Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 6 markah
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan sejenis bakteria primitif yang hidup dalam persekitaran yang sangat masin. Dinding selnya tidak mengandungi peptidoglikan.
(a)(i) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan alam dan jenis sel bagi organisma tersebut.
Alam:
Jenis sel:
(a)(ii) Labelkan nukleoid dengan huruf N dalam Rajah 1.
(b)(i) Jadual 1 menunjukkan hierarki taksonomi bagi organisma dalam Rajah 1.
| Peringkat | Takson |
|---|---|
| Filum | Euryarchaeota |
| Kelas | Halobacteria |
| Order | Halobacteriales |
| Famili | Halobacteriaceae |
| Genus | Halobacterium |
| Spesies | salinarum |
Jadual 1
Seorang murid menulis nama saintifik organisma itu sebagai salinarum halobacterium.
Kenal pasti dua kesilapan dalam menulis nama saintifik tersebut.
(b)(ii) Jika nama saintifik itu ditulis tangan, bagaimanakah ia harus ditulis?
Bahagian A · Soalan 2 · 6 markah
Rajah 2.1
Rajah 2.1 menunjukkan proses pertukaran gas yang berlaku di peparu.
(a)(i) Lukiskan arah pergerakan gas oksigen dengan menggunakan (——→) dan pergerakan gas karbon dioksida dengan menggunakan (⇐= =→) pada Rajah 2.1.
(a)(ii) Nyatakan pigmen dalam eritrosit yang mengangkut gas respirasi di dalam badan.
(b) Rajah 2.2 menunjukkan bagaimana eritrosit mengangkut 70% gas karbon dioksida.
Terangkan pembentukan ion bikarbonat dalam pengangkutan karbon dioksida.
(c) Rajah 2.3 menunjukkan sebuah keluarga menggunakan dapur arang di dalam bilik tertutup semasa gangguan bekalan elektrik. Selepas 30 minit, mereka berasa pening, sesak nafas dan pengsan.
Nyatakan mengapa aktiviti dalam Rajah 2.3 menyebabkan pening, sesak nafas dan pengsan.
Bahagian A · Soalan 3 · 7 markah
Rajah 3.1
Rajah 3.1 menunjukkan situasi seorang doktor yang sedang menggunakan Automated External Defibrilator (AED) terhadap seorang pesakit yang tidak sedarkan diri kerana mengalami penginfarkan miokardium. AED berjaya untuk memulihkan denyutan jantung pesakit kepada normal.
(a)(i) Berdasarkan Rajah 3.1, AED telah menghasilkan tindakan luar kawal pada jantung pesakit tersebut. Nyatakan mengapa tindak balas tersebut adalah luar kawal.
(a)(ii) Nyatakan sifat otot pada jantung.
(b) Rajah 3.2 menunjukkan seorang pesakit yang lumpuh seluruh badan.
(b)(i) Terangkan kesan gigitan semut api kepada gerak balas pesakit tersebut.
(b)(ii) Lengkapkan arka refleks dalam Rajah 3.3 jika situasi tersebut berlaku kepada individu yang normal.
* dengan melukis neuron yang terlibat
* arah pengaliran impuls ($\longrightarrow$)
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
Rajah 4.1
Rajah 4.1 menunjukkan lengan seorang lelaki yang sedang melakukan senaman dumbel.
(a)(i) Nyatakan nama sendi J dan K.
(a)(ii) Nyatakan bagaimana pergerakan di Rajah 4.1 berlaku.
(a)(iii) Bezakan antara sendi J dan sendi K.
| | J | K |
|---|---|---|
| Location: | $\quad$ | $\quad$ |
| Function: | $\quad$ | $\quad$ |
(b) Rajah 4.2 menunjukkan pergerakan seekor ikan.
Otot L mengalami kesukaran untuk mengecut. Terangkan kesan tersebut ke atas pergerakan ikan.
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan sepasang kromosom pada pokok kacang pis X. Ciri warna pod kacang pis ditentukan oleh sepasang alel (G dan g). Alel bagi pod kacang pis berwarna hijau diwakili oleh G dan alel bagi pod kacang pis berwarna kuning diwakili oleh g.
(a)(i) Nyatakan maksud lokus.
(a)(ii) Nyatakan genotip organisma tersebut.
(b) Terangkan bagaimana ciri warna pod pokok kacang pis X ditentukan.
(c) Pokok kacang pis X dikacukkan dengan pokok Y menghasilkan semua anak pokok yang mempunyai pod kacang pis berwarna hijau.
Nyatakan genotip bagi pokok Y. Terangkan mengapa.
Bahagian A · Soalan 6 · 8 markah
Rajah 6.1
Rajah 6.1 menunjukkan proses pendebungaan yang berlaku dalam tumbuhan berbunga.
(a)(i) Pada Rajah 6.1, labelkan K dan M dalam ruang yang disediakan.
(a)(ii) Struktur K dan struktur M menghasilkan gamet masing-masing. Berikan dua persamaan antara gamet yang dihasilkan oleh struktur K dan struktur M.
(b) Seorang pekebun telah menyembur pestisid untuk mengawal populasi serangga perosak di kebun tersebut. Aktiviti ini telah menyebabkan populasi lebah berkurang dengan mendadak.
Terangkan kesan aktiviti tersebut terhadap hasil tanamannya.
(c) Rajah 6.2 menunjukkan menunjukkan perkembangan dalam bunga selepas proses persenyawaan ganda dua.
Dalam Rajah 6.2, labelkan bahagian pada bunga yang akan berkembang menjadi struktur X dengan huruf Y.
Bahagian A · Soalan 7 · 9 markah
Rajah 7.1
Rajah 7.1 menunjukkan air tersejat dari permukaan daun yang melalui proses Q.
Lokasi: Taman Sekolah
(a)(i) Nyatakan proses Q.
(a)(ii) Namakan sel yang mengawal pembukaan liang bagi membolehkan wap air tersejat semasa proses Q berlaku.
(b)(i) Satu eksperimen telah dijalankan bagi mengkaji kesan keamatan cahaya terhadap kadar kehilangan air dalam pokok. Jisim awal pokok direkodkan pada pukul 8 a.m sebelum diletakkan di lokasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Jisim akhir pokok direkodkan pada pukul 4 p.m. Keputusan eksperimen ditunjukkan seperti di bawah.
Berdasarkan maklumat di atas, kirakan kadar kehilangan air pada pokok tersebut.
(b)(ii) Sekiranya pokok di taman sekolah dipindahkan ke padang, ramalkan kehilangan jisim pada pokok tersebut. Terangkan.
(c) Seorang petani ingin menanam tumbuhan di kawasan yang sering mengalami cuaca panas dan kering. Beliau mempunyai dua pilihan spesies:
• Spesies P: Mempunyai luas permukaan daun yang besar dan nipis.
• Spesies Q: Mempunyai daun yang kecil dan kehadiran bulu halus (trikom) pada epidermis bawah.
Petani tersebut ingin memaksimumkan hasil tanaman namun bimbang tentang kos pengairan. Kenal pasti spesies yang akan mengeluarkan hasil tanaman yang lebih tinggi. Justifikasi pilihan anda.
Bahagian A · Soalan 8 · 9 markah
Rajah 8.1
Rajah 8.1 menunjukkan individu mengalami penyakit genetik Hipertrikosis, sindrom Werewolf. Rajah 8.2 menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan penyakit tersebut apabila terdedah kepada mutagen.
(a) Berdasarkan Rajah 8.1 dan 8.2, terangkan bagaimana proses X menyebabkan perubahan fizikal kepada individu dalam Rajah 8.1.
(b) Rajah 8.3 menunjukkan individu yang menghidap sejenis kanser.
Nyatakan satu agen biologi yang boleh menyebabkan penyakit yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1 dan Rajah 8.3.
(c) Rajah 8.4 menunjukkan salah satu peringkat dalam pembahagian sel.
Bezakan kepentingan sel anak yang terhasil antara pembahagian sel dalam Rajah 8.4 dengan sel anak yang terhasil di sel soma.
(d) |**Kerosakan tisu rawan pada pinggul boleh dirawat dengan teknik yang menggunakan sel-sel daripada sum-sum tulang.**|
Berdasarkan pernyataan diatas, cadangkan kaedah yang boleh digunakan untuk merawat kerosakan tisu rawan tersebut.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Rajah 9.1
Auksin memberikan kesan yang berbeza kepada sel-sel di pucuk dan sel-sel di akar. Rajah 9.1 menunjukkan graf kesan kepekatan auksin terhadap pemanjangan pucuk dan akar.
(a) Berdasarkan Rajah 9.1, nyatakan inferens kesan kepekatan auksin yang tinggi terhadap pemanjangan pucuk dan akar.
(b) Kebun Pn.S telah dilanda ribut menyebabkan salah satu pasu pokok yang ditanam oleh beliau telah jatuh dan terbalik. Beliau hanya menyedari keadaan tersebut selepas dua minggu.
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan peranan auksin dan gerak balas pertumbuhan yang berlaku selepas 2 minggu terhadap:
• Pucuk / Shoots
• Akar / Roots
(c) Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan kehadiran fitohormon terhadap kadar pemasakan buah mangga.
| Beg Kertas P | 10 biji mangga muda disimpan di dalam beg kertas yang tertutup bersama beberapa biji pisang masak. |
| Beg Kertas Q | 10 biji mangga muda disimpan di dalam beg kertas yang tertutup. |
Bandingkan kesan kehadiran fitohormon terhadap pemasakan buah mangga di dalam beg kertas P dengan beg kertas Q selepas seminggu.
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
Rajah 10.1
Rajah 10.1 menunjukkan peringkat pertumbuhan manusia.
Rajah 10.2
Rajah 10.2(a) menunjukkan tapak pengumpulan sampah di kawasan perumahan. Rajah 10.2(b) menunjukkan metamorfosis nyamuk Aedes aegypti.
(a) Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan satu parameter yang boleh digunakan mengukur pertumbuhan.
(b)(i) Kawasan perumahan tersebut telah mengalami peningkatan demam denggi di kalangan penduduk. Berdasarkan Rajah 10.2(a) dan Rajah 10.2(b),
• Terangkan bagaimana keadaan tapak pengumpulan sampah tersebut mempengaruhi populasi nyamuk Aedes aegypti.
• Terangkan aktiviti yang boleh dilakukan oleh penduduk kawasan perumahan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
(b) Rajah 10.3(a) menunjukkan poster infografik tentang kaedah Wolbachia dan Rajah 10.3(b) menunjukkan kaedah konvensional dalam pengawalan nyamuk.
Kaedah Wolbachia digunakan untuk mengawal penyakit seperti denggi, Zika, dan Chikungunya dengan menyuntik bakteria Wolbachia ke dalam nyamuk Aedes aegypti. Bakteria ini menghalang virus denggi daripada membiak dalam nyamuk, menjadikannya kurang berupaya menyebarkan penyakit kepada manusia. Nyamuk Aedes yang mengandungi bakteria Wolbachia dikenali sebagai nyamuk Aedes berWolbachia.
(b)(ii) Bandingkan penggunaan kaedah Wolbachia dan kaedah konvensional dalam pengawalan nyamuk.
(c) Rajah 10.4 menunjukkan lengkung pertumbuhan untuk seekor serangga.
(c) (i) Q dan R adalah fasa-fasa pada lengkung pertumbuhan. Berdasarkan Rajah 10.4, terangkan perubahan yang berlaku pada setiap fasa.
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
Rajah 11.1
Rajah 11.1 menunjukkan sebahagian daripada salur darah di jantung.
(a)(i) Nyatakan ciri-ciri salur darah P.
(a)(ii) Rajah 11.2 menunjukkan keratan rentas salur darah P dalam Rajah 11.1 bagi individu yang mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Terangkan kesan tabiat pemakanan yang tidak sihat terhadap kesihatan individu tersebut.
(a)(iii) Cadangkan amalan untuk mengelakkan pembentukan enapan R dalam salur darah P. Terangkan.
(b) Rajah 11.3(a) menunjukkan keratan membujur jantung normal seorang kanak-kanak. Rajah 11.3(b) menunjukkan keratan membujur jantung seorang kanak-kanak mengalami kecacatan pada septum ventrikel.
Doktor menasihati kanak-kanak itu untuk menjalani pembedahan supaya septumnya kembali normal. Wajarkan nasihat doktor tersebut.