Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan relau bagas yang digunakan dalam pengekstrakan logam.
(a) Namakan bahan utama bagi seramik.
(b) Nyatakan dua sifat bagi seramik.
(c) Terangkan mengapa seramik digunakan dalam Rajah 1
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan model bagi persamaan kimia bagi tindak balas pembakaran gas propana.
(a) Namakan semua unsur yang hadir dalam gas propana.
(b) Nyatakan jenis zarah dalam gas propana.
(c) Apakah formula empirik bagi gas propana?
(d) Nyatakan dua maklumat daripada model persamaan kimia di Rajah 2 dari aspek kualitatif dan kuantitatif.
Bahagian A · Soalan 3 · 6 markah
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan maklumat bilangan proton, neutron dan elektron bagi atom P, Q dan R.
| Atom | Proton | Neutron | Elektron |

| P | 11 | 12 | 11 |
| Q | 12 | 12 | 12 |
| R | 11 | 13 | 11 |
(a)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan nombor nukleon?
(a)(ii) Nyatakan nombor nukleon bagi atom P.
(b)(i) Atom yang manakah merupakan isotop?
(b)(ii) Terangkan sebab jawapan anda di (b)(i).
(c) Lukiskan struktur atom Q.
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan tiga unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur
| Unsur | Kegunaan dan sifat fizik |

| U | • Digunakan di dalam peluntur
• Wujud sebagai gas pada suhu bilik
• Takat lebur: -101°C |
| V | • Salah satu bahan dalam pemadam api
• Wujud sebagai cecair pada suhu bilik
• Takat lebur: -7°C |
| W | • Sebagai disinfektan
• Wujud sebagai pepejal pada suhu bilik
• Takat lebur: 114°C |
(a)(i) Nyatakan nama lain untuk Kumpulan 17
(a)(ii) Terangkan mengapa takat lebur W lebih tinggi berbanding U.
(b) Dalam satu eksperimen yang lain, seorang murid melarutkan unsur U dan W ke dalam air dalam dua tabung uji berlainan seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.
(b) Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen pada Rajah 3
| U | W |

| Larut dengan cepat | Larut dengan perlahan |
| Larutan kuning kehijauan terhasil | Larutan perang terhasil |
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 3,
(b)(i) bandingkan kereaktifan Unsur U dan W
(b)(ii) Terangkan jawapan anda di (b)(i)
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
Rajah 4
Rajah 4 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kekonduksian elektrik.
(a) Nyatakan jenis sebatian kuprum (II) oksida.
(b) Nyatakan jenis daya tarikan antara zarah-zarah dalam sebatian kuprum (II) oksida.
(c) Berdasarkan Rajah 4, susunan radas yang manakah boleh mengkonduksikan elektrik? Terangkan jawapan anda.
(d) Amir membantu datuknya mengemas di rumah lama. Tiba-tiba lampu berkelip dan berlaku percikan elektrik. Pemeriksaan mendapati dawai kuprum lama telah rosak dan hampir terputus.
(d)(i) Bagaimanakah Amir dapat memperbaiki dawai kuprum yang hampir terputus itu?
(d)(ii) Dengan menggunakan konsep **ikatan logam**, huraikan bagaimana tenaga elektrik dapat dialirkan semula setelah pengubahsuaian dilakukan.
Bahagian A · Soalan 6 · 9 markah
(a) Jadual 4 menunjukkan tiga jenis polimer sintetik, ciri-ciri dan kegunaannya.
(a)(i) Apakah unit asas bagi polimer?
(a)(ii) Tulis persamaan kimia pembentukan polimer X.
(a)(iii) Nyatakan satu kegunaan polimer Y.
(b) Rajah 5 menunjukkan dua jenis tindak balas pempolimeran iaitu tindak balas V dan tindak balas W.
(b) Berdasarkan Rajah 5, banding bezakan tindak balas V dan tindak balas W.
(c) Beg plastik adalah bahan buangan polimer yang terbanyak di negara kita. Apakah kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa beg plastik bagi memastikan penggunaan beg plastik lebih lestari? Terangkan jawapan anda.
Bahagian A · Soalan 7 · 10 markah
Rajah 6
Rajah 6 menunjukkan proses pencucian sabun.
(a)(i) Nyatakan nama bagi tindak balas penyediaan sabun.
(a)(ii) Cadangkan alkali yang sesuai untuk menghasilkan sabun dalam Rajah 6
(b)(i) Berdasarkan Rajah 6, terangkan pemerhatian
(b)(ii) Cadangkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Terangkan jawapan anda.
(c) Rajah 7 menunjukkan satu preskripsi ubat yang diberikan oleh doktor kepada Sir Tar.
(c)(i) Berdasarkan Rajah 7, apakah masalah kesihatan yang dihadapi oleh Sir Tar
(c)(ii) Sir Tar mempunyai pilihan sama ada menggunakan ubat moden atau ubat tradisional. Sebagai pelajar kimia, bantu Sir Tar untuk membuat pilihan. Wajarkan pilihan anda.
Bahagian A · Soalan 8 · 10 markah
Rajah 8
Rajah 8 menunjukkan dua proses pengekstrakan logam daripada bijihnya iaitu Proses X dan Proses Y.
(a)(i) Berdasarkan Proses X dalam Rajah 8, namakan Proses X
(a)(ii) Tuliskan setengah persamaan di anod dan katod
Anod:
Katod:
(b) Merujuk kepada Proses Y dalam Rajah 8, persamaan kimia menunjukkan proses penghasilan besi dalam industri melalui tindak balas antara bijih besi, Fe$_{2}$O$_{3}$ dan arang kok, C
(b)(i) Tentukan perubahan nombor pengoksidaan bagi Ferum dalam tindak balas ini
(b)(ii) Sekiranya kilang tersebut mampu memproses 640 kg bijih besi sehari menggunakan karbon yang berlebihan, hitung jisim besi yang dapat dihasilkan dalam sehari.
(c) Berdasarkan Rajah 8, proses yang manakah sesuai digunakan untuk mengekstrak bijih timah. Terangkan jawapan anda
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Jadual 5
Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum atau minyak mentah. Petroleum tidak dapat digunakan sebelum diproses. Petroleum perlu diasingan kepada pecahannya sebelum dapat digunakan melalui proses penapisan. Jadual 5 menunjukkan pecahan dalam petroleum dapat diasingkan mengikut takat didih.
| Hasil pengasingan petroleum | Takat didih (°C) |

| X | < 40 |
| Y | 40 - 75 |
| Z | 75 - 150 |
(a) Namakan dua proses dalam penapisan petroleum?
Nyatakan perbandingkan bagi Y dan Z dari segi kebolehbakaran dan warna bagi sebatian tersebut.
Susun sebatian X, Y dan Z mengikut tertib menurun saiz molekul dan terangkan mengapa terdapat perbezaan takat didih bagi X, Y dan Z.
(b) Nafta adalah campuran hidrokarbon yang terdiri daripada 5 hingga 10 atom karbon. Salah satu hasil sulingan dalam nafta ialah heksana.
Tuliskan persamaan kimia bagi pembakaran heksana.
Hitungkan isipadu gas karbon dioksida yang terbebas pada keadaan bilik apabila 8.6 g heksana terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.
[Jisim atom relatif: C=12; H=1; 1 mol gas menempati 24 dm$^{3}$]
(c) Rajah 9 menunjukkan graf takat didih melawan bilangan atom karbon per molekul sebatian karbon yang mempunyai satu ikatan ganda dua.
(c) Nyatakan siri homolog dan formula am, lukis dan namakan formula struktur bagi sebatian karbon mengikut penamaan IUPAC yang mempunyai takat didih bawah daripada 0°C.
Kenal pasti keadaan fizik sebatian karbon heksena pada suhu bilik.
Apakah hubungan antara bilangan atom karbon dengan takat didih?
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
(a) Jadual 6 menunjukkan persamaan kimia dan nilai haba pemendakan bagi argentum klorida, AgCl dan magnesium karbonat, MgCO$_{3}$
| Set | Persamaan kimia | Haba pemendakan |

| I | AgNO$_{3}$ + NaCl → AgCl + NaNO$_{3}$ | -65.5 kJ mol$^{-1}$ |
| II | Mg(NO$_{3}$)$_{2}$ + Na$_{2}$CO$_{3}$ → MgCO$_{3}$ + 2NaNO$_{3}$ | Z kJ mol$^{-1}$ |
(a)(i) Jadual 7 menunjukkan keputusan eksperimen Set II yang telah dijalankan oleh seorang murid untuk menentukan nilai Z.
| Suhu awal larutan magnesium nitrat, (°C) | 27.0 |
| Suhu awal larutan natrium karbonat, (°C) | 28.0 |
| Suhu campuran, (°C) | 25.0 |
Berdasarkan Jadual 7, hitung nilai Z dalam Set II, jika 50 cm$^{3}$ larutan natrium karbonat 1.0 mol dm$^{-3}$ ditambah ke dalam sebuah cawan polistirena yang mengandungi 50 cm$^{3}$ larutan magnesium nitrat, 1.0 mol dm$^{-3}$.
[Muatan haba tentu larutan: 4.2 J g$^{-1}$ °C$^{-1}$, Ketumpatan larutan = 1 g cm$^{-3}$]
(a)(ii) Lukis rajah aras tenaga bagi tindak balas dalam Set I dan Set II.
(a)(iii) Berdasarkan jawapan anda di (a)(ii), bandingkan rajah aras tenaga Set I dan Set II dari segi:
• Jenis tindak balas
• Perubahan suhu
• Perubahan jumlah kandungan tenaga
• Perubahan tenaga semasa pemutusan ikatan dan pembentukan ikatan
(a)(iv) Tindak balas di (a)(i) diulangi dengan menggunakan 50 cm$^{3}$ larutan kalium karbonat 1.0 mol dm$^{-3}$ bagi menggantikan larutan natrium karbonat. Ramalkan nilai haba pemendakan bagi tindak balas ini. Terangkan jawapan anda.
(b) Rajah 10 menunjukkan skema tindak balas bagi garam kalsium karbonat, CaCO$_{3}$
(b) Berdasarkan Rajah 10;
(b)(i) Kenal pasti larutan P, larutan Q, oksida logam S dan nama tindak balas I.
(b)(ii) Huraikan secara ringkas bagaimana anda dapat mengesahkan kehadiran gas T.
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
Rajah 11
Rajah 11 menunjukkan graf nilai pH melawan kepekatan bagi dua asid monoprotik yang berbeza iaitu asid J dan asid K.
Rajah 12
Asid J ditambahkan ke dalam dua bikar berbeza yang masing-masing mengandungi pelarut P dan pelarut S. Kemudian dua kertas litmus yang berbeza dimasukkan ke dalam kedua-dua bikar dan dibiarkan selama beberapa minit. Keputusan seperti Rajah 12.
(a) Berdasarkan graf pada Rajah 11, cadangkan nama bagi asid J dan asid K. Terangkan mengapa terdapat perbezaan nilai pH bagi kedua-dua asid.
(b) Dengan menamakan pelarut P dan pelarut S, bandingkan perbezaan pemerhatian pada keputusan dalam Rajah 12.
(c) **Jumlah zat terlarut per unit isipadu sesuatu larutan mempengaruhi kadar tindak balas.**
Dengan menggunakan asid J dan asid K dan pengetahuan anda dalam konsep kadar tindak balas, buktikan pernyataan ini.
Dalam huraian anda, sertakan butiran berikut:
• Nama bahan lain yang digunakan bersama
• Langkah-langkah ujian
• Hubungan antara jumlah zat terlarut per unit isipadu kadar tindak balas