Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Jepun mengamalkan dasar imperialisme di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara.
(a) Mengapakah Jepun berminat meluaskan kuasa di Asia Tenggara?
(b) Jelaskan perkembangan nasionalisme yang berlaku dalam kalangan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun.
(c) Teliti lirik lagu berikut.
SETIA
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama bangsa dan negara
Karya: Datuk Mohamed Rahmat.
Berikan mesej yang terkandung dalam lirik lagu tersebut.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955.
(a) Nyatakan dua syarat untuk menjadi calon pilihan raya.
(b) Huraikan proses pilihan raya tersebut.
(c) Jadual menunjukkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding dalam pilihan raya umum di negara kita.
**Keputusan keseluruhan Parlimen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15)**
| Parti | Jumlah kerusi Parlimen |
|---|---|
| PAKATAN HARAPAN (PH) | 82 |
| PERIKATAN NASIONAL (PN) | 74 |
| BARISAN NASIONAL (BN) | 30 |
| GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS) | 23 |
| GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) | 6 |
| PARTI WARISAN (WARISAN) | 3 |
| BEBAS | 2 |
Beri ulasan anda.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan.
(a) Jelaskan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berikut:
(a)(i) Pembangunan sosioekonomi
(a)(ii) Pemuliharaan khazanah negara
(a)(iii) Penyediaan perumahan rakyat
(b) Mengapakah kerjasama antara pelbagai pihak penting dalam sesebuah pentadbiran?
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Sukan bukan sahaja aktiviti riadah, malah merupakan medium penting dalam membina perpaduan negara.
(a) Berikan maksud sukan sebagai alat perpaduan.
(b) Bagaimanakah kepimpinan berwibawa dapat membawa kejayaan kepada sukan negara?
(c) Slogan berikut telah berjaya meningkatkan imej negara di mata dunia.
Beri komen anda.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
(a) Mengapakah British Military Administration (BMA) menemui kegagalan?
(b)(i) Terangkan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union yang menggantikan BMA.
(b)(ii) Orang Melayu bersatu menentang pelaksanaan Malayan Union. Buktikan.
(c) Teliti petikan berikut.
Semangat perpaduan yang terkandung dalam pepatih "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" tidak seharusnya hanya disebut ketika sambutan Hari Kebangsaan, sebaliknya wajib diterjemahkan dalam amalan seharian seluruh rakyat Malaysia.
Kekuatan sebenar negara terletak pada kesediaan rakyat pelbagai kaum untuk saling menghormati, bekerjasama, dan menerima perbezaan sebagai satu kelebihan.
Perpaduan tidak boleh hanya tinggal sebagai slogan di bibir. Ia mesti kita hidupkan dalam kehidupan harian, sama ada ketika di tempat kerja, di sekolah, dalam kejiranan atau ketika beraktiviti bersama komuniti.
Sambutan Hari Kebangsaan adalah ruang untuk menzahirkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya mengekalkan keharmonian walaupun berbilang bangsa dan agama. Ini bukan sekadar perayaan atau perarakan, tetapi satu penghayatan terhadap nilai persaudaraan dan kesatuan. Hari Kebangsaan adalah milik semua, tanpa mengira asal usul atau latar belakang.
Sumber diubahsuai:https://www.tvsarawak.my/2025/09/02/
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan bagi menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum dalam menyelesaikan pelbagai isu.
(a) Jelaskan latar belakang penubuhan CLC.
(b) Terangkan peranan CLC.
(c) Teliti poster berikut.
Berdasarkan mesej yang terkandung dalam poster tersebut, jelaskan harapan anda terhadap pemimpin negara pada masa hadapan.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Institusi Yang di-Pertuan Agong merupakan institusi beraja pada peringkat Persekutuan yang diiktiraf melalui Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
(a) Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?
(b) Huraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara.
(c) Petikan berikut berkaitan institusi beraja di negara kita.
Institusi Diraja simbol penyatuan harus dipertahan.
Institusi Diraja harus dipertahan dan dilindungi kerana itu simbol kepada penyatuan masyarakat dan negara. Sebarang penghinaan dan cercaan melampau, khususnya membabitkan isu 3R (kaum, agama, raja) perlu dihentikan oleh semua pihak. Institusi tinggi seperti raja atau ulama harus dipertahan dan dilindungi kerana itu simbol kepada penyatuan dan institusi terbabit lebih tinggi daripada politik yang ada perbezaan. Malah, kalau ada perbezaan sesama manusia pun, bukan hanya politik tetapi benda yang lain. Asas kehidupan bernegara menyeru kita untuk mengelakkan cercaan ataupun penghinaan terhadap mana-mana pihak. Oleh itu, kita perlu menghormati dan menyanjung tinggi institusi beraja kerana ianya merupakan payung kedaulatan negara serta negeri.
Sumber: Diubah suai daripada Berita Harian 05/05/2026
Ulaskan.
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani isu pembangunan dan ekonomi negara selepas pembentukan Malaysia.
(a) Apakah isu pembangunan ekonomi tersebut?
(b) Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi isu di (a).
(c) Teliti poster berikut.
Beri komen anda.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
(a) Jelaskan latar belakang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
(b) Terangkan peranan Malaysia dalam memperjuangkan isu masyarakat Islam antarabangsa melalui OIC.
(c) Gambar berikut berkaitan penindasan di negara Islam.
Terangkan bentuk penindasan yang berlaku di negara-negara Islam dan bagaimanakah generasi muda dapat menyokong usaha keamanan yang diperjuangkan oleh OIC?