Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi sebuah kerajaan yang unggul dan gemilang dalam aspek pentadbiraan dan perundangan.
(a) Nyatakan undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
(b) Jelaskan isi kandungan undang-undang yang dinyatakan di 1(a).
(c) |**Pendidikan undang-undang perlu diajar seawal bangku sekolah.**|
|---|
Sumber: http://bernama.com,31.05.2024
Beri komen anda.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Kerjasama politik antara kaum di negara kita bermula sejak pertengahan tahun 1940-an bagi mencapai kemerdekaan negara.
(a) Namakan parti politik yang muncul sebelum kemerdekaan negara kita.
(b) Jelaskan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dalam usaha mencapai kemerdekaan.
(c) Teliti gambar berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam gambar tersebut.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Kedaulatan negara amat penting kerana ia dapat mengelakkan negara daripada terus dijajah.
Sumber diubahsuai: Berita Harian Online, 20 Jun 2021.
(a) Apakah konsep kedaulatan?
(b) Jelaskan jenis kedaulatan di negara kita.
(c) Petikan berikut berkaitan dengan kedaulatan negara.
Perpaduan rakyat ditagih bagi mengekalkan kedaulatan negara, manakala perbezaan ideologi politik, kaum, dan agama tidak sepatutnya dijadikan halangan kepada usaha memakmurkan negara.
Sumber: https://www.bharian.com.my/20 Jun 2021
Ulaskan.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Rukun Negara dianggap sebagai falsafah hidup rakyat Malaysia.
(a) Apakah tujuan pembentukan Rukun Negara?
(b) Jelaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
(c) Apakah kesan mengabaikan prinsip Rukun Negara kepada negara kita? Beri penjelasan anda.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Pembentukan Malayan Union pada 1 April 1946 telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri tanah jajahan.
(a) Jelaskan ciri-ciri perlembagaan Malayan Union.
(b) Bincangkan kejayaan penduduk tempatan menentang Malayan Union di Tanah Melayu.
(c) **Teliti maklumat dalam petikan berikut.**
Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja dan membangkitkan hak orang Melayu. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak kepada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja.
Malah pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memperdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti.
Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu tidak sekali-kali mengenepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja kita.
Sumber diubahsuai: pustakailmu.arkib.gov.my
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penentangan Malayan Union.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Baca maklumat dalam petikan berikut.
Kita harus memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ia membentuk identiti dan jati diri negara serta mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik.
Kita harus prihatin dan mengikuti perkembangan Perlembagaan Persekutuan serta menyokong pelaksanaan dan pematuhan undang-undang yang termaktub di dalamnya.
Dalam dunia kompleks dan berubah dengan pantas seperti hari ini, adalah penting untuk memastikan keluhuran Perlembagaan terus dijaga dan dihormati. Ia ciri utama kehidupan berdemokrasi dan penjana kesejahteraan bangsa
Sumber diubahsuai: //www.bharian.com.my//2023/09/11
(a) Jelaskan latar belakang Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
(b) Bincangkan terma rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu.
(c) **Baca maklumat dalam petikan berikut.**
Kita harus memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ia membentuk identiti dan jati diri negara serta mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik.
Kita harus prihatin dan mengikuti perkembangan Perlembagaan Persekutuan serta menyokong pelaksanaan dan pematuhan undang-undang yang termaktub di dalamnya.
Dalam dunia kompleks dan berubah dengan pantas seperti hari ini, adalah penting untuk memastikan keluhuran Perlembagaan terus dijaga dan dihormati. Ia ciri utama kehidupan berdemokrasi dan penjana kesejahteraan bangsa
Sumber diubahsuai: //www.bharian.com.my//2023/09/11
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan huraikan cara untuk menghormati perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) kemudiannya disusuli oleh pembentukan Malaysia melahirkan negara ini sebagal negara yang berdaulat.
(a) Jelaskan Idea gagasan Malaysia yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.
(b) Huraikan usaha yang dilakukan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.
(c) **Baca maklumat dalam petikan berikut.**
Kerajaan perlu memainkan peranan proaktif dalam memperkukuhkan ekonomi negara. Tadbir urus yang cekap, dasar fiskal berhemah dan pengurusan hutang bijak adalah elemen penting bagi memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang.
Kepercayaan pelabur terhadap ekonomi Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar konsisten lagi berkesan. Oleh itu, usaha meningkatkan ketelusan, mengurangkan ketirisan dan memperkukuhkan institusi harus diberi keutamaan.
Ketidaksamaan ekonomi adalah satu lagi cabaran perlu ditangani. Dalam usaha meningkatkan daya saing ekonomi, kerajaan perlu memastikan kemakmuran dapat dirasai semua lapisan masyarakat.
Sumber diubahsuai: //www.bharian.com.my/2023
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan peranan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara.
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun iaitu bermula tahun 1970 hingga 1990 dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata.
(a) Jelaskan tentang strategi tersebut.
(b) Terangkan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bagi mencapai matlamat DEB.
(c) Infografik berikut berkaitan dengan kempen beli barangan buatan Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
(c) Mengapakah kempen tersebut dijalankan?
Berikan penjelasan anda.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Malaysia memberikan perhatian series dalam hubungannya dengan negara serantau.
(a) Jelaskan latar belakang komuniti ASEAN.
(b) Apakah peranan Malaysia sebagai sebuah negara anggota ASEAN dalam memastikan pertubuhan tersebut disegani di peringkat dunia?
Bincangkan.
(c) Teliti gambar berikut.
Jelaskan mesej yang terkandung dalam gambar tersebut dan kepentingan menjalinkan hubungan dengan negara luar.