Allite → Kimia SPM → Kimia K2 → Kedah 2026

⚗️

Soalan Percubaan Kimia SPM Kertas 2
Kedah 2026

Soalan percubaan Kimia (4541/2) SPM Kedah 2026: 11 soalan struktur & esei dengan skema jawapan. Latih K2 online percuma di Allite.

11Soalan
K2Struktur & Esei
2026Trial Paper
🖊️ Latih Online Percuma →

Soalan & Skema Jawapan

Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Rajah 1 / Diagram 1
Rajah 1 menunjukkan dua atom bagi unsur X.
Diagram 1 shows two atoms of element X.

[Rajah menunjukkan dua isotop: ¹²X dan ¹⁴X dengan nombor proton 6]
(a) Apakah yang sama bagi kedua-dua atom unsur X?
Skema jawapan
Nombor proton // Proton number
(b) Nyatakan satu kegunaan isotop unsur X dalam kehidupan seharian.
Skema jawapan
Menganggar usia artifak / fosil // Estimating the age of artifacts / fossils
(c) Nyatakan keadaan jirim bagi unsur X pada suhu bilik.
Skema jawapan
Pepejal // Solid
(d) Terangkan mengapa unsur X dan unsur silikon mempunyai sifat kimia yang sama.
Skema jawapan
Mempunyai empat elektron valens / bilangan elektron valens yang sama // Have four valence electrons / same number of valence electron
(e) Hitung bilangan neutron bagi atom ¹⁴X.
Skema jawapan
14
Nombor jisim 14 tolak nombor proton 6
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Rajah 2 / Diagram 2
Rajah 2 menunjukkan pencairan larutan ferum(III) klorida.
(a) Tuliskan formula kimia bagi ferum(III) klorida.
Skema jawapan
FeCl₃
(b) Nyatakan dua pemboleh ubah yang berubah semasa proses pencairan.
Skema jawapan
1. Jisim zat terlarut // Mass of solute
2. Isipadu air suling // Volume of distilled water
(c)(i) Namakan proses yang berlaku.
Skema jawapan
Pencairan // Dilution
(c)(ii) Nyatakan pemerhatian yang dapat dilihat.
Skema jawapan
Keamatan warna perang berkurang // warna perang larutan ferum(III) klorida menjadi pudar // Intensity of brown colour decreases // brown colour of iron(III) chloride become fades
Bahagian A · Soalan 3 · 6 markah
Rajah 3.1 / Diagram 3.1
Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen yang dijalankan ke atas logam tulen.
Rajah 3.2 / Diagram 3.2
Rajah 3.2 menunjukkan objek yang dihasilkan daripada dua jenis seramik yang berbeza.
(a)(i) Apakah yang berlaku kepada kepingan besi selepas 4 hari?
Skema jawapan
Berkarat // Rust
(a)(ii) Pengaloian merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi masalah di 3(a)(i). Namakan aloi bagi besi yang boleh mengatasi masalah tersebut.
Skema jawapan
Keluli nirkarat // Stainless steel
(a)(iii) Gangsa merupakan sejenis aloi. Lukis susunan atom bagi gangsa.
Skema jawapan
Lukisan betul (2 saiz atom yang berbeza) // Correct drawing (2 different atomic sizes)
Label betul: Stanum (Tin) dan Kuprum (Copper) // Correct label: Tin and Copper
(b)(i) Berdasarkan Rajah 3.2, nyatakan objek lain yang boleh dihasilkan daripada seramik A.
Skema jawapan
Batu-bata // Mangkuk // Pinggan // Bricks // Bowl // Plate
Reject: peralatan dapur
(b)(ii) Berdasarkan Rajah 3.2, nyatakan objek lain yang boleh dihasilkan daripada seramik B.
Skema jawapan
Cakera pemotong // Implan gigi // komponen enjin dalam kapal terbang jet // Cutting disc // Dental implant // Engine component in a jet airplane
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
Rajah 4 / Diagram 4
Rajah 4 menunjukkan graf bagi bilangan atom karbon, hidrogen dan oksigen per molekul bagi dua sebatian karbon yang berbeza.
(a) Namakan kumpulan berfungsi bagi alkohol.
Skema jawapan
Hidroksil // Hydroxyl // -OH
(b) Berdasarkan Rajah 4, nyatakan formula empirik bagi alkohol Q dan asid karboksilik A.
Skema jawapan
Alkohol Q: C₃H₈O
Asid karboksilik A: CH₂O
(c)(i) 4.0 g alkohol Q terbakar lengkap dengan gas oksigen menghasilkan air dan gas yang mengeruhkan air kapur. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini.
Skema jawapan
1. Formula bahan dan hasil tindak balas betul // Correct formula of reactants and products
2. Persamaan seimbang // Balanced equation
$C_3H_7OH + \frac{9}{2}O_2 \rightarrow 3CO_2 + 4H_2O$
(c)(ii) Hitungkan bilangan mol gas karbon dioksida yang terhasil.
[Jisim molar alkohol Q = 60 gmol⁻¹]
Skema jawapan
1. Bilangan mol // Number or mole
2. Nisbah mol // Mole ratio
Bil mol alkohol Q: 4.0/60 = 0.0667 mol
Nisbah mol: 1 mol C₃H₇OH: 3 mol CO₂
0.0667 mol: 0.2 mol
Bilangan mol CO₂ = 0.2 mol
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
Rajah 5 / Diagram 5
Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. Huruf-huruf yang digunakan adalah bukan simbol sebenar unsur-unsur tersebut.
(a)(i) Nyatakan satu unsur yang merupakan logam peralihan.
Skema jawapan
R
(a)(ii) Nyatakan satu ciri istimewa unsur di (a)(i).
Skema jawapan
Bertindak sebagai mangkin // Membentuk ion atau sebatian berwarna // Membentuk ion kompleks // Mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan
(b)(i) Unsur R bertindak balas dengan oksigen membentuk oksida logam, R₂O₃. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini.
Skema jawapan
1. Formula bahan dan hasil tindak balas betul // Correct formula of reactants and products
2. Persamaan seimbang // Balanced equation
4R + 3O₂ → 2R₂O₃
(b)(ii) Hitung nombor pengoksidaan bagi unsur R dalam oksida logam, R₂O₃.
Skema jawapan
2X + (-2 × 3) = 0
X = +3
(c) Apabila unsur Q dan S bertindak balas dengan P untuk menghasilkan halida logam, didapati unsur Q lebih reaktif berbanding unsur S. Terangkan perbezaan pemerhatian tersebut.
Skema jawapan
1. Saiz atom S lebih besar berbanding atom Q // Daya tarikan antara nukleus terhadap elektron valens dalam atom S lebih lemah berbanding atom Q // The atomic size of S is larger than Q atom // The attraction force between the nucleus and the valence electrons in S atom is weaker than in Q atom
2. Atom Q lebih mudah menerima elektron // Q atom is easier to receive electron
Bahagian A · Soalan 6 · 9 markah
Rajah 6 / Diagram 6
Rajah 6 menunjukkan dua struktur polimer sintetik.
(a) Nyatakan satu contoh polimer sintetik.
Skema jawapan
Polietena // Polipropena // Polivinil klorida // Polistirena // Polyethene // Polypropene // Polyvinyl chloride // Polystyrene
(b) Berdasarkan jawapan anda di 6(a), tulis persamaan pempolimeran bagi polimer yang terbentuk.
Skema jawapan
1. Struktur monomer, bilangan karbon dan ikatan ganda dua yang betul
2. Struktur polimer, bilangan karbon dan ikatan tunggal yang betul
(c)(i) Berdasarkan Rajah 6, kenalpasti jenis polimer bagi P dan Q.
Skema jawapan
P: Termoplastik // Thermoplastic
Q: Termoset // Thermosetting
(c)(ii) Bandingkan sifat ketahanan haba bagi polimer P dan Q. Terangkan.
Skema jawapan
1. Polimer Q lebih tahan haba // Polymer Q higher heat resistant
2. Polimer Q mempunyai rangkai silang dan polimer P tidak mempunyai rangkai silang // Lebih banyak tenaga haba yang diperlukan untuk memutuskan rangkai silang dalam polimer Q // Polymer Q has cross-links and polymer P does not have cross-links // More heat energy is required to break the cross-links in polymer Q
(d) Penggunaan nilon dan poliester yang dilapisi zarah nano dapat meningkatkan kualiti fabrik dalam pembuatan pakaian sukan. Nyatakan kelebihan fabrik yang dihasilkan. Terangkan jawapan anda.
Skema jawapan
1. Kalis air / kotoran // Ringan // Anti kedut // Pelindung sinar UV // Water/dirt resistant // Lightweight // Wrinkle resistant // UV protective
2. Menghasilkan struktur yang sangat rapat / kecil // Produces a very tight/small structure
Bahagian A · Soalan 7 · 10 markah
Rajah 7.1 / Diagram 7.1
Rajah 7.1 menunjukkan pertukaran suatu sebatian karbon yang mempunyai 4 atom karbon.
Rajah 7.2 / Diagram 7.2
Rajah 7.2 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi pembakaran alkohol J melalui tindak balas III.
(a) Tuliskan formula am bagi alkohol.
Skema jawapan
CₙH₂ₙ₊₁OH
(b) Lukiskan formula struktur bagi alkohol J.
(c)(i) Kenal pasti tindak balas I dan II.
Skema jawapan
Tindak balas I: Pendehidratan // Dehydration
Tindak balas II: Penghidrogenan // Hydrogenation
(c)(ii) Nyatakan nama bagi Hidrokarbon L.
Skema jawapan
Butana // Butane
(d) Haba yang terbebas daripada pembakaran lengkap 1.2 g alkohol J digunakan untuk memanaskan 200 cm$^{3}$ air. Hitung haba yang dibebaskan terbebas dalam tindak balas ini.
[Jisim molar J = 74 gmol$^{-1}$]
(d)(i) Hitung haba yang dibebaskan terbebas dalam tindak balas ini.
Skema jawapan
1. Bil.mol
2. Haba yang dibebaskan
Contoh jawapan:
$n = \frac{1.2}{74}$ // 0.01622 mol
$Q = 43453$ J / 43.45 kJ
(d)(ii) Hitung perubahan suhu dalam tindak balas ini.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g⁻¹ °C⁻¹]
Skema jawapan
$Q = mc\theta$
$\theta = \frac{43453}{(200 \times 4.2)}$ °C // 51.73 °C
(e) Jadual 7 menunjukkan nilai dua jenis bahan api.
| Bahan api | Nilai bahan api ($\text{kJ g}^{-1}$) |
|---|---|
| Alkohol J | 36 |
| Hidrokarbon L | 51 |
Berdasarkan Jadual 7, bahan api manakah yang anda pilih untuk memasak? Wajarkan pilihan anda.
Skema jawapan
1. L
2. Mempunyai nilai bahan api yang lebih tinggi // Membebaskan lebih banyak haba semasa pembakaran.
Atau
1. J
2. Tidak berjelaga
Bahagian A · Soalan 8 · 10 markah
Rajah 8.1 / Diagram 8.1
Rajah 8.1 menunjukkan penyediaan satu garam tidak terlarutkan.
Rajah 8.2 / Diagram 8.2
Mendakan X dari tindak balas dalam Rajah 8.1 dapat menghasilkan Garam Y dan Gas Z seperti ditunjukkan dalam Rajah 8.2.
**Mendakan X + HNO$_{3}$ → Garam Y + Gas Z + H$_{2}$O**
(a) Namakan tindak balas bagi menghasilkan garam tidak terlarutkan.
Skema jawapan
Penguraian ganda dua // Pemendakan // Double decomposition // Precipitation
(b)(i) Berdasarkan Rajah 8.1, tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
Skema jawapan
Na₂CO₃ + CuSO₄ → CuCO₃ + Na₂SO₄
(b)(ii) Apakah warna bagi mendakan X?
Skema jawapan
Hijau // Green
(b)(iii) Hitung jisim mendakan X yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: N=14, O=16, Cu=64, C=12, Na=23, S=32]
Skema jawapan
1. Bilangan mol bahan
2. Jisim dan unit yang betul
$\text{Mol} = \frac{[0.5 \times 25]}{1000}$ // 0.0125
$\text{Jisim} = [0.0125 \times 124]\text{ g}$ // 1.55 g
Jisim molar CuCO₃ = 64+12+(3×16) = 124
(c)(i) Berdasarkan Rajah 8.2, huraikan satu ujian kimia bagi mengenal pasti gas Z.
Skema jawapan
1. Alirkan gas Z ke dalam air kapur // Flow gas Z into lime water
2. Air kapur menjadi keruh // The lime water becomes cloudy
Gas Z ialah CO₂
(c)(ii) Larutan garam Y yang terhasil boleh ditukarkan menjadi mendakan biru. Bagaimanakah anda dapat menyediakan mendakan biru tersebut di dalam makmal?
Skema jawapan
1. Tuangkan larutan garam Y ke dalam bikar / tabung uji // Pour the Y salt solution into a beaker/test tube
2. Tambahkan larutan NaOH / KOH / NH₃ // Add NaOH / KOH / NH₃ solution
3. Kacau / Goncang // Stir / Shake
Garam Y = Cu(NO₃)₂, mendakan biru = Cu(OH)₂
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Rajah 9.1 / Diagram 9.1
Rajah 9.1 menunjukkan carta alir bagi pembentukan dan tindak balas bagi gas NH₃.
Rajah 9.2 / Diagram 9.2
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kekonduksian elektrik apabila elektrod karbon dicelupkan ke dalam elektrolit.
(a)(i) Namakan gas NH₃ dan nyatakan jenis zarah gas NH₃.
Skema jawapan
1. Ammonia
2. Molekul // Molecule
(a)(ii) Berdasarkan Rajah 9.1, kenal pasti ikatan L yang terbentuk antara ion H⁺ dan NH₃, gas Q, gas R dan lukiskan struktur Lewis bagi ion J.
Skema jawapan
1. ikatan datif
2. gas Q: $N_2$ // gas nitrogen
3. gas R: $H_2$ // gas hydrogen
4.
(a)(iii) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara 2.4 dm³ gas Q dan 2.4 dm³ gas R pada keadaan bilik. Hitungkan isipadu maksimum gas NH₃ yang terhasil.
[Isipadu molar: 24.0 dm³ mol⁻¹ pada keadaan bilik]
Skema jawapan
1. Formula kimia bahan dan hasil tindak balas yang betul
2. Persamaan seimbang
3. Bilangan mol $N_2$
4. Bilangan mol $H_2$
5. Nisbah mol
6. Isipadu gas dengan unit yang betul.
$N_2 + 3H_2 \rightarrow 2NH_3$
Bil mol $N_2 = \frac{2.4}{24}$ // 0.1mol
Bil mol $H_2 = \frac{2.4}{24}$ // 0.1mol
3mol $H_2$: 2mol $NH_3$ // 0.1 mol $H_2$: 0.067mol $NH_3$
isipadu gas: $0.067 \times 24\text{ dm}^3$ // $1.608\text{ dm}^3$ // $1.6\text{ dm}^3$
H₂ is limiting reagent
(b)(i) Nyatakan maksud elektrolit.
Skema jawapan
Bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik samada dalam keadaan leburan ataupun akueus dan mengalami perubahan kimia // Substances that can conduct electricity in either molten state or aqueous solution and undergo chemical changes
(b)(ii) Berdasarkan Rajah 9.2, selepas litar dilengkapkan, murid mendapati mentol tidak menyala. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid tersebut bagi mengatasi masalah ini?
Skema jawapan
Panaskan elektrolit sehingga lebur // Heat the electrolyte until it melts
(b)(iii) Bandingkan jenis ikatan dan kekonduksian elektrik dalam elektrolit dan wayar penyambung selepas murid mengambil tindakan di 9(b)(ii). Terangkan jawapan anda untuk sifat kekonduksian elektrik.
Skema jawapan
| Elektrolit | Wayar penyambung |
|---|---|
| 1. Ikatan ion | 2. Ikatan logam |
| 3. Boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan atau akueus | 4. Boleh mengkonduksikan elektrik dalam semua keadaan |
| 5. Mempunyai ion yang bebas bergerak | 6. Mempunyai elektron yang dinyahsetempat |
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
Rajah 10 / Diagram 10
Rajah 10 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mengkaji kadar tindak balas antara garam karbonat dalam kulit telur dengan asid nitrik yang berbeza kepekatan.
Jadual 10 / Table 10
Pengurangan jisim kulit telur direkodkan dalam Jadual 10 pada sela masa 60 saat selama 8 minit.
| Masa, s | Jisim kulit telur, g (Set I Asid nitrik, $X \text{ mol dm}^{-3}$) | Jisim kulit telur, g (Set II Asid nitrik, $Y \text{ mol dm}^{-3}$) |
|---|---|---|
| 0.0 | 11.00 | 11.00 |
| 60.0 | 9.60 | 6.80 |
| 120.0 | 8.30 | 4.20 |
| 180.0 | 7.50 | 2.40 |
| 240.0 | 6.70 | 1.30 |
| 300.0 | 6.20 | 1.00 |
| 360.0 | 6.00 | 1.00 |
| 420.0 | 6.00 | 1.00 |
| 480.0 | 6.00 | 1.00 |
(a) Berdasarkan Jadual 10, nyatakan maksud kadar tindak balas. Lukis graf jisim kulit telur melawan masa pada kertas graf dan hitung kadar tindak balas pada minit ketiga bagi Set II.
Skema jawapan
1. Kadar tindak balas ialah pengurangan jisim kulit telur per unit masa // The reaction rate is the reduction in marble mass per unit time
2. Label paksi X dan Y berserta unit // Label the X and Y axes along with units
3. Skala pada paksi X dan Y yang seragam // Uniform scale on the X and Y axes
4. Plot graf pada titik yang betul // Plot the graph at the correct points
5. Menyambungkan titik-titik dengan garisan yang licin // Connect the points with a smooth line
6. Lukis tangen pada minit ke-3 (180 s) // Draw the tangent at 3rd minute
7. Kadar = 0.0247 g s⁻¹ (± 0.005) // Rate = 0.0247 g s⁻¹ (± 0.005)
(b) Dengan menggunakan Teori Pelanggaran, bandingkan kadar tindak balas antara Set I dan Set II.
Skema jawapan
1. Kadar tindak balas Set II lebih tinggi berbanding Set I
2. Kepekatan asid nitrik bagi Set II lebih tinggi berbanding Set I
3. Bilangan ion hidrogen per unit isipadu Set II lebih tinggi berbanding Set I
4. Frekuensi perlanggaran antara kulit telur/ $CaCO_3$ dengan ion hidrogen bagi Set II lebih tinggi berbanding Set I
5. Frekuensi perlanggaran berkesan bagi Set II lebih tinggi berbanding Set I
(c) Tulis persamaan kimia bagi tindak balas dan hitung kepekatan asid nitrik yang digunakan dalam Set I.
[Jisim atom relatif: Ca=40, C=12, O=16]
Skema jawapan
1. Formula kimia bahan dan hasil tindak balas
2. Persamaan seimbang
$CaCO_3 + 2HNO_3 \rightarrow Ca(NO_3)_2 + H_2O + CO_2$
3. Bil mol $CaCO_3$ yang bertindak balas
4. Nisbah mol
5. Kepekatan asid nitrik dengan unit
Bil mol $CaCO_3 = \frac{5}{[40+12+(3\times 16)]}$
$= 0.05$ mol
1 mol $CaCO_3$: 2 mol $HNO_3$ /
0.05 mol $CaCO_3$: 0.1 mol $HNO_3$
Kepekatan $HNO_3 = 1\text{ moldm}^{-3}$
(d) Berdasarkan tindak balas di antara asid nitrik dan kulit telur, huraikan satu ujian kimia untuk mengesahkan kehadiran anion dalam larutan garam yang dihasilkan.
Skema jawapan
1. Tambahkan 2 cm³ asid sulfurik cair dan 2 cm³ larutan ferum(II) sulfat ke dalam tabung uji yang mengandungi larutan garam. Goncangkan campuran. // Add 2 cm³ of dilute sulphuric acid and 2 cm³ of ferum(II) sulphate solution into a test tube containing the salt solution. Shake the mixture.
2. Titiskan beberapa titis asid sulfurik pekat secara berhati-hati // Carefully add a few drops of concentrated sulphuric acid
3. Cincin perang terbentuk // A brown ring forms
Anion NO₃⁻ - ujian cincin perang // brown ring test
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
Rajah 11.1 / Diagram 11.1
Rajah 11.1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji tindak balas redoks dalam suatu sel kimia.
Jadual 11.1 / Table 11.1
Jadual 11.1 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai, $E^0$ bagi bahan yang digunakan dalam Rajah 11.1.

| Tindak balas sel setengah | $E^0$ / V (298 K) |
|---|---|
| $Fe^{3+} + e^- \rightleftharpoons Fe^{2+}$ | +0.77 |
| $Cl_2 + 2e^- \rightleftharpoons 2Cl^-$ | +1.36 |
Rajah 11.2 / Diagram 11.2
Rajah 11.2 menunjukkan perbualan antara dua pelajar dan Jadual 11.2 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai, $E^0$ bagi bahan yang terlibat dalam perbualan tersebut.

Ali: Apabila logam $X$ ditambahkan ke dalam larutan kuprum(II) sulfat, bekas menjadi panas.
Rama: Eh, saya tambah logam $Y$ ke dalam larutan kuprum(II) sulfat tetapi tiada perubahan pun!
Jadual 11.2 / Table 11.2
| Tindak balas sel setengah | $E^0$ / V (298 K) |
|---|---|
| $X^{2+} + 2e^- \rightleftharpoons X$ | -2.38 |
| $Cu^{2+} + 2e^- \rightleftharpoons Cu$ | +0.34 |
| $Y^+ + e^- \rightleftharpoons Y$ | +0.80 |
(a)(i) Nyatakan maksud redoks. Tanpa menggunakan tiub-U lukiskan susunan radas lain untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak menggunakan bahan yang sama dalam Rajah 11.1.
Skema jawapan
1. Pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak // Oxidation and reduction occurs simultaneously
2. Gambar rajah berfungsi dan larutan dilorek, Voltmeter // Functional diagram and shaded solution, Voltmeter
3. Label: Cl₂, FeSO₄, H₂SO₄, elektrod karbon // Label: Cl₂, FeSO₄, H₂SO₄, carbon electrode
(a)(ii) Berdasarkan Rajah 11.1 dan Jadual 11.1, tulis notasi sel dan hitung nilai voltan sel kimia tersebut.
Skema jawapan
1. Bahan betul ikut susunan
2. Arah betul
$\text{C} \mid \text{Fe}^{2+}, \text{Fe}^{3+} \parallel \text{Cl}_2, \text{Cl}^- \mid \text{C}$
3. $\text{E}_{\text{cell}} = +1.36 - (+0.77)$
$= + 0.59\text{ V}$
(b)(i) Berdasarkan Rajah 11.2 dan Jadual 11.2, buktikan pernyataan mereka.
Skema jawapan
| Ali | Rama |
|---|---|
| 1. Benar | 2. Benar |
| 3. Tindak balas berlaku | Tindak balas tidak berlaku |
| 4. Nilai $E^\circ$ $X$ lebih negatif/ kurang positif daripada $Cu$. | 5. Nilai $E^\circ$ $Y$ lebih positif/ kurang negatif daripada $Cu$. |
(b)(ii) anda sebagai rakan Ali dan Rama,huraikan satu eksperimen untuk menentukan nilai haba yang terbebas seperti dalam tindak balas tersebut.
Huraian anda harus mengandungi:
- Cadangan logam $X$ dan $Y$
- Prosedur
Skema jawapan
1. X = Mg / Zn / Fe / Sn / Pb
2. Y = Ag
3. Sukat dan tuang [25-100] cm³ larutan kuprum(II) sulfat [0.1-2.0] mol dm⁻³ ke dalam cawan plastik // Measure and pour [25-100] cm³ of [0.1-2.0] mol dm⁻³ copper(II) sulphate solution into a plastic cup
4. Rekod suhu awal // Record initial temperature
5. Tambah satu spatula serbuk X ke dalam larutan kuprum(II) sulfat // Add one spatula of X powder into copper(II) sulphate solution
6. Campuran dikacau // Stir the mixture
7. Rekod suhu tertinggi dicapai oleh campuran // Record the highest temperature achieved by the mixture
8. Ulang langkah 1 hingga 7 dengan menggantikan serbuk X dengan serbuk Y // Repeat steps 1 to 7 by replacing X powder with Y powder

Cuba soalan Kimia K2 ini secara online — semak jawapan serta-merta

Mula Latihan →

Soalan Percubaan Kimia K2 Lain

💼 Belajar Kimia — boleh jadi apa?
⚗️ Jurutera Kimia Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI → 💊 Ahli Farmasi Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI → 🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI → Lihat semua 202 kerjaya →