Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Keunggulan bererti kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan dalam Kesultanan Melayu Melaka (KMM), keunggulan terbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun sehingga menjadikan kerajaan ini masyhur.
(a) Nyatakan dua jenis undang-undang yang terdapat dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
i)
ii)
(b) Siapakah pembesar yang terlibat dalam pentadbiran pusat Kesultanan Melayu Melaka? Jelaskan peranan mereka.
(c) Teliti petikan berikut
Undang-undang sangat penting untuk memastikan ketenteraman, keadilan dan kestabilan dalam sesebuah masyarakat. Ia bertindak sebagai panduan tingkah laku dan menyelesaikan konflik dan melindungi hak asasi individu serta kepentingan awam.
Sumber: Diubah suai dari buku teks Sejarah tingkatan 5 KSSM
Berdasarkan petikan, bagaimanakah undang-undang memainkan peranan dalam memajukan sesebuah negara?
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955 yang memperlihatkan barisan pemimpin berwibawa negara.
(a) Siapakah individu yang terlibat dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
i).
ii).
(b) Jelaskan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
(c) Teliti petikan berikut.
Peranan pemimpin adalah membimbing, mempengaruhi dan mengarahkan individu atau kumpulan ke arah mencapai matlamat bersama. Pemimpin yang berkesan akan menetapkan visi dan misi, memberi motivasi, membuat keputusan, dan menyelesaikan konflik, mereka juga perlu menjadi contoh teladan dan membangunkan potensi ahli dalam organisasi.
Sumber: Diubah suai dari www.bharian.com/rencana
Berikan pendapat anda.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menegaskan bahawa pemisahan Singapura daripada Malaysia merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.
(a) Nyatakan dua faktor yang mencetuskan pemisahan tersebut.
i).
ii).
(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi peristiwa rusuhan antara kaum.
(c) Semangat setia kawan boleh mengeratkan hubungan antara kaum di negara kita.
Berikan ulasan anda.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970 hingga 1990. Dasar ini bertujuan memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, antara wilayah dan antara kawasan dalam wilayah yang sama.
(a) Matlamat DEB dicapai dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. Apakah strategi tersebut?
(b) Nyatakan 2 isu sosioekonomi yang berkaitan dengan strategi di 4(a) semasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan.
i)
ii)
(c) Apakah pendekatan yang dilaksanakan bagi menjayakan matlamat DEB?
(d) Teliti petikan berikut:
Banyak negara dunia bergelut dengan cabaran krisis kos sara hidup, ada negara melaksanakan sekatan terhadap perdagangan makanan dan produk pertanian yang boleh meningkatkan kekurangan bekalan dan meningkatkan harga komoditi tersebut di peringkat global. Keputusan India melarang eksport gandum menyebabkan harga bijirin melambung tinggi. Indonesia pula melarang eksport minyak sawitnya.
Sumber: Kosmo, 22 Mei 2022
Berdasarkan petikan di atas, jelaskan cabaran yang dihadapi negara dan cara untuk menangani cabaran tersebut.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
(a) Mengapakah British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di Tanah Melayu?
(b) Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(c) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas kukuh kepada sistem pentadbiran Malaysia pada hari ini.
Bincangkan.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Beberapa langkah telah diambil sejak pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, termasuklah mendapatkan memorandum daripada pelbagai pihak dan mengadakan rundingan sehingga berjaya merangka draf perlembagaan.
(a) Jelaskan cadangan yang dikemukakan oleh parti politik dan pihak awam dalam soal kewarganegaraan serta bahasa dan pendidikan.
(b) **Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu**
Huraikan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap draf tersebut.
(c) Baca maklumat dalam petikan berikut.
Langkah menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan penubuhan Suruhanjaya Reid pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli undang-undang dari negara Komanwel dan diketuai oleh Lord Reid dari Britain. Tugas utama suruhanjaya ini ialah merangka sebuah perlembagaan bertulis sebagai asas pemerintahan negara merdeka.
Sepanjang proses penggubalan, suruhanjaya telah meneliti lebih 130 memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu. Antara isu penting yang dibincangkan ialah kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, serta soal kewarganegaraan.
Selepas laporan Suruhanjaya Reid dibentangkan pada Februari 1957, satu rundingan diadakan antara wakil Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dan wakil British untuk menyesuaikan cadangan laporan dengan keperluan masyarakat. Akhirnya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diterima dan mula berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957, beberapa hari sebelum kemerdekaan negara.
Sumber: Diubah suai dari www.bharian.com/rencana
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani.
(a) Apakah yang anda faham dengan konsep kedaulatan?
(b) Huraikan kepentingan mewujudkan negara berdaulat dari aspek keberkesanan pentadbiran dan kesejahteraan sosial.
(c) Baca maklumat dalam petikan berikut.
Negara berdaulat bermaksud negara yang bebas mentadbir tanpa campur tangan pihak luar. Apabila sesebuah negara berdaulat, negara itu boleh menjalin hubungan baik dengan negara lain. Contohnya, negara boleh menyertai pertubuhan antarabangsa seperti ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hubungan ini penting untuk mendapatkan pelaburan, bantuan dan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, keselamatan dan ekonomi. Negara juga boleh menyatakan pendapat dalam isu dunia seperti alam sekitar dan keamanan. Ini menunjukkan bahawa negara yang berdaulat dihormati dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.
Sumber: Diubah suai dari buku teks Sejarah tingkatan 5 KSSM
Berikan ulasan anda.
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berperlembagaan, termasuk bertindak menggunakan budi bicara dalam melaksanakan fungsinya.
(a) Nyatakan fungsi Majlis Raja-Raja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.
(b) Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong menjalankan peranan dalam aspek kuasa eksekutif dan perundangan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jelaskan.
(c) Berdasarkan maklumat dalam poster, Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan Malaysia.
Jelaskan mesej yang terkandung dalam poster tersebut dan kesan sekiranya rakyat mengabaikan institusi ini.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Sejak tahun 1970-an, perubahan yang berlaku pada peringkat antarabangsa turut memberikan kesan kepada dasar luar negara kita.
(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam mengukuhkan dasar luar
(b)(i) Jelaskan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa tersebut
i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
(b)(ii) ii) Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
(c) Baca maklumat dalam petikan berikut.
Bercakap mengenai hubungan luar negara, lazimnya tumpuan lebih diberikan kepada jumlah konvensyen antarabangsa yang disertai sesebuah negara. Jelaslah apabila Malaysia antara negara yang tidak menyertai beberapa konvensyen antarabangsa, kita sering dicemuh dan dikatakan mundur. Sebenarnya dasar luar sesebuah negara adalah lebih daripada itu. Hakikatnya beberapa negara maju sendiri enggan menyertai beberapa konvensyen antarabangsa walaupun mereka sering kali mempromosi negara-negara lain bagi menyertainya. Seolah-olah terdapat dua standard yang digarap iaitu untuk negara kuasa besar dan negara kecil. Hakikat ini bagi memastikan negara-negara kecil terus dikongkong dan dikawal oleh kuasa besar.
Sumber: Diubah suai dari www.bharian.com/rencana
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan apakah kepentingan sesebuah negara menyertai pertubuhan antarabangsa.