang-undang yang lancar
**Aras 3**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens
Jawapan mendalam
Komunkasi/ pengolahan sangat menarik
**Contoh:**
- Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara
- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mengikut arahan pemerintah
- Keteraturan sosial adalah prasyarat sebuah peradaban.
- Sistem perundangan hendaklah mempunyai hala tuju jelas dan tegas
- Masyarakat tidak keliru dengan peraturan negara yang ditetapkan
- Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri mampu membentuk perundangan yang stabil
- Persekutuan dan negeri perlu selari bagi pengurusan undang-undang yang lancar
**Aras 2**
Pengetahuan dan pemahaman jelas
Jawapan kurang mendalam
Menyatakan hujah secara ringkas
**Contoh:**
- Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara
- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mengikut arahan pemerintah
- Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri mampu membentuk perundangan yang stabil
- Persekutuan dan negeri perlu selari bagi pengurusan undang-undang yang lancar
**Aras 1**
Pengetahuan dan pemahaman terhad
Jawapan secara umum
**Contoh:**
- Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara
- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mengikut arahan pemerintah
Aras 4: 7-8m, Aras 3: 5-6m, Aras 2: 3-4m, Aras 1: 1-2m
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima daripada pelbagai pihak dalam usaha merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
(a) i Jelaskan memorandum berikut:
(i) Raja-raja Melayu
Skema jawapan
Raja-raja melayu
F1 Mengemukakan memorandum sendiri
F2 Mencadangkan Persekutuan yang merdeka mempunyai seorang Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
F3 YDPA harus dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan.
F4 Tempoh jawatan sebagai YDPA ialah 5 tahun.
F5 YDPA boleh meletak jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
F6 Raja-raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
(a) ii (ii) Parti politik dan pihak awam
Skema jawapan
**Parti politik dan Pihak Awam**
F1 Soal Kewarganegaraan
F2 Parti Perikatan menyuarakan cadangan melalui memorandum dinamakan “Testament Amanah Politik Parikatan”.
F3 Terdapat perbezaan pandangan tentang isu jus soli dalam Perikatan.
F4 Beberapa pihak dalam UMNO menolak pemberian kewarganegaraan jus soli.
F5 Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan kewarganegara.
F6 Persatuan Dewan Perniagaan Cina Se-Malaya menggesa suruhanjaya membuat peruntukan bagi kewarganegaraan menerusi kelahiran.
F7 Sekolah kebangsaan pelajari bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.
F8 Masyarakat India menuntut kedudukan kewarganegaraan mereka di teliti
F9 Masyarakat Serani mahu hak mereka di teliti.
soal bahasa dan pendidikan
F10 MCA menuntut semua sekolah yang menggunakan aliran bahasa Inggeris/ vernakular diteruskan.
F11 Semua sekolah kebangsaan pelajari bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.
(b) Huraikan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu.
Skema jawapan
F1 **Wilayah Pengaruh**
F2 Kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
F3 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957 terdiri daripada beberapa negeri.
F4 Contonya Perlis/ Kedah/ Perak/ Pulau Pinang Selangor/ Negeri Sembilan/ Melaka/ Pahang/ Johor/ Kelantan/ Terengganu.
F5 Setiap negeri berdaulat diketuai Sultan/ Raja/ Yang di-Pertuan Besar/Yang DiPertua Negeri
F7 **Kerajaan**
F8 Institusi yang bertanggungjawab menguruskan/ mentadbir negara.
F9 Kerajaan terbahagi kepada 3 komponen.
F10 Badan Perundangan/ Badan Eksekutif/ Badan Kehakiman
F11 Amalan demokrasi/ kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilih rakyat melalui pilihan raya.
F12 Rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka
F13 **Kedaulatan undang-undang**
F14 Kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang.
F15 Memastikan keamanan negara dapat dikekalkan demi kesejahteraan negara.
F16 Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan negara yang Merdeka
F17 Memelihara hak rakyat.
F18 **Lambang kebangsaan**
F19 Jata Negara/ lagu kebangsaan/ bendera kebangsaan/ bunga kebangsaan merupakan identiti dan jati diri rakyat.
F20 Simbol perpaduan.
F21 Setiap elemen mempunyai maksud berdasarkan sosiobudaya/ sejarah negara.
F22 Mempunyai nilai kedaulatan tersendiri
F23 Lambang jati diri negara.
F24 **Pengiktirafan sebagai rakyat**
F25 Mendapat hak asasi, aitu hak yang dimiliki oleh seseorang di sisi undang-undang.
F26 Contohnya kebebasan bersuara mengeluarkan pendapat
F27 Warganegara perlu mematuhi perlembagaan.
F28 Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara.
F29 Negara juga mempunyai hak terhadap rakyat.
F30 Semua pihak bertanggungjawab untuk gunakan hak masing-masing dengan bijak bagi kekalkan keharmonian/ kemakmuran negara.
[Mana-mana 6F x 1 m] [6 m]
(c) Berdasarkan poster tersebut mengapakah kita perlu menghargai kemerdekaan negara?
Skema jawapan
**Aras 4**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas.
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens yang tepat
Jawapan yang sangat mendalam/ terperinci/ Komunkasi/ pengolahan sangat menarik.
Menunjukkan kematangan
**Contoh:**
- Menghayati sejarah kemerdekaan negara
- Mempertahankan keharmonian negara
- Menjaga keselamatan negara
- Mengekalkan Pembangunan negara
- Mengekalkan perpaduan
- Menghargai pejuang negara
- Meningkatkan imej negara
- Mengekalkan Keamanan negara
- Mengekalkan kemakmuran negara
**Aras 3**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens
Jawapan mendalam
Komunkasi/ pengolahan sangat menarik
**Contoh:**
- Menghayati sejarah kemerdekaan negara
- Mempertahankan keharmonian negara
- Menjaga keselamatan negara
- Mengekalkan Pembangunan negara
- Mengekalkan perpaduan
- Menghargai pejuang negara
**Aras 2**
Pengetahuan dan pemahaman jelas
Jawapan kurang mendalam
Menyatakan hujah secara ringkas
**Contoh:**
- Menghayati sejarah kemerdekaan negara
- Mempertahankan keharmonian negara
- Menjaga keselamatan negara
- Mengekalkan Pembangunan negara
**Aras 1**
Pengetahuan dan pemahaman terhad
Jawapan secara umum
**Contoh:**
- Menghayati sejarah kemerdekaan negara
- Mempertahankan keharmonian negara
Aras 4: 7-8m, Aras 3: 5-6m, Aras 2: 3-4m, Aras 1: 1-2m
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berkait rapat dengan latar belakang sejarah pemerintahan beraja di negara kita.
(a) Jelaskan latar belakang pemerintahan beraja di Malaysia.
Skema jawapan
F1 Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka
H1a Raja pemerintah berkuasa mutlak
C1a Kuasa pentadbiran/ perundangan/kehakiman.
H1b Pemerintahan berdasarkan undang-undang
C1b Hukum Kanun Melaka/ Undang-Undang Laut Melaka
H1c Membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melayu.
H1d Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang/ ketua Kerajaan/ ketua agama.
H1e Keabsahan bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
F2 Sebelum Perang Dunia Kedua
H2a British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB/ Sistem Penasihat di NNMTB.
H2b Raja-raja Melayu memerintah dengan campur tangan British.
H2c British hanya mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar negeri.
H2d Raja-raja Melayu kekal sebagai pemerintah berdaulat, Dikehendaki menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen.
H2e Bagi NNMTB, kedudukan raja yang memerintah adalah lebih kukuh
H2f British menempatkan Penasihat British, namun pentadbiran negeri tetap dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh raja.
H2g Menggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895/Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911
H2h Menyerlahkan ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam Kesultanan Johor dan Terengganu.
H2i Berkait rapat dengan usaha raja/pembesar/ rakyat untuk menghalang peluasan pengaruh British/ mengekalkan kedaulatan negeri.
F3 Semasa Pendudukan Jepun
H3a Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam.
H3b Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing berada bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.
F4 Selepas Perang Dunia Kedua
H4a Pengenalan Malayan Union mencabarkan pemerintahan beraja.
H4b Kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England.
H4c British memerintah Malayan Union melalui Gabenor.
H4d Penentangan Malayan Union oleh Raja-raja Melayu menyebabkan MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
H4e Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
H4f Undang-undang Tubuh mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
F5 Raja Berperlembagaan Selepas Merdeka
H5a Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara.
H5b Kuasa/ tugasnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
H5c Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara.
[Mana-mana 6F x 1 m] [6 m]
(b) Terangkan ciri Demokrasi Berparlimen tersebut.
Skema jawapan
Amalan Pilihanraya
F1 Elemen penting yang menandakan wujudnya amalan demokrasi.
F2 Diadakan dalam tempoh lima tahun.
F3 Wujud sejak negara kita mencapai kemerdekaan
F4 Parti politik yang terlibat dalam pilihan raya bagi memperoleh mandat daripada rakyat untuk memerintah.
F5 Kempen pilihan raya membolehkan rakyat mengenali calon/ memahami manifesto parti yang bertanding.
F6 Rakyat menyemak nama pada daftar pemilih sebelum mengundi.
F7 Undian dilakukan dengan menggunakan prosedur yang telus dan sistematik.
F8 Rakyat menyemak nama pada daftar pemilih sebelum mengundi.
F9 Setiap undian pengundi dirahsia
F10 Bukti keabsahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat
Kebebasan Asasi
F11 Hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang.
F12 Perlembagaan Persekutuan menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi
F13 Kebebasan Diri
F14 Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
F15 Kebebasan Beragama
F16 Islam ialah agama Persekutuan.
F17 Penganut agama lain boleh mengamalkan agama masing-masing.
F18 Hak Berkenaan dengan Pendidikan
F19 Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.
F20 Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan
F21 Kebebasan asasi tidak bersifat mutlak, tetapi tertakluk pada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang yang digubal oleh Parlimen Malaysia.
F22 Bertujuan memastikan ketenteraman/ kesejahteraan awam terjamin dalam masyarakat yang demokratik.
Pengasingan kuasa dalam pemerintahan
F23 Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan/ eksekutif/ kehakiman.
F24 Ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
F25 Yang di-Pertuan Agong merupakan punca kuasa kepada ketiga-tiga badan ini.
F26 Badan Perundangan Berfungsi menggubal undang-undang.
F27 Badan perundangan peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Parlimen.
F28 Badan perundangan peringkat Kerajaan Negeri ialah Dewan Undangan Negeri (DUN).
F29 Parlimen badan perundangan tertinggi di Malaysia.
F30 Terdiri daripada tiga komponen, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
F31 Merupakan lambang demokrasi.
F32 Mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.
F33 Berkuasa menggubal undang-undang.
F34 Boleh membuat pindaan undang undang Persekutuan sedia ada,
F35 Menyemak dasar Kerajaan/ meluluskan perbelanjaan Kerajaan/ sistem cukai yang baharu.
F36 Yang di-Pertuan Agong Salah satu komponen dalam badan perundangan.
F37 Dewan Negara atau Senat dewan tertinggi dalam sistem perundangan negara.
F38 Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih teliti.
F39 Ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
F40 Menggubal dan meluluskan undang undang pada peringkat Dewan Rakyat.
F41 Di Malaysia, terdapat DUN di setiap negeri kecuali bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan dan Putrajaya.
F42 Ketiga-tiga wilayah tersebut hanya mempunyai ahli Parlimen.
F43 Terdiri daripada Sultan atau Yang di-Pertua Negeri selaku ketua negeri/ Speaker Dewan/ Ahli Dewan
F44 Dipilih melalui pilihan raya peringkat negeri.
F45 Berfungsi untuk menggubal undang-undang bagi negeri masing masing.
F46 Terdapat Badan eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Jemaah Menteri.
F47 Badan eksekutif peringkat Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
F48 Jemaah Menteri (Kabinet) Terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri
F49 Seperti Menteri Kewangan/Menteri Pendidikan/ Menteri Kesihatan.
F50 Tugas utama menggubal dasar negara/melaksanakan pembangunan.
F51 Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri/ memimpin Kerajaan/ menjalankan pentadbiran pada peringkat Kerajaan Persekutuan.
F52 Menteri mengetuai kementerian untuk melaksanakan dasar kerajaan yang diputuskan oleh Jemaah Menteri.
F53 Anggota Jemaah Menteri berpegang pada prinsip tanggungjawab bersama secara kolektif kepada Parlimen.
F54 Setiap menteri mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.
F55 Sekiranya seseorang menteri tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, beliau hendaklah meletakkan jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri.
F56 Pada peringkat negeri, kuasa eksekutif terletak pada Sultan/Raja/ Yang di-Pertua Negeri.
F57 Bagi negeri di Semenanjung Malaysia, kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/ EXCO (Executive Council).
F58 Di Sarawak dan Sabah badan eksekutif negeri dikenali sebagai Kabinet Negeri.
F59 Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar /Ketua Menteri.
F60 Badan Kehakiman bertanggungjawab mentafsirkan/ melaksanakan undang-undang/ mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
F61 Diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
F62 Kuasa badan kehakiman dilaksanakan oleh mahkamah.
F63 Hakim dilantik untuk memastikan sistem kehakiman/ keadilan ditegakkan di negara kita.
F64 Berperanan untuk mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama rakyat.
F65 Menyelesaikan konflik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
F66 Fungsi badan kehakiman bergantung pada status mahkamah.
F67 Terdiri daripada Mahkamah Atasan/Mahkamah Bawahan/ Mahkamah Khas.
F68 Di peringkat negeri terdapat Mahkamah Syariah/ Mahkamah Anak Negeri di Sarawak dan Sabah.
[Mana-mana 6F x 1 m ] [6 m]
(c) Baca petikan berikut.

| Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Sumber: https://www.parlimen.gov.my/ |

(c) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentinganya terhadap kestabilan negara kita.
Skema jawapan
**Aras 4**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas.
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens yang tepat
Jawapan yang sangat mendalam/ terperinci/ Komunkasi/ pengolahan sangat menarik.
Menunjukkan kematangan
**Contoh**
M1 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
M2 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
M3 Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini
M4 Pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan/ Kehakiman/ Eksekutif/ pentadbiran.
K1 Mengekalkan keamanan negara
K2 Menjaga kesejahteraan rakyat
K3 Melahirkan pentadbiran yang sistematik
K4 Menstabilkan politik negara
**Aras 3**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens
Jawapan mendalam
Komunkasi/ pengolahan sangat menarik
**Contoh:**
M1 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
M2 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
M3 Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini
M4 Pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan/ Kehakiman/ Eksekutif/ pentadbiran.
K1 Mengekalkan keamanan negara
K2 Menjaga kesejahteraan rakyat
**Aras 2**
Pengetahuan dan pemahaman jelas
Jawapan kurang mendalam
Menyatakan hujah secara ringkas
**Contoh:**
M1 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
M2 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
K1 Mengekalkan keamanan negara
K2 Menjaga kesejahteraan rakyat
**Aras 1**
Pengetahuan dan pemahaman terhad
Jawapan secara umum
**Contoh:**
M1 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
M2 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
Aras 4: 7-8m, Aras 3: 5-6m, Aras 2: 3-4m, Aras 1: 1-2m
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.
(a) Apakah yang anda faham tentang dasar tersebut?
Skema jawapan
F1 Kesinambungan DEB untuk tempoh 1991-2000
F2 Melalui rangka Rancangan Jangka Panjang kedua (RRJP2)
F3 Mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan
F4 Pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dan luar bandar
F5 Dasar yang mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan untuk mencapai negara maju
F6 Dasar yang bertujuan mewujudkan Masyarakat yang Bersatu padu
F7 Tujuan untuk mengukuhkan kestabilan sosial dan politik
[Mana-mana 4F x 1 m] [4 m]
(b) Bagaimanakah dasar tersebut berjaya menyelesaikan isu berikut:
(b) i Pembasmian kemiskinan
Skema jawapan
**Pembasmian Kemiskinan**
F1 Pemberian subsidi dan sokongan kepada golongan penanam padi dan nelayan
F2 Tumpuan diberikan ke arah meningkatkan produktiviti pengeluaran mereka
F3 Golongan belia diberi latihan di agensi Kerajaan/ Pusat Latihan Kemahiran Giat Mara / Institusi Latihan Perindustrian
F4 Memastikan golongan belia mendapat pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran dan berpendapatan tinggi
(b) ii Penyusunan semula masyarakat
Skema jawapan
**Penyusunan semula masyarakat**
F1 Pembentukan Masyarakat perdagangan dan Perindustrian bumiputera (MPPB)
F2 Meningkatkan tenaga kerja
F3 Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor moden/ pembuatan dan perkhidmatan
F4 Latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan diberikan oleh agensi Kerajaan
F5 Pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usahasama dengan bukan bumiputera turut dilaksanakan
F6 Perhatian khusus kepada penyertaan bumiputera dalam IKS
F7 Usahasama secara aktif antara bumiputera dan bukan bumiputera digalakkan
F8 Membolehkan syarikat bumiputera meningkatkan prospek perniagaan
F9 Bumiputera didedahkan dengan teknologi terbaharu bagi memboleh mereka bersaing dalam perniagaan
F10 Kemudahan modal/ maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa
F11 Memastikan corak tenaga kerja di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kaum dalam negara
(c) Maklumat berikut berkaitan pencapaian pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

| **BIDANG** | **PENCAPAIAN** |

| Ekonomi | KDNK berkembang purata 7% setahun (1991-1997) |
| Kemiskinan | Kadar kemiskinan menurun daripada 17.1% (1990) kepada 7.5% (1999) |
| Pembangunan Wilayah | Pelaksanaan program pembangunan kawasan luar bandar dan koridor ekonomi |
| Prasarana | Projek mega seperti KLIA, Menara Kuala Lumpur dan Putrajaya dimulakan. |
Berikan ulasan anda.
Skema jawapan
**Aras 4**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas.
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens yang tepat
Jawapan yang sangat mendalam/ terperinci/ Komunkasi/ pengolahan sangat menarik.
Menunjukkan kematangan
**Contoh:**
- KDNK berkembang purata 7 peratus setahun
- Kadar kemiskinan menurun daripada 17.1 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999
- Pelaksanaan program pembangunan kawasan luar bandar dan koridor ekonomi
- Projek mega seperti KLIA, Menara Kuala Lumpur dan Putrajaya dimulakan
- Kesannya kemunculan golongan pertengahan dalam Masyarakat
- Peningkatan taraf hidup rakyat
- Peningkatan kualiti hidup
- Meningkatkan interaksi antara pelbagai kaum
- Menyumbang kepada perpaduan kaum
**Aras 3**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas
Bukti/ contoh sangat sesuaiMembuat inferens Jawapan mendalamKomunkasi/ pengolahan sangat menarik
**Contoh:**
- KDNK berkembang purata 7 peratus setahun
- Kadar kemiskinan menurun daripada 17.1 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999
- Pelaksanaan program pembangunan kawasan luar bandar dan koridor ekonomi
- Projek mega seperti KLIA, Menara Kuala Lumpur dan Putrajaya dimulakan
- Kesannya kemunculan golongan pertengahan dalam Masyarakat
- Peningkatan taraf hidup rakyat
**Aras 2**
Pengetahuan dan pemahaman jelas
Jawapan kurang mendalam
Menyatakan hujah secara ringkas
**Contoh**
- KDNK berkembang purata 7 peratus setahun
- Kadar kemiskinan menurun daripada 17.1 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999
- Kesannya kemunculan golongan pertengahan dalam Masyarakat
- Peningkatan taraf hidup rakyat
**Aras 1**
Pengetahuan dan pemahaman terhad
Jawapan secara umum
**Contoh**
- KDNK berkembang purata 7 peratus setahun
- Kadar kemiskinan menurun daripada 17.1 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999
Aras 4: 7-8m, Aras 3: 5-6m, Aras 2: 3-4m, Aras 1: 1-2m
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan ekonomi antarabangsa bagi menjamin kestabilan dan kemajuan negara.
(a) Jelaskan peranan Malaysia dalam aspek berikut:
(a) i (i) Kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga.
Skema jawapan
**Kerjasama Pembangunan ekonomi segitiga**
F1 Bekerjasama dengan negara ASEAN membangunkan wilayah baharu
F2 Bertujuan untuk mendapatkan keuntungan bersama
F3 Mengurangkan monopoli pasaran barangan daripada negara maju
F4 Mengurangkan kebergantungan pada pasaran kewangan antarabangsa
F5 Bersama-sama mewujudkan koperasi ASEAN
F6 Mewujudkan bank ASEAN
F7 Mencadangkan penggunaan wang ASEAN
F8 Membendung campur tangan ekonomi negara maju
[Mana-mana 3F x 1 m]
(a) ii (ii) Mengantarabangsakan sistem ekonomi Islam.
Skema jawapan
**Mengantarabangsakan sistem ekonomi Islam**
F1 Sistem kewangan yang berlandaskan syarak
F2 Menggantikan sistem kewangan konvensional
F3 Dibangunkan sejak tahun 2001
F4 Satu sistem yang progresif dan komprensif
F5 Menyumbang keberkesanan sektor kewangan negara
F6 Malaysia menduduki pasaran sukuk terbesar dunia
F7 Menjadi negara utama pelabur dana Islam
F8 Menubuhkan INCEIF/ Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
[Mana-mana 3F x 1 m]
(b) Huraikan kepentingan hubungan ekonomi antarabangsa kepada Malaysia.
Skema jawapan
F1 Meluaskan pasaran ekonomi
F2 Menjual barangan/ produk ke pasaran antarabangsa
F3 Mempertingkatkan perdagangan sesama anggota ASEAN
F4 Mengurangkan tarif dan cukai barangan
F5 Mendapatkan layanan yang adil daripada negara maju
F6 Mewujudkan kerjasama pembangunan ekonomi
F7 Mendapatkan keuntungan hasil kerjasama perdagangan
F8 Membendung campur tangan ekonomi negara maju
F9 Memperolehi teknologi moden daripada negara maju
F10 Menarik pelaburan asing ke dalam negara
(Mana-mana jawapan yang berkaitan)
[Mana-mana 3F x 1 m] [6 m]
(c) Teliti infografik berikut
(c) Berdasarkan infografik tersebut huraikan cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia dan langkah mengatasinya.
Skema jawapan
**Aras 4**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas.
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens yang tepat
Jawapan yang sangat mendalam/ terperinci/ Komunkasi/ pengolahan sangat menarik.
Menunjukkan kematangan
**Contoh:**
**Cabaran**
- Pandemik Covid-19 telah mendatangkan kesan yang sangat besar terhadap ekonomi negara
- Pertumbuhan ekonomi negara menjadi negatif
- Berlaku kelembapan aktiviti perniagaan dan pelaburan
- Di peringkat global berlakunya ketidakstabilan ekonomi
- Berlaku turun naik dalam pasaran kewangan/ nilai mata wang yang tidak stabil
- Pengangguran yang tinggi
- Berlaku penurunan dalam permintaan eksport akan mengurangkan pendapatan negara
- Sektor perkilangan dan Perindustrian akan mengalami kelembapan
- Pengeluaran barangan dan perkhidmatan akan mengalami kejatuhan
**Langkah mengatasi**
- Negara perlu mempelbagaikan pengeluaran produk
- Membantu mengurangkan pergantungan kepada satu sektor semata-mata
- Perlukan teknologi moden dan inovasi untuk terus bersaing di peringkat global
- Peningkatan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara
- Melalui penawaran insentif cukai/ pengecualian duti import/ eksport
- Perlu menyediakan kemudahan fizikal dan digital
- Negara perlu berani meneroka pasaran baharu
- Memasuki, mengenal pasti dan memasarkan produk ke kawasan yang belum diterokai
- Mengurangkan kebergantungan kepada pasaran sedia ada
**Aras 3**
Pengetahuan dan pemahaman sangat jelas
Bukti/ contoh sangat sesuai
Membuat inferens
Jawapan mendalam
Komunkasi/ pengolahan sangat menarik
**Contoh:**
**Cabaran**
- Pandemik Covid-19 telah mendatangkan kesan yang sangat besar terhadap ekonomi negara
- Pertumbuhan ekonomi negara menjadi negatif
- Di peringkat global berlakunya ketidakstabilan ekonomi
**Langkah mengatasi**
- Negara perlu mempelbagaikan pengeluaran produk
- Membantu mengurangkan pergantungan kepada satu sektor semata-mata
- Peningkatan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara
- Melalui penawaran insentif cukai/ pengecualian duti import/ eksport
**Aras 2**
Pengetahuan dan pemahaman jelas
Jawapan kurang mendalam
Menyatakan hujah secara ringkas
**Contoh:**
**Cabaran**
- Pandemik Covid-19 telah mendatangkan kesan besar terhadap ekonomi negara
- Pertumbuhan ekonomi menjadi negatif
**Langkah mengatasi**
- Negara perlu mempelbagaikan pengeluaran produk
- Membantu mengurangkan pergantungan
**Aras 1**
Pengetahuan dan pemahaman terhad
Jawapan secara umum
**Contoh:**
**Cabaran**
- Pandemik Covid-19 telah mendatangkan kesan besar terhadap ekonomi negara
**Langkah mengatasi**
- Negara mempelbagaikan pengeluaran produk
Aras 4: 7-8m, Aras 3: 5-6m, Aras 2: 3-4m, Aras 1: 1-2m

Cuba soalan Sejarah K2 ini secara online — semak jawapan serta-merta

Mula Latihan →

Soalan Percubaan Sejarah K2 Lain

💼 Belajar Sejarah — boleh jadi apa?
⚖️ Peguam Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 📰 Wartawan Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 📣 Pengurus Pemasaran Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →