Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Rajah berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.
(a) Apakah X dan Y?
i. X: __________
ii. Y: __________
(b) Mengapakah kedudukan raja dan rakyat penting dalam kerajaam Alam Melayu?
(c) Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara?
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu telah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(a) Nyatakan **DUA faktor** Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
i: __________
ii: __________
(b) Bagaimanakah **kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan** dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu?
(c) Jelaskan kebaikan sistem Persekutuan yang diamalkan di negara kita.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Maklumat berikut menunjukkan langkah dalam mempertahankan kedaulatan negara.
(a) Senaraikan DUA langkah berikut.
(b) Jelaskan **kesan** daripada rakyat terhadap langkah-langkah tersebut.
(c) Gambar menunjukkan setem kenangan oleh Pos Malaysia Berhad berkaitan dengan keunikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Jelaskan kewajaran langkah tersebut.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) membawa kesan positif terhadap kemajuan sosial dan ekonomi negara.
(a) Berikan DUA kemajuan sosial yang dicapai melalui pelaksanaan dasar tersebut.
(b) Gambar di bawah menunjukkan perubahan tanah rancangan FELDA yang berkembang menjadi bandar.
Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut?
(c) Pembukaan bandar dan kawasan perindustrian baharu membawa kesan positif terhadap kemajuan sosial dan ekonomi negara. Jelaskan.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Gambar menunjukkan Majlis Perundangan Persekutuan dibentuk hasil daripada proses pilihan raya 1955.
(a) Jelaskan latar belakang pelaksanaan pilihan raya di negara kita sebelum tahun 1955.
(b) Bagaimanakah Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan?
(c) Jadual berikut merupakan keputusan pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu.
**Keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955**
| Nama Parti | Bilangan calon | Kerusi yang dimenangi | Undi yang diperoleh | Peratus undi |
|---|---|---|---|---|
| Perikatan | 52 | 51 | 888,013 | 79.3 |
| Parti Negara | 30 | 0 | 78,909 | 7.6 |
| Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) | 11 | 1 | 40,667 | 3.9 |
| Calon Bebas | 18 | 0 | 31,642 | 3.0 |
Ulaskan tentang keputusan pilihan raya tersebut dan mengapakah calon Parti Perikatan menjadi pilihan rakyat?
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Pihak Raja-raja Melayu serta para pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British mengadakan beberapa rundingan dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan.
(a) Jelaskan proses perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London.
(b) Apakah perkara-perkara yang telah dirundingkan dan disepakati di London?
(c) Pada pendapat anda, Apakah kepentingan sesebuah negara mencapai “Taraf Berkerajaan Sendiri” ?
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Berikut adalah dua pindaan perlembagaan Persekutuan.
• Pindaan Perlembagaan 1963
• Pindaan Perlembagaan 1965
(a) Apakah sebab dan kesan daripada perkara-perkara dalam pindaan perlembagaan 1963?
(b) Jelaskan usul pindaan perlembagaan 1965 yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama.
(c) Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Ulaskan.
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Teliti petikan berikut.
Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah mencatat satu titik hitam di negara kita. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara. Peristiwa ini seharusnya dijadikan tauladan kepada kita agar tidak berulang lagi. Ia boleh diumpamakan “kalah jadi abu, menang jadi arang” kerana konflik ini merugikan semua kaum dan menjejaskan imej negara di persada antarabangsa.
Sumber: www.mp.gov.my
(a) Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?
(b) Bagi mengembalikan keamanan negara, kerajaan bertindak menamatkan rusuhan daripada merebak ke seluruh negara. Ulaskan.
(c) Huraikan pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969 kepada rakyat Malaysia dan cadangkan langkah bagi mengelakkan peristiwa tersebut daripada berulang.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Malaysia memainkan peranan besar dalam hubungan ekonomi serantau dan juga antarabangsa.
(a) Jelaskan cabaran Malaysia dalam ekonomi antarabangsa berikut:
(a)(i) (i) Dominasi negara maju.
(a)(ii) (ii) Spekulasi mata wang.
(b) Apakah usaha Malaysia dalam mengembangkan pertumbuhan ekonomi bersama negara serantau?
(c) Baca maklumat berikut.
Lima negara teratas yang mendominasi industry perbankan dan kewangan Islam adalah Malaysia, Iran, Arab Saudi, United Arab Emirates dan Kuwait. Berdasarkan skor Islamic Finance Index Country (IFIC) 2017, Malaysia kekal kukuh selama dua tahun berturut-turut sepanjang tahun 2016-2017 sebagai negara yang utama dalam industri perbankan dan kewangan Islam selepas Iran.
Sumber: http://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/112
Pada pandangan anda, apakah kesan kejayaan Malaysia tersebut dalam industri perbankan dan kewangan Islam?