Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan pepejal naftalena, $C_{10}H_8$ sehingga ia berubah menjadi cecair.
(a) Nyatakan jenis zarah bagi naftalena.
(b) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan keadaan fizik naftalena dari R ke S.
(c) Tandakan takat lebur naftalena pada Rajah 1.
(d) Terangkan mengapa suhu naftalena tidak berubah dari Q ke R walaupun pemanasan masih diteruskan.
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan label pada kotak yang berisi kek pisang.
(a) Nyatakan jenis bahan tambah bagi asid askorbik.
(b) Nyatakan fungsi bagi
(i) Sunset Yellow
(ii) Pentil etanoat
(c) Satu daripada bahan dalam makanan dalam Rajah 2 tidak sesuai bagi pesakit diabetik. Nyatakan bahan tersebut dan cadangkan satu bahan tambah makanan lain yang memberikan kemanisan yang sama tetapi mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah.
Bahagian A · Soalan 3 · 6 markah
Rajah 3.1 menunjukkan topi kalendar menggunakan jenis bahan komposit dalam pembuatannya.
(a)(i) Nyatakan jenis bahan komposit yang digunakan dalam pembuatan topi keledar.
(a)(ii) Berikan dua kegunaan lain bahan komposit yang dinyatakan di (a)(i).
(b) Seramik boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu seramik tradisional dan seramik termaju. Rajah 3.2 menunjukkan kegunaan seramik termaju dalam komponen brek kenderaan.
(b)(i) Nyatakan satu sifat bagi seramik seperti di Rajah 3.2.
(b)(ii) Nyatakan dua bahan binaan daripada seramik yang digunakan dalam pembinaan rumah.
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
Rajah 4.1
Tin makanan dan minuman kebanyakannya diperbuat daripada aluminium kerana ringan dan mudah dibentuk. Penghasilan aluminium diekstrak daripada bijihnya melalui kaedah elektrolisis. Rajah 4.1 menunjukkan pengekstrakan aluminium menggunakan karbon sebagai elektrod.
(a) Tuliskan formula aluminium oksida.
(b) Selain gas oksigen dibebaskan, gas X juga terbebas semasa proses pengestrakan. Huraikan ujian pengesahan ke atas gas tersebut.
(c) Tuliskan persamaan setengah di katod.
(d)(i) Nyatakan satu kesan buruk pengestrakan aluminium terhadap alam sekitar.
(d)(ii) Cadangkan satu cara untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
(a) Rajah 5.1 menunjukkan dua jenis struktur molekul bagi sebatian kovalen.
(a)(i) Apakah jenis struktur Molekul X?
(a)(ii) Bandingkan takat lebur antara molekul ringkas dan molekul X. Terangkan jawapan anda.
(b) Rajah 5.2 menunjukkan wayar elektrik yang terputus menyebabkan elektrik tidak dapat mengalir.
(b)(i) Cadangkan satu cara supaya elektrik boleh mengalir semula.
(b)(ii) Terangkan bagaimana logam kuprum dapat mengalirkan elektrik.
Bahagian A · Soalan 6 · 9 markah
Jadual 6
Jadual 6 menunjukkan maklumat bagi tiga set eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji kadar tindak balas antara kulit kerang dengan asid nitrik.
| Eksperimen | Maklumat |

| Set I | 5 g serpihan kulit kerang dan 50 cm$^{3}$ asid nitrik 0.1 mol dm$^{-3}$ pada 30°C |
| Set II | 5 g serpihan kulit kerang dan 50 cm$^{3}$ asid nitrik 0.2 mol dm$^{-3}$ pada 30°C |
| Set III | 5 g serpihan kulit kerang dan 50 cm$^{3}$ asid nitrik 0.2 mol dm$^{-3}$ pada 40°C |
(a) Nyatakan nama bahan kimia yang terkandung dalam kulit kerang.
(b) Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara asid nitrik dan kulit kerang.
(c)(i) Berdasarkan Jadual 6, eksperimen manakah menunjukkan kadar tindak balas paling tinggi?
(c) Lakarkan lengkung bagi isi padu gas melawan masa bagi Set I dan Set III pada paksi yang sama pada Rajah 6.
(c)(ii) Lakarkan lengkung bagi isi padu gas melawan masa bagi Set I dan Set III pada paksi yang sama pada Rajah 6.
(c)(iii) Dengan merujuk kepada Teori Perlanggaran, terangkan perbezaan kadar tindak balas antara Set II dan Set III.
Bahagian A · Soalan 7 · 10 markah
Rajah 7.1
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji tindak balas antara gas hidrogen klorida dengan gas ammonia. Tindak balas antara kedua-dua gas itu menghasilkan wasap putih.
(a) Nyatakan jenis zarah gas hidrogen klorida.
(b)(i) Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
(b)(ii) Tafsir persamaan kimia tersebut secara kuantitatif.
(b)(iii) Adakah wasap putih akan terbebas jika gas ammonia digantikan dengan gas karbon dioksida?
(c) Susunan radas dalam Rajah 7.1 diubah suai seperti Rajah 7.2.
(c) Ramalkan kedudukan pembentukan wasap putih di dalam tiub kaca itu. Terangkan jawapan anda.
(d) Jadual 7 menunjukkan dua formula yang mewakili sebatian X. Sebatian X menghasilkan air dan gas karbon dioksida apabila dibakar dalam oksigen berlebihan.
| Formula empirik | Formula molekul |

| C$_{2}$H$_{5}$O | C$_{6}$H$_{12}$O$_{3}$ |
Sofea hendak menulis persamaan kimia bagi tindak balas pembakaran sebatian X. Berdasarkan Jadual 7, formula yang manakah lebih sesuai digunakan oleh Sofea untuk menulis persamaan kimia tersebut? Wajarkan pilihan Sofea.
Bahagian A · Soalan 8 · 10 markah
Rajah 8.1
Rajah 8.1 menunjukkan proses elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat dengan menggunakan elektrod karbon.
Jadual 8.1
Jadual 8.1 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah bagi beberapa bahan.
| Tindak balas sel setengah | E$^{0}$ (V) |

| $Cu^{2+} + 2e \rightleftharpoons Cu$ | +0.34 |
| $O_2 + 2H_2O + 4e \rightleftharpoons 4OH^-$ | +0.40 |
| $2H^+ + 2e \rightleftharpoons H_2$ | 0.00 |
| $Cl_2 + 2e \rightleftharpoons 2Cl^-$ | +1.36 |
| $S_2O_8^{2-} + 2e \rightleftharpoons 2SO_4^{2-}$ | +2.01 |
(a) Apakah warna larutan kuprum(II) sulfat?
(b) Apakah faktor yang mempengaruhi elektrolisis?
(c)(i) Nyatakan jenis tindak balas di katod.
(c)(ii) Namakan hasil di katod dan terangkan pembentukan hasil di katod.
(d) Eksperimen diulangi dengan menggantikan larutan kuprum(II) sulfat dengan larutan kuprum(II) klorida berkepekatan yang sama. Nyatakan perbezaan pemerhatian. Jelaskan.
(e) Rajah 8.2 menunjukkan penyaduran kunci besi dengan argentum.
(e) Selepas 30 minit, didapati tiada perubahan pada kunci besi. Apakah yang anda perlu lakukan supaya penyaduran kunci besi ini berjaya? Wajarkan tindakan ini.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Rajah 9.1
Rajah 9.1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur yang terdiri daripada unsur P, R dan oksigen. Unsur P dan unsur R bukan merupakan simbol sebenar unsur. Unsur P dan unsur R boleh bertindak balas dengan oksigen membentuk sebatian oksida P dan sebatian oksida R di mana kedua-dua sebatian yang terbentuk mempunyai jenis ikatan kimia yang berbeza.
(a) Nyatakan prinsip penyusunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
Nyatakan kala di mana unsur R terletak dalam Jadual Berkala Unsur dan berikan sebab.
(b)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan kimia.
Terangkan pembentukan ikatan kimia sebatian oksida P.
(b)(ii) Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian oksida R.
(c) Terangkan perbezaan sifat bagi sebatian oksida P dan oksida R yang terbentuk dari segi takat lebur dan kekonduksian elektrik.
(d) Rajah 9.2 menunjukkan empat set tindak balas melibatkan oksida P dan oksida R yang dimasukkan ke dalam dua larutan yang berbeza. Campuran larutan dikacau dengan rod kaca.
(d) Terangkan sifat oksida P dan oksida R berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 9.2.
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
Rajah 10.1
Rajah 10.1 menunjukkan dua tindak balas yang dijalankan untuk menyediakan garam.
Jadual 10.2
Jadual 10.2 menunjukkan suhu sebelum dan selepas tindak balas bagi larutan dalam Tindak balas I dan Tindak balas II.
| Tindak balas | Suhu awal larutan X / °C | Suhu awal larutan Na$_{2}$SO$_{4}$ / °C | Suhu tertinggi campuran / °C |

| I | 30.0 | 30.0 | 33.0 |
| Tindak balas | Suhu awal larutan Y / °C | Suhu awal larutan NaCl / °C | Suhu tertinggi campuran / °C |

| II | 28.0 | 30.0 | 27.0 |
(a) Nyatakan nama tindak balas untuk menyediakan kedua-dua garam itu.
(b) Cadangkan nama bagi larutan X dan larutan Y. Tulis satu persamaan ion bagi mana-mana tindak balas dalam Rajah 10.1. Seterusnya hitung jisim barium sulfat yang terbentuk. [Jisim atom relatif: O=16, S=32, Ba=137]
(c)(i) Hitungkan haba pemendakan bagi Tindak balas I dan Tindak balas II.
[Muatan haba tentu, c = 4.2 J g$^{-1}$ °C$^{-1}$]
(c)(ii) Lukis rajah aras tenaga bagi kedua-dua tindak balas. Seterusnya bandingkan dari segi:
• Jenis tindak balas
• Perbezaan jumlah kandungan tenaga bahan dan hasil tindak balas
• Perubahan haba semasa pembentukan ikatan dan pemutusan ikatan
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
Rajah 11
Rajah 11 menunjukkan dua jenis bahan diperbuat daripada polimer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
(a) Nyatakan maksud polimer. Berikan nama monomer bagi Polimer A dan nama polimer bagi Polimer B. Tuliskan persamaan pempolimeran bagi penghasilan Polimer A dan Polimer B.
(b) Jadual 11 menunjukkan maklumat bagi sebatian P, sebatian Q dan sebatian R.
| Sebatian | Maklumat |

| P | • Terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja
• Mempunyai empat atom karbon
• Menyahwarnakan warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid. |
| Q | • Terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen
• Mempunyai dua atom karbon
• Larut dalam air
• Bertindak balas dengan asid butanoik menghasilkan sebatian W yang berbau manis |
| R | • Terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja
• Mempunyai empat atom karbon
• Tidak menyahwarnakan warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid. |
(b)(i) Berdasarkan maklumat dalam Jadual 11, kenal pasti siri homolog bagi sebatian P dan nyatakan nama sebatian Q dan sebatian R. Terangkan perbezaan pemerhatian bagi sebatian P dan sebatian R apabila bertindak balas dengan larutan kalium manganat(VII) berasid.
(b)(ii) Sebatian W merupakan bahan tambah makanan yang terdapat dalam ais krim berperisa nenas. Namakan sebatian W. Terangkan bagaimana anda dapat menyediakan sebatian W di makmal sekolah. Dalam penerangan anda, huraikan bagaimana anda dapat mengesahkan bahawa sebatian W menghasilkan bau seperti nenas.