Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
(a) Jelaskan tujuan perniagaan.
(b) Gambar 1 merujuk kepada satu sektor perniagaan.
Huraikan sektor perniagaan tersebut.
(c) Rajah 1 berkaitkan dengan kitaran ekonomi.
Jelaskan fasa I kitaran tersebut.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
(a)(i) Syarikat Sihat Enterprise merupakan sebuah perniagaan baharu yang menghasilkan produk makanan organik. Perniagaan ini ingin menembusi pasaran yang semakin kompetitif serta menarik minat pengguna yang mementingkan gaya hidup sihat. Namun, selepas setahun beroperasi, syarikat gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
Tuliskan objektif yang sesuai bagi Syarikat Sihat Enterprise berdasarkan situasi tersebut.
(a)(ii) Terangkan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan.
(b) Terangkan dua kesan deflasi kepada negara.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
(a) Apakah tujuan bahagian fungsian pengagihan dibentuk?
(b) Gambar 2 menunjukkan sejenis barang yang diagihkan dalam pasaran.
Nyatakan jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan oleh pengurus bahagian pengagihan untuk mengedarkan barangan tersebut kepada penguna.
(c) Gambar 3 merupakan seorang pengurus bagi salah satu bahagian fungsian di sebuah organisasi.
Terangkan peranan pengurus bahagian fungsian tersebut.
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
(a) Jelaskan peranan pengurusan sumber manusia dalam sebuah perniagaan.
(b) Rajah 2 berikut menunjukkan kadar gaji yang dibayar oleh majikan kepada pekerja di sebuah kilang elektronik.
| | Kilang A (Shah Alam) | Kilang B (Rawang) |
|---|---|---|
| Kadar gaji bulanan | RM1 500 | RM1 300 |
| Kadar upah sejam | RM7.00 | RM5.50 |
| Elaun kerja lebih masa | RM5.00/sejam | RM3.00/sejam |
Huraikan tiga faktor penentu sistem penggajian berdasarkan maklumat tersebut.
Bahagian A · Soalan 5 · 10 markah
Maklumat
Encik taufik merupakan seorang graduan bidang kejuruteraan yang ingin membuka sebuah bengkel membaiki kenderaan dengan nama perniagaan Taufik Auto Care. Beliau mempunyai sebuah kedai lot kedai sendiri, namun memerlukan modal sebanyak RM50,000 untuk membeli peralatan bengkel yang berteknologi dan memulakan operasi.
(a) Nyatakan dua contoh sumber fizikal yang paling kritikal untuk peniagaan Encik Taufik.
(b) Nyatakan dua kepentingan dalam menguruskan sumber fizikal dalam Perniagaan Taufik Auto Care.
(c) Jelaskan prosedur mengurus sumber fizikal yang digunakan dalam Perniagaan Taufik Auto Care.
Bahagian A · Soalan 6 · 10 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Muhibah Sdn. Bhd
Syarikat Muhibah Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjual alat ganti kereta. Syarikat ini biasanya memberikan kemudahan pembayaran secara kredit selama dua bulan kepada pelanggannya. Namun, kebelakangan ini syarikat menghadapi kekurangan wang tunai dan bercadang untuk menjual surat hutangnya.
Terangkan kemudahan pembiayaan yang dicadangkan oleh Syarikat Muhibah Sdn Bhd.
(b) Huraikan satu (1) jenis pembiayaan lain yang boleh digunakan Syarikat Muhibah Sdn.Bhd untuk menambah tunai dalam tangan.
(c) Nyatakan tiga kelebihan menjadi seorang usahawan kepada diri.
Bahagian B · Soalan 7 · 15 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Azalea Enterprise.
Perniagaan Azalea Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang baru ditubuhkan pada tahun 2023. Perniagaan ini dimiliki oleh Puan Bella, seorang usahawan tempatan yang menghasilkan produk makanan tradisional seperti kuih penyaram sejuk beku. Pada peringkat awal, perniagaan ini beroperasi secara kecil-kecilan, namun kini telah berkembang dengan membuka sebuah kilang dengan mengupah 70 orang pekerja tetap dengan mendapatkan jualan tahunan sebanyak RM 15 juta. Selain itu, perniagaan ini turut memasarkan produknya melalui platform dalam talian dan membekalkan produk kepada beberapa pasar raya di dalam negeri Sarawak. Puan Bella bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan menggunakan pelbagai kaedah promosi bagi meningkatkan jualan tahunan dan meminta bantuan agensi kerajaan yang berkaitan untuk meningkatkan kapasiti perniagaan.
(a) Apakah bentuk pemilikan perniagaan Azalea Enterprise? Jelaskan.
(b) Terangkan klasifikasi saiz perniagaan bagi perniagaan Azalea Enterprise.
(c) Jelaskan kaedah promosi yang boleh digunakan oleh Perniagaan Azalea Enterprise.
(d) Berikan cadangan agensi kerajaan yang sesuai untuk membantu perniagaan Azalea Enterprise.
Bahagian B · Soalan 8 · 15 markah
Maklumat
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Perabot Teguh Sdn. Bhd.
Syarikat Perabot Teguh Sdn. Bhd. ialah pengeluar perabot kayu jati premium di Selangor. Pada awal tahun 2026, pihak pengurusan telah menetapkan objektif untuk meningkatkan jualan sebanyak 25% dalam tempoh satu tahun.
Bagaimanapun, memasuki pertengahan tahun, syarikat menghadapi masalah kekurangan bekalan kayu jati import akibat sekatan perdagangan baharu. Pada masa yang sama, dua orang pereka perabot utama mereka telah meletakkan jawatan untuk menyertai syarikat pesaing.
(a) Nyatakan maksud Visi dan Misi bagi Syarikat Perabot Teguh Sdn. Bhd.
(b) Jelaskan dua faktor luaran yang boleh menjejaskan pencapaian objektif jualan syarikat tersebut.
(c) Bagaimanakah kehilangan dua orang pereka perabot utama mempengaruhi kriteria "Boleh Dicapai" dalam sasaran syarikat?
(d) Huraikan dua kesan kepada Syarikat Perabot Teguh Sdn. Bhd. sekiranya mereka gagal mencapai objektif peningkatan jualan 25% tersebut pada hujung tahun.
Bahagian B · Soalan 9 · 15 markah
Maklumat
Encik Kong, Encik Amir dan Encik Ramesh telah menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan KAR Agro Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan penternakan siput buluh dan pepahat di Kuching, Sarawak.
Syarikat KAR Agro Sdn. Bhd. mempunyai seramai 150 orang pekerja yang menjalankan tugas mengikut bidang tugas masing-masing seperti penyeliaan kualiti air, pengurusan kesihatan siput buluh dan pepahat, penuaian hasil penternakan, penyelenggaraan sangkar, penyimpanan rekod dan kawalan penyakit. Semua pekerja ini dibayar gaji antara RM1700 hingga RM3500 berdasarkan spesifikasi tugas.
Syarikat bercadang untuk menternak siput buluh dalam sangkar. Sebanyak 50 buah sangkar diperlukan berserta dengan anak benih siput buluh. Anggaran kos untuk menjalankan perniagaan ini ialah RM400 000. Ahli syarikat telah berbincang untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank sebanyak RM300 000 sahaja.
(a) Nyatakan dua aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan bagi perniagaan KAR Agro Sdn. Bhd.?
(b) Jelaskan prosedur mengurus sumber fizikal yang terlibat dalam perniagaan KAR Agrao Sdn. Bhd.
(c) Cadangkan sumber pembiayaan luaran manakah yang paling sesuai untuk dipertimbangkan oleh perniagaan KAR Agro Sdn. Bhd berserta alasan.
Bahagian C · Soalan 10 · 20 markah
Maklumat
Syarikat Azura Frozen Food merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan aktiviti menjual makanan sejuk beku di kawasan bandar dan luar bandar. Perniagaan ini diasaskan oleh Puan Azura, seorang usahawan muda yang kreatif, berdisiplin serta berani mengambil risiko dalam mengembangkan perniagaannya. Beliau sentiasa memastikan produk yang dijual berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan semasa.
Pada peringkat awal perniagaan, Puan Azura hanya menjalankan jualan secara kecil-kecilan dari rumah. Namun demikian, hasil usaha gigih dan keyakinannya dalam bidang keusahawanan, beliau berjaya memperluaskan pasaran melalui penggunaan platform digital seperti media sosial dan aplikasi e-dagang. Strategi pemasaran tersebut telah membantu meningkatkan jumlah pelanggan serta jumlah jualan syarikat.
Selain itu, Puan Azura juga sangat menitikberatkan pengurusan stok supaya produk sentiasa mencukupi dan tidak mengalami kerugian akibat kerosakan makanan. Beliau percaya bahawa pengurusan kewangan dan stok yang cekap mampu membantu perniagaan berkembang dengan lebih stabil dan berdaya saing dalam pasaran.
Maklumat kewangan syarikat bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
| Perkara | Nilai |
|---|---|
| Untung Bersih | RM48 000 |
| Jumlah Jualan | RM240 000 |
| Kos Jualan | RM120 000 |
| Stok Purata | RM30 000 |
Kemahiran digital merupakan antara kemahiran penting yang perlu dimiliki oleh usahawan pada masa kini. Penggunaan platform digital seperti media sosial dan aplikasi e-dagang dapat membantu usahawan mempromosikan produk, berhubung dengan pelanggan serta meluaskan pasaran perniagaan.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Terangkan dua ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Puan Azura.
(b) Terangkan dua kelebihan menjadi usahawan kepada negara.
(c) Hitungkan peratus margin untung bersih bagi perniagaan tersebut.
(d) Hitung kadar pusing ganti stok bagi perniagaan tersebut.
Seterusnya, jelaskan sama ada kadar pusing ganti stok tersebut menunjukkan pengurusan stok yang baik atau sebaliknya.
(e) Pada pendapat anda, adakah wajar tindakan Puan Azura menggunakan platform digital untuk mengembangkan perniagaannya? Jelaskan.