Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
(a) Gambar 1 menunjukkan bentuk perniagaan yang terdapat di Malaysia.
(a)(i) Jelaskan kelemahan perniagaan tersebut kepada Francaisi.
(a)(ii) Jelaskan kelebihan perniagaan francais kepada francaisi.
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.
Nama Perniagaan: Liang Furniture Tuaran Sdn Bhd
Alamat: Jalan Tuaran, Berungis Tuaran Sabah
Jualan Tahun 2025: RM 14 juta
Bilangan pekerja tetap: 20
Aktiviti pasaran: Pembuatan perabot untuk pasaran seluruh daerah Tuaran
Jelaskan saiz dan skala perniagaan Liang?
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
(a) Situasi berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dari aspek ekonomi
| Fenomena A | Fenomena B |
|---|---|
| Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan | Kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan |
(a)(i) Nyatakan Fenomena A dan Fenomena B.
(a)(ii) Bagaimanakah kerajaan dapat mengatasi masalah Fenomena A
(b) Jelaskan trend persekitaran perniagaan sesebuah negara yang mempunyai ekonomi sedang berkembang.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
(a) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif dalam aspek berikut:
(a)(i) Sumber manusia.
(a)(ii) Teknologi
(b) Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
Syarikat Hiasan Eksklusif Sendirian Berhad menyediakan perkhidmatan pereka hiasan dalaman di Kota Kinabalu, Sabah. Objektif syarikat ialah meningkatkan jualan sebanyak 30% dalam masa 3 bulan. Dengan merekrut lima orang lagi pekerja baharu, Puan Hasnah selaku Pengurus Pemasaran ditugaskan untuk melaksanakan promosi besar-besaran agar dapat meningkatkan jualan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Terangkan ciri-ciri objektif bagi perniagaan di atas.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
(a)(i) Jelaskan konsep kebolehkerjaan?
(a)(ii) Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang harus dimiliki oleh seseorang pekerja.
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Syarikat YH Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai jenis produk seperti beg sekolah, blaus wanita, kasut sekolah, kasut sukan, dan air mineral
Jelaskan struktur organisasi yang sesuai bagi syarikat tersebut.
Bahagian A · Soalan 5 · 10 markah
Petikan
Maklumat berikut menunjukkan satu keratan berita dalam talian.
(a) Berdasarkan keratan berita di atas, jawab soalan berikut:
(a) Nyatakan dua peranan kerajaan negeri dalam membantu perkembangan perniagaan di Malaysia.
(b) Bagaimanakah bahagian fungsian pembelian dapat meningkatkan kualiti bahan mentah untuk pengeluaran pes rendang tersebut lebih terjamin?
(c) Bahagian fungsian pemasaran bercadang untuk menggunakan platform media sosial bagi tujuan pengiklanan. Analisis keberkesanan strategi tersebut dalam membantu syarikat mencapai matlamat untuk menembusi pasaran global.
Bahagian A · Soalan 6 · 10 markah
Petikan dan Jadual
Baca petikan dan teliti jadual di bawah.
Syarikat Roti Sedap Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang mengeluarkan pelbagai jenis roti untuk pasaran di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Pemilik perniagaan sentiasa memastikan setiap kos pengeluaran direkodkan bagi memudahkan penyediaan penyata kewangan.
MAKLUMAT KOS PENGELUARAN BULANAN ROTI SEDAP ENTERPRISE
| PERKARA | MAKLUMAT |
|---|---|
| Sewa premis kilang | RM3,500 sebulan |
| Gaji pengurus operasi | RM4,800 sebulan |
| Tepung gandum dan yis | RM2.50 bagi setiap bungkus roti |
| Plastik pembungkusan | RM0.30 seunit |
(a) Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:
(a) Bezakan kos tetap dengan dua kos berubah yang ditanggung oleh Roti Sedap Enterprise.
(b) Terangkan kepentingan penyata kewangan kepada pihak pengusaha dan pembekal berdasarkan situasi perniagaan tersebut.
Bahagian B · Soalan 7 · 15 markah
Petikan dan Borang Maklumbalas
Encik Alif merupakan seorang usahawan muda yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan penghantaran menggunakan jenama Cahaya Ekspress di kawasan Pantai Timur Sabah. Selepas dua tahun beroperasi, perniagaannya semakin berkembang apabila bilangan pelanggan dalam talian meningkat dengan ketara. Kejayaan tersebut mendorong Encik Alif merancang untuk membuka sebuah cawangan baharu di Sandakan serta menambah bilangan kenderaan penghantaran bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Bagi memastikan rancangan pengembangan tersebut berjalan lancar, Encik Alif sedang menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap untuk dikemukakan kepada sebuah institusi kewangan bagi mendapatkan pembiayaan. Rancangan tersebut merangkumi objektif perniagaan, strategi pemasaran, anggaran kos, unjuran kewangan serta pelan operasi. Beliau percaya bahawa perancangan yang sistematik dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan dan meningkatkan keyakinan pihak yang berkepentingan terhadap perniagaannya.
Walaupun pernah menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat logistik antarabangsa, Encik Alif memilih untuk terus mengembangkan perniagaannya sendiri kerana beliau yakin bidang keusahawanan mampu memberikan pulangan yang lebih baik, kebebasan membuat keputusan serta peluang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
(a) Jelaskan kelebihan menyediakan rancangan perniagaan kepada Encik Alif sebelum membuka cawangan baharu.
(b) Anda bersetuju dengan keputusan Encik Alif untuk meneruskan perniagaannya sendiri walaupun menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat logistik antarabangsa. Jelaskan alasan anda.
(c) Bagaimanakah bahagian fungsian jualan dapat meningkatkan operasi perniagaan?
Bahagian B · Soalan 8 · 15 markah
Petikan
Baca petikan berikut dengan teliti.
Global Tech Solutions merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan teknologi maklumat yang berpusat di Cyberjaya. Syarikat ini menawarkan penyelesaian digital dan pembangunan aplikasi mudah alih khusus untuk sektor perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.
Walaupun syarikat sedang berkembang, mereka menghadapi masalah pusing ganti pekerja yang tinggi kerana ramai tenaga pakar berpindah ke firma antarabangsa yang menawarkan ganjaran lebih menarik. Situasi ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan beberapa projek mengalami kelewatan. Sebagai langkah proaktif, syarikat telah merangka sistem penggajian yang lebih kompetitif dengan memperkenalkan pelbagai insentif seperti bonus prestasi dan bantuan pendidikan.
Bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, pihak pengurusan Global Tech Solutions turut merancang untuk melaksanakan sistem pengurusan projek berasaskan awan serta perisian pemantauan prestasi pekerja. Sebelum teknologi tersebut digunakan sepenuhnya, syarikat akan mengenal pasti keperluan sistem, membuat penilaian terhadap beberapa perisian yang sesuai, menjalankan latihan kepada semua pekerja dan memantau keberkesanan penggunaannya secara berkala bagi memastikan pelaburan teknologi memberi pulangan yang optimum.
(a) Bagaimanakah perniagaan ini dapat mengurus sumber teknologi sebelum sistem baharu digunakan sepenuhnya.
(b) Jelaskan kepentingan persekitaran kerja yang kondusif kepada perniagaan tersebut.
(c) Anda bersetuju pemberian insentif yang menarik dapat membantu Global Tech Solutions menangani masalah pusing ganti pekerja? Beri alasan anda.
Bahagian B · Soalan 9 · 15 markah
Petikan dan Infografik
Baca petikan berikut dengan teliti.
Kopi Jati Enterprise merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang mengusahakan rangkaian kafe bertema tradisional di sekitar Johor Bahru. Perniagaan ini menyasarkan golongan belia dan keluarga sebagai pasaran sasaran dengan menawarkan pelbagai menu kopi tempatan yang unik. Dengan operasi yang sistematik, kafe ini telah berjaya membina imej yang baik dalam kalangan pelanggan tempatan, namun pemiliknya berhasrat untuk mengembangkan lagi skala perniagaan ke peringkat kebangsaan dengan mengubah bentuk milikan perniagaan kepada syarikat sendirian berhad.
Sejak akhir-akhir ini, Kopi Jati menghadapi cabaran dalam pemasaran digital kerana kurangnya kepakaran dalam menguruskan platform media sosial secara profesional. Selain itu, kos operasi syarikat meningkat disebabkan oleh kenaikan sewa premis dan bil utiliti, yang akhirnya menjejaskan nisbah keuntungan syarikat. Pemilik mendapati prestasi kewangan tahun semasa menunjukkan penurunan margin untung bersih berbanding tahun sebelumnya, yang memerlukan tindakan segera daripada pihak pengurusan.
Bagi mengatasi masalah ini, pemilik merancang untuk menggunakan aplikasi e-hailing bagi meluaskan jangkauan penghantaran produk terus ke rumah pelanggan. Strategi promosi "Beli 1 Percuma 1" akan dijalankan pada setiap hujung minggu untuk menarik lebih ramai pengunjung. Pemilik juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan daripada agensi kerajaan bagi menaik taraf peralatan dapur dan membuka cawangan baharu di kawasan yang lebih strategik.
Berdasarkan maklumat d i atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Jelaskan bagaimana penggunaan teknologi maklumat dan e-hailing dapat menyokong aktiviti pemasaran kafe tersebut.
(b) Berdasarkan infografik yang diberikan, tafsirkan prestasi kewangan Kopi Jati Enterprise bagi tahun 2026 berbanding tahun 2025.
(c) Sekiranya Kafe Jati Enterprise ingin mengubah bentuk milikan kepada Kafe Jati Sdn. Bhd., jelaskan prosedur pemerbadanan syarikat yang perlu dilalui di bawah Akta Syarikat 2016.
Bahagian C · Soalan 10 · 20 markah
Kes Siti Soya Enterprise
Siti Soya Enterprise merupakan sebuah perniagaan memproses minuman soya segar yang terletak di Kota Marudu, Sabah. Perniagaan yang diusahakan oleh Puan Siti Aminah bermula dengan menggunakan modal simpanan sendiri sepenuhnya sejak tahun 2020. Soya yang dihasilkan telah menjadi pilihan utama pelanggan kerana bermutu tinggi.
Sebagai majikan kepada 5 orang pekerja, beliau sangat menitikberatkan kualiti susu soya bermula dari peringkat pemilihan kacang soya hingga soya siap diproses. Kini, susu soya segar beliau juga boleh didapati di pasar raya sekitar Kudat dan Kota Belud. Perkembangan perniagaan yang menggalakan, Puan Siti bersama suaminya, Encik Abdul bercadang menukar bentuk perniagaan kepada syarikat sendirian berhad. Puan Siti telah dilantik sebagai Pengurus Besar sementara suaminya Encik Abdul ialah Pengurus Pentadbiran. Perniagaan menambah pekerja mahir di bahagian pengurusan kewangan dan pemasaran.
Walaupun sudah lama beroperasi, Syarikat Siti Soya Sdn. Bhd. masih belum menggunakan mesin teknologi moden dalam pengurusan perniagaannya. Memandangkan permintaan susu soya segar semakin meningkat, beliau berpendapat kemudahan mesin teknologi baharu dan teknologi lain akan membantu operasi perniagaannya dan menghasilkan pelbagai jenis produk berasaskan soya segar.
Perniagaannya juga mengalami masalah kerosakan mesin pemerah kacang soya. Situasi ini memberi kesan negatif terhadap kuantiti pengeluaran susu soya setiap hari dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Beliau telah membuat tinjauan sama ada untuk untuk membeli mesin pemerah kacang soya atau hanya menyewa mesin daripada bank. Berikut merupakan maklumat hasil tinjauan tersebut.
Beliau bercadang untuk melantik anaknya, Rahul yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran untuk membantu perniagaan Puan Siti menyediakan strategi pemasaran untuk memasarkan pelbagai produk berasaskan soya. Antara produk soya yang berjaya dihasilkan termasuklah taufu telur, taufufa, Yuba, minyak soya, kicap soya, tempe, meso dan Natto.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.
(a) Jelaskan kelebihan Puan Siti sebagai usahawan kepada masyarakat.
(b) Mengapakah Puan Siti menukar bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
(c) Anda bersetuju bahawa penggunaan mesin baharu teknologi baharu penting kepada Syarikat Siti Soya Sdn. Bhd. Berikan alasan anda.
(d) Pada pandangan anda, manakah yang akan menjadi pilihan Puan Siti untuk mendapatkan sumber pembiayaan yang terlibat? Berikan alasan anda.
(e) Terangkan strategi pemasaran yang berkesan dilaksanakan oleh Rahul.