Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
(a) Jelaskan tujuan perniagaan?
(b) Huraikan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia menjelang abad ke-21.
(c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi.
Deflasi ialah kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
Situasi ini disebabkan oleh faktor permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak
mampu membeli barang di pasaran.
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
(a) | Puan Sarahah adalah seorang pengusaha kilang kerepek di Ayer Hitam, Johor. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang diedarkan melalui para pemborong ke seluruh negeri Johor. Beliau menggaji seramai 20 orang pekerja tetap di kilangnya. Secara purata, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM800 000. |
Maklumat berikut berkaitan seorang pengusaha kilang.
Terangkan klasifikasi perniagaan Puan Sarahah mengikut saiz dan skala.
(b) Jelaskan ciri-ciri objektif perniagaan.
(c) Jelaskan kepentingan interaksi sesebuah perniagaan dengan organisasi luar
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
(a) Gambar berikut menunjukkan salah satu kaedah promosi.
Apakah kaedah tersebut. Jelaskan?
(b) Berikan tiga faktor utama yang mempengaruhi pihak pengurusan dalam membuat perubahan penetapan visi, misi dan objektif perniagaan.
(c) Rajah berikut berkaitan dengan kitaran ekonomi.-
Jelaskan Fasa 1 kitaran tersebut.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Siti.
| TAHUN | PENERANGAN |
|---|---|
| 2008 | Memulakan perniagaan bermodalkan wang simpanannya sebanyak RM5000 untuk menjual barang keperluan harian seperti ayam, ikan dan sayur dengan menggunakan hanya sebuah van sekitar kawasan taman perumahan Tebrau |
| 2012 | Membuka sebuah kedai runcit di taman perumahan Tebrau dan mempunyai tiga orang pekerja walaupun terdapat beberapa kedai runcit telah beroperasi di kawasan tersebut. |
| 2022 | Memiliki 4 cawangan pasaraya dan menjadi pembekal sayur serta ikan kepada beberapa buah restoran makanan laut sekitar Tebrau dengan 20 orang pekerja bagi membantu menguruskan operasi perniagaan |
Jelaskan dua ciri-ciri usahawan yang ada pada Puan Siti.
(b) Huraikan prosedur mengurus sumber teknologi dalam perniagaan
(c) Mengapakah usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan?
Bahagian A · Soalan 5 · 10 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
Jelaskan M dan N.
(b) i Maklumat berikut menunjukkan Penyata Tunai Perniagaan Haifa Agriculture Enterprise bagi bulan Ogos dan September 2022
Perniagaan Haifa Agriculture Enterprise
| Perkara | Ogos | September |
|---|---|---|
| Baki b/b | | |
| Penerimaan | | |
| Modal | 15 000 | |
| Pinjaman | 1 500 | |
| Jualan | 30 000 | 7 450 |
| Jumlah Penerimaan | 46 500 | 7 450 |
| Pembayaran | | |
| Belian | 18 500 | 1 340 |
| Upah | 1 200 | 1 200 |
| Jumlah Pembayaran | 19 700 | 2 540 |
| Baki h/b | X | Y |
Kirakan X dan Y.
(b) ii Berikut adalah butiran dalam Penyata Aliran Tunai sebuah perniagaan.
| Perkara | Jan | Februari |
|---|---|---|
| Baki b/b | 15 000 | B |
| Penerimaan | | |
| Modal | 10 000 | |
| Jualan Tunai | 25 800 | 42 780 |
| Akaun Belum Terima | 7 000 | 10 300 |
| Jumlah Penerimaan | 42 800 | 53 080 |
| Pembayaran | | |
| Belian Tunai | 30 000 | 25 750 |
| Akaun Belum Bayar | 4 600 | 6 900 |
| Gaji | 10 000 | 10 000 |
| Sewa | 3 000 | 3 000 |
| Jumlah Pembayaran | 47 600 | 45 650 |
| A | R | C |
| Baki h/b | S | T |
Kirakan R, S dan T.
Bahagian A · Soalan 6 · 10 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan.
Syarikat JnB International Corporation dan Syarikat BSI Transportation
Sdn Bhd telah bergabung dan membentuk Syarikat JBSI Shaw
Entertaiment yang menerbitkan filem "Tok Gajah: Pahlawan
Kemerdekaan Tanah Melayu" dan telah mengutip RM80 juta semasa
tayangan.
Jelaskan kelebihan milikan perniagaan tersebut.
(b) Nyatakan dokumen perniagaan yang perlu disimpan dengan sistematik dan lengkap dalam perniagaan
(c) Maklumat berikut berkaitan iklan jawatan kosong di Koperasi Seri Murni.
JAWATAN KOSONG
KERANI AM
SYARAT KELAYAKAN
- warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh 1 Januari 2022
- Minimum mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik dalam SPM
- Berkemahiran dalam mengendalikan komputer
FAEDAH
- Berjawatan tetap
- Cuti Tahunan/Sakit dan Cuti Umum
- Caruman KWSP dan PERKESO
Berpandukan iklan tersebut, nyatakan 3 faedah lain sistem penggajian berikut.
Bahagian B · Soalan 7 · 15 markah
Petikan
Pernyataan berikut berkaitan dengan sebuah milikan perniagaan.
Encik Aiman telah membuka sebuah perniagaan menjual bahan binaan, Perniagaan
Indah Bina, di Taman Daya, Johor Bahru pada tahun 2017. Pada tahun 2022, beliau
telah membuat keputusan untuk menukar bentuk milikan perniagaannya dan beliau
telah menjual syer perniagaannya kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakannya bagi
mendapatkan modal tambahan untuk mengembangkan perniagaannya.
(a) i Apakah ciri milikan perniagaan Encik Aiman bermula tahun 2022?
(a) ii Sekiranya anda salah seorang pemegang saham syarikat tersebut, apakah kelebihan yang akan anda perolehi?
(b) Nyatakan 3 akta berkaitan penubuhan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
(c) Pernyataan berikut berkaitan dengan satu perniagaan.
| Encik Iskandar ingin membuka sebuah perniagaan perkhidmatan kurier di Taman Kota Masai, Pasir Gudang sejak tahun 2020. Beliau menggunakan modal permulaan sebanyak RM50,00 dari simpanannya sendiri dan menggunakan seramai 5 orang pekerja dalam perniagannya. Semua pekerjanya dihantar untuk menghadiri Program Latihan Operasi Perkhidmatan Kurier di Metro Driving Academy (Johor) bagi melengkapkan pekerja kurier dengan kemahiran penghantaran. Beliau bercadang untuk membuka cawangan kedua dan ingin membuat pinjaman dari bank perdagangan yang bersesuaian. |
Huraikan faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan tersebut?
Bahagian B · Soalan 8 · 15 markah
(a) Dialog di bawah menunjukkan perbualan antara Encik Badrul dan Encik Yusri berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi.
Encik Badrul: Sebagai seorang pengurus bahagian X, saya bertanggungjawab untuk memastikan produk yang dihasilkan mencapai kualiti yang telah ditetapkan.
Encik Yusri: Sebagai seorang pengurus bahagian Y pula, tanggungjawab saya adalah memastikan produk yang dihasilkan dapat dipasarkan kepada pelanggan di pasaran.
Jelaskan bahagian fungsian X dan Y.
(b) i Apakah maksud nisbah semasa?
(b) ii Maklumat di bawah ini diperoleh daripada dua buah syarikat dalam industri yang sama.
| Butiran | Syarikat EYE Bhd (RM) | Syarikat SCAN Bhd (RM) |
|---|---|---|
| Tunai | 1000 | 1 500 |
| Penghutang | 500 | 400 |
| Stok | 100 | 100 |
| Pemiutang | 2 000 | 1 500 |
Sekiranya anda ingin melabur wang anda, syarikat manakah yang anda akan pilih?
Berikan alasan anda.
(c) Sumber manusia merupakan salah satu faktor yang membawa kepada perubahan persekitaran perniagaan. Jelaskan.
Bahagian B · Soalan 9 · 15 markah
Petikan
Maklumat berikut berkaitan dengan Perusahaan Mee Siput.
Encik Adzmee merupakan pemilik Perusahaan Mee Siput Besar. Kilang memproses
mee siput telah beroperasi selama 15 tahun di Pontian, Johor. Jenama Mee Siput
Besar telah dipaternkan melalui MyIPO setahun selepas beroperasi. Perusahaan ini
memperolehi RM 18 juta jumlah jualan tahunan dan mempunyai 80 orang pekerja tetap
dan beberapa pekerja yang berpengalaman. Pengunaan 10 buah mesin mengadun
mee siput berteknologi tinggi digunakan untuk menampung pasaran kawasan Johor,
Melaka, Selangor dan Perak. Setiap hari bahagian operasi akan memberi taklimat
keselamatan supaya pekerja sentiasa patuh pada syarat pemakaian ketika bekerja.
Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan Encik Adzmee perlu peka dengan
pengurusan sumber perusahaan beliau.
(a) Terangkan saiz dan skala Perusahaan Mee Siput Besar?
(b) Bagaimanakah aspek pengelolaan sumber manusia dapat memastikan pekerja Perusahaan Mee Siput Basar kekal berkerja dalam perusahaan ini?
(c) Anda bersetuju dengan tindakan Encik Adzmee. Kemukan alasan anda.
Bahagian C · Soalan 10 · 20 markah
Petikan
Baca dengan teliti kes di bawah
Syarikat Elektronik Maya Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengeluar pelbagai peralatan
elektrik jenama Maya. Syarikat ini beroperasi di Kawasan Perindustrian Tebrau Johor
Bahru dan peralatan elektrik keluaran syarikat dijual di rangkaian Kedai Elektrik Maya di
seluruh Malaysia. Peralatan elektrik keluaran syarikat, menyebabkan pihak
pengurusan menggunakan pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam melancarkan aktiviti perniagaan di pelbagai bahagian dan peringkat
pengurusan.
Perubahan gaya hidup masyarakat yang lebih moden menyebabkan permintaan
terhadap peralatan elektrik pintar semakin meningkat. Pihak pengurusan syarikat
berpendapat barangan elektrik keluaran syarikat perlu ditambahbaik dengan
memasukkan elemen peralatan pintar contoh barangan elektrik boleh dikawal secara
automatik menggunakan telefon pintar dari jarak jauh. Bagi tujuan ini, pihak syarikat
meminta bahagian pemasaran menentukan langkah pembangunan produk baharu.
Melalui kajian pasaran yang telah dilakukan oleh bahagian pemasaran, syarikat telah
mengenal pasti beberapa peralatan elektrik pintar yang menjadi keperluan terpenting isi
rumah. Sebagai permulaan syarikat bercadang untuk mengeluarkan lampu pintar yang
boleh dikawal fungsinya secara jarak jauh menggunakan aplikasi di telefon pintar.
Lampu ini membolehkan pengguna mengaktifkan lampu rumah mereka pada waktu
malam walaupun mereka tiada di rumah. Cara ini diharapkan dapat mengurangkan
risiko kejadian jenayah sewaktu ketiadaan pengguna di rumah.
Pihak pengurusan syarikat bercadang meneruskan pengeluaran beberapa produk
elektrik pintar yang lain tetapi kos pengeluaran produk elektrik pintar sangat tinggi
kerana syarikat perlu menggunakan jentera yang lebih moden serta banyak peranti
elektronik pintar dalam pengeluaran. Semua aset-aset syarikat ini perlu diselenggara
dengan baik sepanjang masa dan ini akan menyebabkan lebih banyak modal
diperlukan. Bagi tujuan tersebut, bahagian kewangan mencadangkan supaya pihak
syarikat menggunakan sumber pembiayaan luar berbanding menerbitkan saham
baharu. Ini adalah kerana syarikat boleh memohon pembiayaan mengikut keperluan
modal.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a) Terangkan tujuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam syarikat ini.
(b) Sekiranya anda adalah pengurus pemasaran di syarikat ini, apakah langkah pembangunan produk baharu yang akan anda lakukan?
(c) Mengapakah aset-aset pengeluaran syarikat perlu diselenggarakan?
(d) Pada pendapat anda, adakah wajar cadangan bahagian kewangan supaya syarikat mendapatkan sumber pembiayaan luaran untuk menambah modal syarikat? Berikan alasan anda.
(e) Bagaimanakah pihak syarikat dapat memohon pembiayaan luaran?