Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
(a) Jelaskan prinsip-prinsip koperasi berikut:
(a)(i) Keanggotaan secara sukarela dan terbuka
(a)(ii) Pendidikan, latihan dan maklumat
(b) Terangkan jenis-jenis pasaran yang terdapat dalam perniagaan.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
(a) Jelaskan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan
(a)(i) Sumber manusia
(a)(ii) Kewangan
(b) Maklumat berikut dengan industri automatif negara.
PROTON berjaya mencatat jualan sebanyak 3 276 unit Proton e.MAS 5 pada Januari 2026. Pencapaian tersebut menjadikan Proton e.MAS antara jenama kenderaan elektrik (EV) yang semakin mendapat sambutan sebagai kereta elektrik mampu milik yang sesuai untuk kegunaan rakyat Malaysia.
Sumber: Diubah suai daripada http://www.bharian.com.my/
Jelaskan peranan bahagian fungsian jualan dalam membantu PROTON meningkatkan jualan Proton e.MAS 5 di Malaysia.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
(a) Rajah 1 di bawah berkaitan dengan ciri-ciri objektif perniagaan.
Terangkan;
(a)(i) P
(a)(ii) Q
(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Syarikat penghantaran makanan FoodFast sering menerima aduan pelanggan apabila sistem aplikasi tempahan mereka mengalami gangguan (system down) terutama pada waktu puncak pesanan. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa pesanan pelanggan yang tidak diproses untuk penghantaran. Bagi mengatasi masalah tersebut, bahagian fungsian teknologi maklumat perlu bertindak supaya tempahan dan proses penghantaran kepada pengguna berjalan lancar.
Bagaimanakah bahagian fungsian tersebut perlu mengambil tindakan agar masalah gangguan sistem mereka dapat diatasi?
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
(a) Rajah 2 berkaitan dengan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
Jelaskan.
(a)(i) X
(a)(ii) Y
(b) Jelaskan faedah mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Bahagian A · Soalan 5 · 10 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan pengurusan sumber manusia.
MecTech Sdn. Bhd. merupakan pengeluar cip elektronik yang beroperasi lima tahun lalu dengan 50 orang pekerja tetap di Batu Gajah, Perak. Syarikat ini sedang mencari calon pekerja baharu untuk meningkatkan pengeluaran cip elektronik yang berkualiti tinggi. Calon pekerja yang ingin memohon pekerjaan di syarikat tersebut perlu memiliki kemahiran tinggi dan mempunyai sikap disiplin dan bertanggungjawab.
Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh calon pekerja Syarikat MecTech Sdn. Bhd.?
(b) Gambar 1 di bawah berkaitan dengan satu pengurusan sumber teknologi.
Bagaimanakah mengurus sumber teknologi tersebut.
Bahagian A · Soalan 6 · 10 markah
(a) Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Hafiza.
Puan Hafiza memiliki sebuah butik menjual pakaian wanita secara dalam talian. Beliau menggunakan Instagram dan Facebook untuk mempromosi koleksi pakaian terbaharu kepada pelanggan. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui laman sesawang butiknya. Semua transaksi pembayaran dibuat secara tanpa tunai.
Jelaskan aplikasi teknologi maklumat yang digunakan oleh Puan Hafiza dalam menjalankan perniagaan beliau?
(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah bentuk pemilikan perniagaan.
Merupakan bentuk perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri perkongsian konvensional dan syarikat sendirian berhad.
Jelaskan akta yang berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan tersebut.
Bahagian B · Soalan 7 · 15 markah
Maklumat Perniagaan
Maklumat berikut berkenaan dengan sebuah perniagaan
Encik Chin mengusahakan perniagaan mesin layan diri pelbagai jenis minuman air kotak yang telah beroperasi selama 2 tahun di sekitar Ipoh. Encik Chin perlu membayar seorang pembekal minumannya dengan segera, namun baki akaun semasa beliau tidak mencukupi. Beliau bercadang menambahkan lagi mesin layan diri di dua buah pasaraya yang berhampiran dan tumpuan ramai.
(a) Jelaskan skala perniagaan yang dijalankan oleh Encik Chin.
(b)(i) Apakah sumber pembiayaan yang boleh membantu Encik Chin membayar pembekal tersebut?
(b)(ii) Jelaskan jawapan anda di 7b(i).
(c) Mengapakah Encik Chin memilih tempat tersebut sebagai lokasi mesin layan diri baharu?
Bahagian B · Soalan 8 · 15 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Magesh dan Encik Wong.
Puan Magesh dan Encik Wong merupakan dua orang sahabat yang mengusahakan perniagaan menjual pelbagai jenama komputer secara berasingan. Walaupun mereka menjual produk yang hampir sama, tahap kejayaan perniagaan mereka adalah berbeza. Bagi meningkatkan jualan, Puan Magesh aktif mempromosikan produknya melalui media sosial seperti Facebook dan TikTok serta mengedarkan risalah promosi di kawasan sekitar. Selain itu, Puan Magesh juga menyertai ekspo dan karnival usahawan bagi memperkenalkan produk kepada pelanggan secara bersemuka. Antara kekuatan diri usahawan yang ada pada Puan Magesh ialah sikapnya yang fokus dan memberi tumpuan terhadap perniagaanya. Sebaliknya, Encik Wong kurang berjaya meningkatkan jualan kerana tidak melakukan promosi secara aktif serta tidak mempunyai perancangan perniagaan yang sistematik.
(a) Terangkan dua kaedah promosi yang digunakan oleh Puan Magesh dalam mengembangkan perniagaannya.
(b) Jelaskan kekuatan diri lain yang dimiliki oleh Puan Magesh sehingga mampu memajukan perniagaannya.
(c) Jelaskan kesan yang akan dihadapi oleh perniagaan Encik Wong akibat gagal mencapai jualan yang telah disasarkan.
Bahagian B · Soalan 9 · 15 markah
Maklumat
Maklumat di bawah berkaitan dengan Penyata Kewangan bagi Syarikat Percetakan Usaha Jaya Sdn. Bhd. bagi tahun 2024 dan 2025.
| Butiran | Tahun 2024 (RM) | Tahun 2025 (RM) |
|---|---|---|
| Modal Awal | 150 000 | 180 000 |
| Jualan Bersih | 520 000 | 610 000 |
| Kos Jualan | 310 000 | 355 000 |
| Untung Kasar | 210 000 | 255 000 |
| Untung Bersih | 95 000 | 125 000 |
(a) Jelaskan;
(a)(i) Peratusan margin untung bersih
(a)(ii) Peratusan pulangan atas modal
(b)(i) Hitung peratusan margin untung bersih bagi tahun 2024 dan 2025.
(b)(ii) Tafsirkan hasil hitungan tersebut.
(c) Mengapakah pihak berkepentingan tertentu memerlukan penyata kewangan perniagaan?
Bahagian C · Soalan 10 · 20 markah
Maklumat
Puan Syafira merupakan pengasas Kedai Emas SYAFIRA yang telah beroperasi di Lumut, Perak sejak 15 tahun yang lalu. Perniagaan ini menawarkan barang kemas berkualiti tinggi dengan rekaan eksklusif. Pelanggan mereka bukan sahaja datang dari pelbagai daerah dan negeri lain. Pada tahun 2013, perniagaan ini telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dengan tujuan menambahkan modal, memperkukuhkan operasi syarikat serta meningkatkan imej dan keyakinan pelanggan terhadap syarikat.
Melihat perkembangan positif itu, Puan Syafira bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaannya melalui sistem secara francais. Beliau berhasrat memberi peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan di seluruh Perak untuk menjalankan perniagaan menggunakan jenama Kedai Emas SYAFIRA. Melalui kaedah ini, peniaga yang berminat boleh membuka cawangan francais di kawasan masing-masing dengan menggunakan nama perniagaan, sistem pengurusan dan strategi pemasaran yang telah disediakan oleh syarikat.
Peningkatan jualan yang menggalakkan memerlukan Puan Syafira mendapatkan pembiayaan tambahan daripada institusi kewangan tempatan. Berikut adalah maklumat tawaran pinjaman daripada 2 buah institusi kewangan:
| BUTIRAN | BANK PRIMA BHD | BANK MEGA BHD |
|---|---|---|
| Jumlah pinjaman | RM 500 000 | RM 500 000 |
| Faedah pinjaman (setahun) | 4.5% (kadar tetap) | 3.9% (kadar berubah) |
| Tempoh pinjaman (tahun) | 9 | 7 |
| Cagaran | Tiada | Ada |
Bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemasaran, pengurus pemasaran Kedai Emas SYAFIRA mencadangkan supaya syarikat menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah pelanggan. Perkhidmatan ini turut disertakan dengan perlindungan insurans bagi memastikan keselamatan barang kemas sepanjang proses penghantaran.
Bagi menghargai pelanggan setia, Kedai Emas SYAFIRA telah memperkenalkan produk terkini mereka iaitu emas bar. Berikut ialah poster produk baharu keluaran Kedai Emas SYAFIRA.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a)(i) Terangkan sektor perniagaan yang terlibat.
(a)(ii) Jelaskan prosedur pemerbadanan bagi syarikat Puan Syafira.
(b) Bagaimanakah perniagaan francais dapat membantu Puan Syafira mengembangkan lagi perniagaan Kedai Emas SYAFIRA Sdn. Bhd?
(c) Cadangkan bank yang patut dipilih oleh Puan Syafira.
(d) Anda bersetuju dengan cadangan pengurus pemasaran tersebut. Berikan alasan anda.
(e) Sebagai pelanggan setia Kedai Emas Syafira, mengapa anda berminat membeli produk baharu yang telah dilancarkan?