Bahagian A · Soalan 6 · 8 markah
Rajah 6.1
Rajah 6.1 menunjukkan sepasang kromosom homolog seorang individu yang mengandungi sepasang alel, iaitu H mewakili trait warna mata hitam dan h mewakili trait warna mata biru.
(a) Berdasarkan Rajah 6.1, definisikan alel.
(b) Rajah 6.2 ialah sebahagian rajah skema kacukan pewarisan faktor Rhesus dalam satu keluarga.
(b)(i) Lengkapkan Rajah 6.2.
(b)(ii) Pasangan ini mempunyai dua orang anak yang mewarisi faktor Rhesus bapanya. Anak pertama lahir dengan selamat tetapi anak kedua mengalami komplikasi kelahiran menyebabkan kematian.
Terangkan dari segi faktor Rhesus.
(b)(iii) Isterinya disarankan oleh doktor untuk menerima rawatan globulin anti-Rhesus bagi mengatasi komplikasi kelahiran mati untuk kelahiran seterusnya.
Wajarkan kepentingan saranan doktor tersebut.