Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 10 markah
(a) Gambar 1 di bawah menunjukkan suatu pemilikan perniagaan.
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan di atas.
(b) Terangkan kaedah perniagaan yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung.
Bahagian A · Soalan 2 · 10 markah
(a) Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
Puan Munirah ialah seorang pengusaha kilang kerepek pisang di kampungnya. Dengan memiliki pekerja seramai 30 orang, Puan Munirah berjaya memperoleh hasil jualan kerepek pisang sebanyak RM320 ribu
Jelaskan saiz perniagaan kilang Puan Munirah.
(b) Jelaskan kelebihan perniagaan saiz di atas berbanding saiz perniagaan yang lain?
(c) Berikut merupakan perbualan antara dua orang rakan mengenai pekerjaan masing-masing.
Azie: Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Ashraf. Sekarang kamu bekerja di mana?
Ashraf: Gembira dapat berjumpa dengan kamu hari ini. Sekarang saya bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan. Bagaimana pula dengan kamu, Azie?
Azie: Sekarang saya mengajar di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu.
Terangkan sektor perniagaan yang terlibat dalam situasi di atas.
Bahagian A · Soalan 3 · 10 markah
(a) Jelaskan fasa melambung dan fasa kemelesetan dalam kitaran ekonomi.
(b) Rajah 1 menunjukkan grid gaya pengurusan dalam organisasi.
(b)(i) Apakah gaya pengurusan pada grid (9,1)?
(b)(ii) Jelaskan gaya pengurusan di 3 (b) (i).
Bahagian A · Soalan 4 · 10 markah
(a) Gambar 2 menunjukkan sumber teknologi sebuah kilang beg tangan.
(a) Mengapakah perniagaan perlu menguruskan paten bagi reka bentuk beg tangan tersebut?
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga perniagaan Afiqah Enterprise sepanjang bulan November 2024.
| Tarikh Urus Niaga | Butiran Urus Niaga |
|---|---|
| 15 November | Bayar insurans keluarga sebanyak RM600 |
| 25 November | Pelanggan menjelaskan hutang sebanyak RM3 000 |
Jelaskan dokumen perniagaan bagi setiap urus niaga tersebut.
Bahagian A · Soalan 5 · 10 markah
(a) Petikan berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Syarikat Umpama Jaya Sdn. Bhd. sedang berkembang pesat dan merancang untuk membuka satu lagi cawangan di daerah berhampiran. Bagi menjayakan pelan pengembangan ini, syarikat tersebut perlu merancang keperluan sumber manusia serta mendapatkan pembiayaan tambahan.
Jelaskan aspek pengurusan sumber manusia yang perlu diberi perhatian oleh Syarikat Umpama Jaya dalam usaha mengekalkan produktiviti pekerja.
(b) Bezakan antara sumber pembiayaan dalaman dan sumber luaran bagi perniagaan.
(c) Cadangkan dua jenis sumber pembiayaan luaran yang sesuai untuk syarikat Umpama Jaya.
Bahagian A · Soalan 6 · 10 markah
(a) Rajah dibawah menunjukkan maklumat tentang perniagaan yang dijalankan oleh Encik Faizal
**Maklumat Perniagaan En. Faizal**
Nama Produk: Sambal Garing Ikan Bilis Faizal
Kaedah Jualan: Dalam talian (Shopee & Tiktok)
Pembungkusan: Bekas plastik dengan pelekat jenama
Sasaran Pasaran: Golongan muda bekerja
Strategi Harga: Harga promosi RM10 semasa pelancaran.
Berdasarkan situasi di atas, huraikan dua elemen campuran pemasaran yang digunakan oleh Encik Faizal.
(b) Jelaskan kekuatan yang perlu dimiliki oleh Encik Faizal untuk terus bersaing dalam pasaran makanan dalam talian.
Bahagian B · Soalan 7 · 15 markah
Petikan
Petikan berikut berkaitan sebuah pemilikan pernigaan.
En. Azlan Rahman, seorang perunding kewangan muda memberitahu ramai usahawan gagal mengira titik pulang modal mereka. Ini penting untuk mengetahui bila syarikat mula mencatat untung sebenar dan bagaimana strategi pemasaran serta harga boleh diubah suai. Sementara itu, penyata kewangan pula penting untuk merekod dan menilai prestasi kewangan sesebuah syarikat. Penyata ini merangkumi penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai yang memberi gambaran menyeluruh tentang kedudukan kewangan syarikat. Selepas perniagaan ditubuhkan, usahawan juga perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka tidak berakhir dengan pendaftaran perniagaan.
(a) Mengapakah titik pulang modal (TPM) penting dalam perniagaan?
(b)(i) Jelaskan kepentingan penyata kewangan kepada pihak-pihak berikut:
(i) Pemegang saham
(b)(ii) (ii) Pihak pengurusan
(b)(iii) (iii) Vendor
(c) Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan selepas mendaftarkan perniagaan.
Bahagian B · Soalan 8 · 15 markah
Jadual
Kedai Aradhya dan Kedai Priyanka ialah dua buah perniagaan yang menjual barang-barang plastik di Indah Permai. Berikut ialah penyata kewangan Kedai Aradhya.
Kedai Aradhya
Akaun Perdagangan & Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8
| Butiran | RM |
|---|---|
| Jualan | 52 000 |
| Tolak: Kos jualan | 36 000 |
| Untung kasar | 16 000 |
| Tolak: Belanja | 4 000 |
| Untung bersih | 12 000 |
Kedai Aradhya
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 20X8
| Aset | RM |
|---|---|
| Lengkapan | 44 000 |
| Inventori | 8 000 |
| Akaun Belum Terima | 6 000 |
| Bank | 14 000 |
| | 72 000 |
| Ekuiti Pemilik | |
| Modal | 54 000 |
| Untung bersih | 12 000 |
| Akaun Belum Bayar | 6 000 |
| | 72 000 |
Maklumat Tambahan
Inventori pada 1 Januari 20X8 ialah RM6 000.
Maklumat yang diberi oleh Kedai Priyanka bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8.
| Butiran | Nilai |
|---|---|
| Nisbah semasa | 2.3:1 |
| Pulangan atas modal | 19.6% |
| Pusing ganti stok | 4 kali |
(a)(i) Anda dikehendaki;
a) Menghitung perkara berikut bagi Kedai Aradhya.
i. Pusing ganti aset
(a)(ii) ii. Nisbah semasa
(b) Anda bersetuju bahawa prestasi Kedai Aradhya lebih baik berbanding Kedai Priyanka. Jelaskan alasan anda.
(c) Kedai Aradhya bercadang untuk meluaskan perniagaan ke Brunei dan Thailand. Terangkan faktor luaran yang boleh mempengaruhi perniagaan Kedai Aradhya.
Bahagian B · Soalan 9 · 15 markah
Petikan
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan
Superwood Industri Sdn. Bhd. menghasilkan pelbagai papan lapis untuk dieksport. Kilang dan pejabat syarikat ini terletak di Telipok, Tuaran. Syarikat ini mengambil pekerja seramai 250 orang dalam bahagian pentadbiran, bahagian operasi pengeluaran, bahagian pemasaran dan bahagian jualan. Semua pekerja mempunyai kelayakan dan kemahiran mengikut bahagian fungsian perniagaan. Selain pelbagai jenis mesin, syarikat ini juga menggunakan perisian komputer untuk mengawal proses pengeluaran. Pihak syarikat membeli insurans kebakaran perniagaan dan kecurian. Kilang juga dilengkapi dengan alat pemadam api, alat penggera dan CCTV.
(a) Bagaimana bahagian fungsian pemasaran dan fungsian jualan dapat meningkatkan keuntungan perniagaan Superwood Industri Sdn. Bhd.?
(b) Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh pekerja dalam perniagaan Superwood Industri Sdn. Bhd.
(c) Bagaimana perniagaan Superwood Industri Sdn. Bhd. mengurus sumber fizikal perniagaannya?
Bahagian C · Soalan 10 · 20 markah
Petikan
Puan Mary telah mempelawa Puan Maria untuk menubuhkan sebuah perniagaan. Puan Maria baru sahaja bersara daripada berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Perniagaan mereka dikenali sebagai Kafe Merries.
Mereka baru sahaja menghadiri kursus keusahawanan bagi pengusaha kopi di Dalat, Vietnam. Mereka merancang untuk membuka beberapa buah cawangan kafe. Oleh itu mereka telah membeli beberapa buah mesin kopi yang berkualiti tinggi dari luar negara bagi memastikan kualiti minuman kopi yang dihasilkan dapat dikekalkan.
Selepas mesin kopi diterima, dua buah kafe minuman berasaskan kopi telah dibuka di daerah Kota Kinabalu dan Penampang yang dianggap mempunyai potensi pasaran yang luas berdasarkan bilangan penduduk mengikut daerah.
| Daerah | Bilangan Penduduk |
|---|---|
| Kota Kinabalu | 500 421 orang |
| Papar | 162 667 orang |
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Bancian 2020
Puan Mary turut memperkenalkan beberapa resipi kopi baharu iaitu adunan kopi import dengan bahan tempatan seperti kopi tenom dan lain-lain. Semua kopi tersebut dihasilkan daripada biji kopi Supremo dan Spectre.
Mereka juga telah menemui satu resipi baharu kombinasi Vietnam dan Malaysia. Menu ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga tempahan yang diperolehi melebihi kemampuan kafe. Kafe Merries bercadang untuk memperkenalkan bekas minuman baharu yang mesra pengguna, mempunyai warna menarik, reka bentuk terkini dan boleh dikitar semula.
Bekalan kopi yang berkualiti tinggi boleh diperolehi dari negara Brazil. Namun begitu, faktor perubahan cuaca telah mengganggu bekalan biji kopi. Bekalan sukar diperoleh dan harga menjadi mahal. Puan Mary cuba mendapatkan bekalan biji kopi import daripada negara lain.
Trend perniagaan semasa telah mewujudkan persaingan. Wujud ramai peniaga menjual produk yang sama yang boleh mengurangkan jualan bulanan. Mereka bersetuju untuk memperluaskan kaedah pemasaran digital bagi perniagaan mereka.
(a) Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Mengapakah Puan Mary mempelawa Puan Maria mengusahakan Kafe Merries?
(b) Sejauh manakah faktor lokasi sangat penting dalam memilih lokasi cawangan Kafe Merries di Kota Kinabalu dan Penampang? Jelaskan.
(c) Anda bersetuju dengan tindakan Kafe Merries memperkenalkan bekas minuman baharu. Berikan alasan anda.
(d) Jelaskan kepentingan pasaran baharu kepada Kafe Merries.
(e) Jelaskan kelebihan kepada usahawan baharu yang berminat untuk membuka kafe dengan menggunakan logo dan jenama Kafe Merries.