Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA).
(a) Nyatakan dua faktor penubuhan Malayan Union.
(b) Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union.
(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Malayan Union.
Pentadbiran Malayan Union (1.4.1946 1948), secara umumnya telah menukar taraf kedudukan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan kepada negeri jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya kepada Gabenor British.
Sumber: https://pustakailmu.arkib.gov.my
Mengapakah pentadbiran tersebut dibantah oleh orang Melayu?
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, gerakan politik mencapai kematangan apabila berlaku kerjasama politik antara kaum di negara kita.
(a) Nyatakan dua kerjasama politik tersebut.
(b) Jelaskan kerjasama politik pada 2(a).
(c) Kerjasama politik dalam pilihan raya Malaysia adalah melibatkan pembentukan gabungan parti bagi mengukuhkan pentadbiran dan menjamin kestabilan politik.
Jelaskan.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
Bahan 1
Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dari aspek:
(a) (i) Kuasa eksekutif
(a) (ii) Kuasa perundangan
(c) Gurindam berikut berkaitan dengan hubungan antara raja dengan rakyat.
**TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT**
Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Karya: Raja Ali Haji
Beri ulasan anda.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
Bahan 1
Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukan Malaysia terutama di Sarawak dan Sabah.
(a) Apakah cabaran pembangunan dan sosioekonomi yang dihadapi di kedua-dua wilayah tersebut?
(b) Bagaimanakah kerajaan mengatasi cabaran tersebut?
(c) Baca petikan berikut.
KUCHING, 16 September - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap pembangunan ekonomi negeri akan terus pesat dan keharmonian sedia ada dikalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa terus kekal pada masa hadapan dengan menjulang semangat "Segulai Sejalai".
Sumber: https://berita.rtm.gov.my/ 16 September 2024
Beri ulasan anda.
Bahagian B · Soalan 5 · 20 markah
Bahan 1
Perjuangan melalui persatuan memperlihatkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
(a) Jelaskan perjuangan persatuan Melayu dalam memperjuangkan kepentingan bangsa.
(b) Bagaimanakah persatuan masyarakat Cina dan India mengembangkan idea nasionalisme di Tanah Melayu?
(c) Teliti poster berikut. Jelaskan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
Bahagian B · Soalan 6 · 20 markah
Bahan 1
Matlamat Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menubuhkan sebuah kerajaan repulik komunis telah mencetuskan keadaan huru-hara di Tanah Melayu.
(a) Jelaskan latar belakang penubuhan Parti Komunis Malaya.
(b) Bagaimanakah rancangan perang saraf berjaya menangani ancaman komunis pada ketika itu?
(c) Teliti petikan berikut.
"Komunis melakukan pelbagai kegiatan kekerasan dan keganasan seperti menyerang orang awam, membakar kampung, menyerang estet getah dan lombong timah serta mensabotaj kemudahan asas sehingga mengancam keselamatan dan kestabilan Tanah Melayu."
Sumber: Persaingan Kuasa Antara Komunis Dengan Kerajaan di Tanah Melayu, 1948-1960, Ho Hui Ling, Universiti Malaya, Malaysia.
Jelaskan kesan kepada negara jika keadaan tersebut kekal hingga kini.
Bahagian B · Soalan 7 · 20 markah
Bahan 1
Kerajaan Indonesia telah mengumumkan dasar konfrontasi sebagai reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia.
(a) Jelaskan peristiwa konfrontasi tersebut.
(b) Huraikan usaha Malaysia menangani konfrontasi yang berlaku.
(c) Tajuk akhbar berikut berkaitan anasir yang mengancam kedaulatan negara. Beri ulasan anda.
Bahagian B · Soalan 8 · 20 markah
Bahan 1
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) membantu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
(a) Jelaskan latar belakang DEB dan DPN.
(b) Huraikan kejayaan dasar tersebut dari aspek sosial.
(c) Gambar berikut boleh dikaitkan dengan kewujudan golongan pertengahan hasil pelaksanaan DEB dan DPN.
Jelaskan sumbangan golongan tersebut kepada negara.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
(a) (i) Terangkan usaha Malaysia bagi mencapai wawasan masa hadapan dalam perkara berikut:
(i) Komuniti ASEAN
(a) (ii) (ii) Zon bebas nuklear
(a) (iii) (iii) Hak asasi manusia, pelarian dan pendatang asing tanpa izi (PATI)
(b) Maklumat berikut berkaitan jenis laluan dan proses kemasukan yang digunakan oleh PATI untuk ke Malaysia.
**Jadual 1: Jenis laluan yang digunakan**
| Jenis | % | % kumulatif |
| --- | --- | --- |
| Laut | 22.2 | 22.2 |
| Udara | 51.9 | 74.1 |
| Darat | 25.9 | 100.0 |
| Jumlah | 100.0 | $\quad$ |
Semasa proses kemasukan, kebanyakan PATI telah menggunakan khidmat ejen untuk diseludup masuk dengan mengenakan bayaran tertentu. Walaupun bayaran tersebut bergantung kepada persetujuan di antara ejen dan pendatang namun, ada di antara PATI yang gagal menyediakan sejumlah wang yang diminta.
Sumber: Migrasi Antarabangsa dan Pemerdagangan Manusia di Malaysia: Kajian Kes Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Mohd Na'eim Ajis, Kamarulzaman Askandar dan Saadon Awang.
(b) Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut.