Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
(a) Gambar 1 menunjukkan logo sebuah organisasi perniagaan.
Jelaskan tujuan organisasi tersebut.
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Cik Zahra adalah pemilik sebuah perniagaan Buku & Kopi Enterprise di Seksyen 7, Shah Alam yang menawarkan pelbagai jenis minuman kopi dan makanan seperti kuih dan sandwich. Pelanggan boleh menikmati hidangan yang disediakan sambil meminjam dan membaca buku di ruang yang kondusif. Beliau juga mempunyai lima orang pekerja tetap yang membantu dalam menguruskan perniagaannya.
Jelaskan perkaitan di antara bentuk pemilikan dan klasifikasi perniagaan tersebut.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
(a) Keratan akhbar berikut berkaitan dengan isu semasa perniagaan
SEREMBAN: Kira-kira seminggu lagi menjelang Syawal, peniaga terutama yang menjual pakaian di Bazar Aidilfitri Senawang di sini, mengeluh kebimbangan apabila stok mereka masih banyak tidak terjual.
Pertama kali berniaga di Bazar Aidilfitri, Siti Aishah Soolan, 59, mengakui perniagaannya mensasarkan jualan minimum 50 pasang baju dalam satu hari. Bagaimanapun, setakat ini jualan paling tinggi 25 pasang baju dalam sehari kerana keadaan ekonomi yang semakin mencabar.
Sikap pelanggan berjimat cermat ditambah dengan pilihan pakaian yang lebih murah melalui platform jualan atas talian menjadi faktor situasi ini berlaku.
Sumber: Diubahsuai [https://www.bharian.com.my/3](https://www.google.com/search?q=https://www.bharian.com.my/3&utm_source=gemini) April 2024
(a)(i) Apakah trend persekitaran perniagaan tersebut?
(a)(ii) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi trend di 2 (a) (i)
(b) Jelaskan ciri munasabah dalam objektif perniagaan?
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
(a) Jelaskan tujuan bahagian fungsian kewangan
(b) Maklumat berikut berkaitan langkah pembangunan produk baharu
Cik Mimi telah mengeluarkan tudung untuk kegunaan sukan yang kalis air untuk dipasarkan. Produk ini tercipta kerana banyak rungutan wanita yang ingin bersukan tetapi tetap ingin memastikan aurat terjaga dengan baik. Oleh itu, Cik Mimi telah mencuba produk ini kepada atlet renang sebagai permulaan.
(b)(i) Apakah langkah pembangunan produk baharu tersebut?
(b)(ii) Jelaskan 3 (b) (i).
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
SYY Footware Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar kasut di Seri Kembangan, Selangor. Syarikat ini diuruskan oleh seorang Pengurus Besar dan dibantu oleh pengurus-pengurus bahagian yang lain seperti bahagian kewangan, sumber manusia, pengeluaran, pemasaran, jualan dan pembelian.
(a)(i) Apakah jenis struktur organisasi yang sesuai bagi perniagaan tersebut?
(a)(ii) Lakarkan struktur organisasi di 4 (a)(i).
(b) Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan luaran.
Encik Asri adalah seorang kontraktor berdaftar kelas C. Beliau mendapat tender projek pembinaan jalan dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Projek ini perlu disiapkan dalam tempoh setahun. Beliau bercadang untuk menyewa beberapa buah jentera berat seperti backhoe, excavator dan roller bagi menjayakan projek ini.
(b)(i) Kenal pasti sumber pembiayaan tersebut.
(b)(ii) Jelaskan sumber pembiayaan di 4 (b)(i).
Bahagian A · Soalan 5 · 10 markah
Gambar 2 berkaitan pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan perniagaan.
(a) Jelaskan kegunaan penyata kewangan kepada Dato' Afiq.
(b) Jelaskan analisis nisbah kecekapan berikut
(b)(i) Pusing Ganti Stok
(b)(ii) Pusing Ganti Aset
Bahagian A · Soalan 6 · 10 markah
(a) Terangkan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
(b) Petikan rencana dari sebuah laman sesawang berikut berkaitan dengan satu kaedah promosi
(b)(i) Apakah kaedah promosi tersebut?
(b)(ii) Jelaskan kaedah promosi di 6 (a)(i).
Bahagian B · Soalan 7 · 15 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Restoran Rasa Timur adalah sebuah restoran berkonsepkan masakan Melayu yang diusahakan oleh Encik Iqbal dan keluarganya. Restoran ini beroperasi di Puchong dan mempunyai dua buah cawangan lain iaitu di Kajang dan Sungai Buloh, Selangor.
Sejak setahun yang lalu, Encik Iqbal menghadapi masalah pusing ganti pekerja yang tinggi kerana berhenti dan berpindah untuk bekerja di restoran lain. Jadual berikut menunjukkan bilangan pekerja dan jualan perniagaan bagi enam bulan pertama tahun 2026.
| Bulan | Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan Pekerja | 138 orang | 125 orang | 108 orang | 99 orang | 90 orang | 85 orang |
| Jualan (RM) | 3 juta | 2.8 juta | 2.5 juta | 2.2 juta | 1.9 juta | 1.7 juta |
Justeru, Encik Iqbal telah mengarahkan pengurus sumber manusia mengambil tindakan kerana perkara ini menjejaskan jualan perniagaan.
Selain itu, Encik Iqbal juga menerima aduan daripada ketua tukang masak bahawa pembekal bahan mentah iaitu AWZ Trading sering tidak mampu memenuhi permintaan mereka untuk mendapatkan bahan mentah segar pada masa yang diperlukan. AWZ Trading mempunyai kontrak membekalkan bahan mentah kepada Restoran Rasa Timur selama dua tahun. Encik Iqbal bercadang untuk membatalkan kontrak tersebut dan melantik pembekal baharu.
(a) Terangkan klasifikasi perniagaan tersebut mengikut sektor dan skala.
(b)(i) Jelaskan trend pusing ganti pekerja tersebut bagi enam bulan pertama tahun 2026.
(b)(ii) Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh pengurus sumber manusia.
(c) Adakah anda bersetuju dengan cadangan Encik Iqbal?
Kemukakan alasan anda.
Bahagian B · Soalan 8 · 15 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Encik Haziq merupakan pengusaha Perniagaan Dodol Warisan di Sabak Bernam, Selangor. Beliau memiliki sebuah kilang dan tiga buah van untuk membuat penghantaran dodol kepada pelanggannya. Beliau mesti memastikan sumber fizikalnya dalam keadaan baik agar pengeluaran dodol berjalan lancar. Justeru, beliau mengarahkan Pengurus Operasi melakukan tindakan sewajarnya mengikut jadual.
Pertambahan permintaan yang meningkat membuatkan Pengurus Pembelian perlu menambah bekalan bahan mentah dengan segera. Justeru, beliau mendapatkan maklumat untuk tujuan tersebut. Maklumat berikut merupakan dua orang pembekal yang perlu dipertimbangkan oleh Pengurus Pembelian:
Setelah memilih pembekal yang sesuai, pengeluaran menjadi semakin produktif. Encik Haziq berhasrat untuk meluaskan lagi pasaran. Beliau membuat keputusan untuk membangunkan aplikasi e-pemasaran yang berfungsi untuk mencapai hasrat beliau.
(a) Mengapakah Encik Haziq mengarahkan Pengurus Operasi bertindak sedemikian?
(b) Jika anda adalah Pengurus Pembelian, pembekal manakah yang perlu anda pilih?
Kemukakan alasan anda.
(c) Anda berpendapat keputusan Encik Haziq adalah tepat.
Berikan alasan anda.
Bahagian B · Soalan 9 · 15 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
Puan Amirah merupakan seorang pengusaha minuman kopi secara kiosk kecil di Kota Warisan, Sepang. Kiosk ini terletak berhampiran kediamannya. Beliau mengusahakan kiosk ini bersama suaminya, Encik Amirul. Kiosk ini menjual pelbagai jenis minuman kopi termasuklah perisa kopi baharu ciptaannya yang dijenamakannya sebagai Kopi Kak Long. Kopi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan.
Kos operasi yang meningkat menyebabkan Puan Amira memerlukan suntikan dana sebanyak RM10 000 untuk modal pusingan perniagaan. Beliau menyenaraikan dua pilihan pakej pembiayaan yang sesuai dipilihnya.
| Skim Pembiayaan dan Agensi Pembiaya | Skim DanaNITA Majlis Amanah Rakyat (MARA) | Pembiayaan Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil Bank Rakyat |
|---|---|---|
| Had Pembiayaan | RM50 000 | RM50 000 |
| Tempoh Pembiayaan | 1-10 tahun | 5 tahun |
| Cagaran | Tidak Perlu | Tidak Perlu |
| Kadar Faedah | 3.5% | 0% |
| Permohonan | Secara Atas Talian | Perlu Hadir ke Bank |
| Latihan Keusahawanan | Disediakan | Tidak disediakan |
Di samping itu, Puan Amira juga mendapat tawaran dari Majlis Perbandaran Sepang untuk menduduki premis perniagaan di Cyberjaya. Encik Amirul menggesa beliau menerima tawaran tersebut kerana kadar sewa yang berpatutan dan ini adalah peluang mereka mengembangkan perniagaan.
(a) Terangkan ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Puan Amirah.
(b) Sekiranya anda adalah Puan Amirah, pakej pembiayaan manakah yang akan anda pilih?
Kemukan alasan anda.
(c) Sejauh manakah anda bersetuju dengan Encik Amirul?
Bahagian C · Soalan 10 · 20 markah
Maklumat
Syarikat MyTech Sendirian Berhad (MyTech) merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan alat peranti pintar yang inovatif, merangkumi rangkaian produk seperti telefon pintar siri-Z, tablet grafik untuk pereka digital, serta jam tangan pintar (smart watch). Peranti ini dilengkapi dengan sistem pemantauan kesihatan terkini. Selepas lima tahun beroperasi, syarikat menghadapi cabaran hebat apabila trend penggunaan peranti berubah selain kemunculan rangkaian 5G yang memerlukan perkakasan yang boleh menyokong perkembangan ini. Selain itu, ketidaktentuan keadaan pasaran global turut menjejaskan hasil jualan syarikat. Rentetan itu, ahli lembaga pengarah bercadang untuk melakukan perubahan besar dalam hala tuju syarikat bagi memastikan perniagaan kekal kompetitif.
MyTech telah berhadapan dengan cabaran saingan yang semakin sengit dalam industri. MyTech perlu mengambil langkah proaktif dengan melakukan inovasi reka bentuk pada peranti 5G mereka, seperti skrin boleh lipat (foldable) atau paparan AMOLED beresolusi tinggi, bagi memberikan pengalaman visual yang luar biasa selaras dengan kepantasan teknologi 5G. Berikut merupakan reka bentuk inovasi yang telah dilaksanakan.
Pihak pengurusan MyTech mengarahkan Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) mengambil tindakan bagi melindungi hak eksklusif inovasi tersebut.
Walau bagaimanapun, MyTech menghadapi kekangan sumber kewangan untuk membiayai kos inovasi yang tinggi. Oleh itu, ahli lembaga pengarah membuat keputusan untuk mendapatkan modal melalui terbitan syer kepada orang awam. MyTech komited untuk memastikan proses perubahan ini mematuhi semua akta dan prosedur yang terlibat.
Keputusan strategik ini dibuat setelah pihak pengurusan mendapati kedudukan tunai syarikat semakin merosot. Namun, Pengurus Kewangan mencadangkan agar syarikat membuat pinjaman bank sahaja untuk mendapatkan tunai dengan cepat. Berikut adalah maklumat kewangan syarikat:
| Tahun | 2024 (RM) | 2025 (RM) |
|---|---|---|
| Aset Semasa | 45 juta | 85 juta |
| Liabiliti Semasa | 15 juta | 55 juta |
Bagi meningkatkan kembali keuntungan syarikat, Pengurus Pemasaran mencadangkan agar MyTech melaksanakan strategi promosi yang intensif dengan melancarkan peranti 5G melalui pelantar e-dagang. Beliau yakin kaedah ini membolehkan MyTech menembusi pasaran yang lebih luas dengan pantas tanpa memerlukan kos operasi yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan tertinggi masih ragu-ragu dengan keberkesanan strategi tersebut memandangkan syarikat sedang menghadapi kekangan kewangan yang serius.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
(a) Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi MyTech untuk memenuhi cadangan tersebut.
(b) Mengapakah pihak pengurusan MyTech mengarahkan pengurus Pendidikan dan Pembangunan (R&D) mengambil tindakan tersebut?
(c)(i) Apakah akta tersebut?
(c)(ii) Jelaskan prosedur yang perlu dipatuhi oleh MyTech berdasarkan akta di 10(c)(i).
(d)(i) Hitung Nisbah Semasa MyTech untuk 2025.
(d)(ii) Berdasarkan jawapan di 10 (d)(i), anda tidak setuju dengan cadangan Pengurus Kewangan.
Buktikan.
(e) Adakah anda bersetuju dengan cadangan Pengurus Pemasaran tersebut? Berikan alasan anda.