Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan bilangan proton, bilangan elektron dan bilangan neutron bagi zarah P, zarah Q dan zarah R.
| Zarah | Bilangan proton | Bilangan elektron | Bilangan neutron |
|---|---|---|---|
| P | 8 | 10 | 8 |
| Q | 9 | 9 | 10 |
| R | 12 | 10 | 12 |
(a) Nyatakan maksud nombor proton.
(b) Berdasarkan Jadual 1,
kenal pasti kation dan anion.
Anion:
Kation:
(c) Lukis struktur atom bagi zarah Q.
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan sebahagian Jadual Berkala Unsur. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar unsur.
(a) Berdasarkan Rajah 1,
nyatakan unsur yang wujud sebagai cecair pada suhu bilik.
(b) (i) Unsur yang manakah lengai secara kimia?
(b) (ii) Berikan sebab bagi jawapan anda di 2(b)(i).
(c) Nyatakan unsur yang mempunyai saiz atom paling besar.
(d) Tuliskan susunan elektron bagi ion U.
Bahagian A · Soalan 3 · 6 markah
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk menghasilkan gas klorin.
(a) Nyatakan warna gas klorin.
(b) Berdasarkan Rajah 2,
nyatakan pemerhatian apabila gas yang terbebas diuji dengan kertas litmus biru lembap.
(c) (i) tindak balas tersebut menghasilkan mangan(II) klorida, gas klorin dan air.
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
(c) (ii) Hitungkan isi padu gas yang terbebas apabila 0.01 mol HCl dipanaskan dengan MnO$_{2}$ berlebihan.
[1 mol gas menempati 24 dm$^{3}$ pada keadaan bilik]
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
Rajah 3
Rajah 3 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kekonduksian elektrik bagi litium klorida.
(a) (i) Nyatakan jenis ikatan kimia yang terdapat dalam litium klorida.
(a) (ii) Nyatakan bagaimana ikatan kimia di 4(a)(i) terbentuk.
(b) (i) Setelah suis dihidupkan, didapati mentol tidak menyala.
Kenal pasti masalah yang berlaku.
(b) (ii) Cadangkan satu langkah penyelesaian supaya mentol dapat menyala tanpa menggantikan bahan dalam Rajah 3. Wajarkan jawapan anda.
(c) Lukiskan susunan elektron bagi litium klorida.
[Nombor proton: Li = 3, Cl = 17]
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan persamaan kimia bagi penyediaan agen pencuci A dan agen pencuci B.
(a) (i) Berdasarkan Jadual 2,
nyatakan semua unsur di dalam bahan pencuci A.
(a) (ii) namakan bahan Q.
(a) (iii) kenal pasti agen pencuci yang tidak sesuai digunakan bagi mencuci pakaian yang kotor dengan menggunakan air laut. Terangkan jawapan anda.
(b) (i) Ketulenan aloi emas diukur dalam unit karat (K). Emas 24 K merupakan emas tulen tanpa campuran logam lain manakala emas 16 K merupakan campuran yang terdiri daripada 16 bahagian emas dengan 8 bahagian kuprum mengikut jisim.
Nyatakan peranan kuprum dalam emas 16 K.
(b) (ii) Hitungkan peratusan setiap unsur bagi emas 16 K.
Bahagian A · Soalan 6 · 9 markah
Rajah 4
Getah asli boleh dihasilkan daripada lateks dan merupakan polimer semula jadi. Rajah 4 menunjukkan dua larutan yang ditambah ke dalam lateks untuk mengkaji proses penggumpalan lateks bagi mendapatkan getah asli.
(a) Nyatakan nama polimer bagi getah asli.
(b) Lukiskan formula struktur bagi monomer getah.
(c) Berdasarkan Rajah 4, bandingkan dan terangkan pemerhatian yang dapat diperhatikan ke atas lateks itu.
(d) Kepingan getah yang diperoleh daripada proses penggumpalan lateks boleh menghasilkan produk seperti gelang getah. Namun begitu, produk yang dihasilkan mudah putus.
(d) (i) Kenal pasti punca masalah produk yang dihasilkan itu.
(d) (ii) Cadangkan satu kaedah yang boleh dilakukan ke atas kepingan getah itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi dan terangkan bagaimana masalah itu diatasi.
Bahagian A · Soalan 7 · 10 markah
Jadual 3
Jadual 3 menunjukkan nilai pH bagi dua asid monoprotik.
| Asid | Kepekatan (mol dm$^{-3}$) | Nilai pH |
|---|---|---|
| Asid nitrik | 0.1 | 1 |
| X | 0.1 | 5 |
(a) Berdasarkan maklumat dalam Jadual 3,
nyatakan maksud asid monoprotik.
(b) cadangkan asid X.
(c) terangkan mengapa terdapat perbezaan nilai pH bagi kedua-dua asid walaupun mempunyai kepekatan yang sama.
(d) Ali disengat oleh penyengat. Beliau menyapu asid X pada tempat sengatan. Wajarkan tindakan Ali.
(e) Rajah 5 menunjukkan eksperimen pentitratan menggunakan asid nitrik dalam Jadual 3.
Berdasarkan Rajah 5, tentukan isipadu asid nitrik yang diperlukan untuk menukarkan larutan kuning menjadi jingga.
Bahagian A · Soalan 8 · 10 markah
Rajah 6
Rajah 6 menunjukkan graf isi padu gas yang terbebas melawan masa bagi tindak balas antara serbuk zink dan asid hidroklorik 0.25 mol dm$^{-3}$.
(a) (i) Berdasarkan Rajah 6,
nyatakan maksud kadar tindak balas.
(a) (ii) tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
(a) (iii) tentukan kadar tindak balas purata bagi ekperimen ini.
(a) (iv) eksperimen ini diulangi dengan menambahkan larutan kuprum(II) sulfat ke dalam campuran serbuk zink dan asid nitrik. Ramalkan masa yang diambil untuk tindak balas lengkap.
Terangkan jawapan anda.
(b) Siti merupakan seorang pesakit gastrik. Doktor memberikan tablet antasid kepadanya dan menasihati beliau supaya mengunyah tetapi bukan menelan ubat tersebut. Wajarkan nasihat doctor.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Sebatian X adalah sebatian hidrokarbon. Formula molekul bagi sebatian X adalah C$_{4}$H$_{8}$ dan mempunyai isomer.
(a) (i) Nyatakan maksud hidrokarbon.
(a) (ii) Lukiskan formula struktur bagi dua isomer sebatian itu dan nyatakan nama bagi isomer itu mengikut sistem penamaan IUPAC.
(a) (iii) Sebatian X terbakar dalam oksigen berlebihan menghasilkan gas karbon dioksida dan air.
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu. Hitungkan isi padu gas oksigen yang digunakan jika 11.2 g X terbakar lengkap.
[Jisim atom relatif: H=1, C=12; 1 mol gas menempati 24 dm$^{3}$ pada keadaan bilik]
(b) Sebatian R merupakan satu hidrokarbon yang terdiri daripada siri homolog yang sama dengan sebatian X. Sebatian R itu melalui beberapa tindak balas.
Rajah 7 menunjukkan carta alir bagi tindak balas yang terlibat.
(b) Kenal pasti siri homolog, kumpulan berfungsi dan formula struktur bagi sebatian P, Q dan U.
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
Rajah 8
Rajah 8 menunjukkan langkah-langkah dalam penyediaan mendakan Y.
(a) (i) Tuliskan formula natrium karbonat.
Nyatakan nama tindak balas bagi menghasilkan mendakan Y.
Kenal pasti larutan X dan mendakan Y.
(a) (ii) 100 cm$^{3}$ larutan kuprum(II) sulfat 1.0 mol dm$^{-3}$ dicampurkan ke dalam 50 cm$^{3}$ larutan natrium karbonat 2.0 mol dm$^{-3}$. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas untuk menghasilkan mendakan Y dan hitung jisim mendakan Y yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: Cu=64; C=12; O=16]
(b) Jadual 4 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi dua jenis tindak balas yang menghasilkan mendakan.
(b) Berdasarkan Jadual 4, bandingkan Tindak balas I dan Tindak balas II berdasarkan aspek berikut:
- Jenis tindak balas
- Perubahan haba
- Perubahan suhu
- Jumlah kandungan tenaga bahan dan hasil tindak balas
- Perubahan tenaga haba sewaktu pemutusan dan pembentukan ikatan.
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
Rajah 9
Rajah 9 menunjukkan suatu sel kimia yang dibina daripada dua setengah sel.
Jadual 5 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah bagi kuprum dan klorin.
| Tindak balas sel setengah | E$^{0}$/V (298 K) |
|---|---|
| Cu$^{2+}$ + 2e ⇌ Cu | +0.34 |
| Cl$_{2}$ + 2e ⇌ 2Cl$^{-}$ | +1.36 |
(a) (i) Nyatakan maksud tindak balas redoks.
(a) (ii) Nyatakan fungsi titian garam.
(a) (iii) Berdasarkan Rajah 9 dan Jadual 5,
kenal pasti terminal negatif bagi sel kimia tersebut dan berikan sebab. Kemudian, hitungkan nilai $E^{0}_{\text{sel}}$ dan tuliskan notasi sel bagi sel kimia tersebut.
(a) (iv) kenal pasti setengah sel yang menunjukkan perubahan pada elektrolit. Nyatakan dan terangkan pemerhatian tersebut.
(b) Seorang murid ingin membina sel kimia menggunakan buah-buahan bersempena Minggu Sains.
Jadual 6.1 dan Jadual 6.2 menunjukkan dua set cadangan radas dan bahan.
**Set I**
| **Radas dan bahan** | **Kuantiti** |
|---|---|
| Galvanometer | 1 unit |
| Buah lemon | 1 unit |
| Elektrod karbon | 2 unit |
| Wayar penyambung dengan klip buaya | 2 unit |
| Kertas pasir | 1 unit |
**Set II**
| **Radas dan bahan** | **Kuantiti** |
|---|---|
| Galvanometer | 1 unit |
| Buah oren | 1 unit |
| Kepingan argentum | 1 unit |
| Pita magnesium | 1 unit |
| Wayar penyambung dengan klip buaya | 2 unit |
| Kertas pasir | 1 unit |
(b) (i) Pada pendapat anda, set manakah boleh digunakan untuk membina sel kimia yang menghasilkan pesongan jarum galvanometer? Wajarkan jawapan anda.
(b) (ii) Dengan menggunakan senarai bahan dan radas yang dipilih di 11(b)(i), huraikan langkah-langkah dalam membina sel kimia tersebut.