Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 6 markah
Rajah 1.1
Rajah 1.1 menunjukkan batang sawi yang dipotong kepada dua jalur yang sama saiz dan masing-masing diletakkan ke dalam larutan X dan larutan Y.
Rajah 1.2
Rajah 1.2 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada eksperimen tersebut selepas 15 minit.
(a) Berdasarkan Rajah 1.2, nyatakan jenis larutan X dan larutan Y.
(b) Terangkan keadaan jalur yang direndam dalam larutan X.
(c) Seorang pemain badminton dinasihatkan meminum minuman isotonik semasa pertandingan. Berikan dua sebab.
Bahagian A · Soalan 2 · 6 markah
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan air tawar.
(a)(i) Kenal pasti jenis tumbuhan ini berdasarkan habitatnya.
(a)(ii) Namakan tisu yang membantu tumbuhan tersebut terapung di permukaan air.
(a)(iii) Terangkan satu ciri penyesuaian yang terdapat pada akar tumbuhan tersebut untuk hidup di habitatnya.
Penyesuaian:
Penerangan:
(b) Sebuah syarikat kumbahan ingin menggunakan tumbuhan dalam Rajah 2 untuk merawat air yang tercemar. Cadangkan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terangkan.
Bahagian A · Soalan 3 · 7 markah
Rajah 3.1
Rajah 3.1 menunjukkan tindakan molekul X ke atas enzim lipase dengan kehadiran bahan P.
(a) Rajah 3.1 menunjukkan tindakan molekul X ke atas enzim lipase dengan kehadiran bahan P.
(a)(i) Berdasarkan Rajah 3.1, nyatakan nama bagi bahan P dan hasil Y.
(a)(ii) Terangkan bagaimana kehadiran bahan P mempengaruhi kadar tindak balas enzim lipase terhadap molekul X.
(b) Terangkan kelebihan penggunaan sabun pencuci pakaian tersebut.
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
Rajah 4.1
Rajah 4.1 menunjukkan aberasi kromosom yang berlaku pada manusia.
(a) Berdasarkan Rajah 4.1,
(a)(i) Berdasarkan Rajah 4.1, namakan jenis mutasi.
(a)(ii) Kenal pasti jenis perubahan struktur kromosom tersebut.
(a)(iii) Namakan satu contoh agen kimia yang menjadi punca kepada mutasi.
(b) Rajah 4.2 (a) dan Rajah 4.2 (b) menunjukkan keabnormalan yang berlaku semasa proses meiosis.
(b)(i) Berdasarkan Rajah 4.2 (a), terangkan bagaimana keabnormalan tersebut boleh berlaku pada Anak W.
(b)(ii) Lengkapkan jadual untuk menunjukkan perbezaan bagi jenis penyakit yang dihidapi oleh Anak W dan Anak Z.
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
Rajah 5.1
Rajah 5.1 menunjukkan Sel M dan Sel N yang menjalani dua jenis pembahagian sel yang berbeza.
(a)(i) Kenal pasti peringkat pembahagian sel bagi:
Sel M:
Sel N:
(a)(ii) Nyatakan kepentingan pembahagian sel M kepada kemandirian spesies organisma.
(b) Lukiskan peringkat pembahagian sel selepas peringkat yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 bagi sel M.
(c) Nyatakan perbezaan Sel M dan Sel N mengikut aspek berikut:
Perlakuan kromosom
Bilangan kromosom sel anak yang terhasil
(d) Rajah 5.2 menunjukkan kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan. Sepasang suami isteri ingin menyimpan darah tali pusat anaknya. Wajarkan kepentingan tindakan tersebut.
Bahagian A · Soalan 6 · 8 markah
Rajah 6.1
Rajah 6.1 menunjukkan faktor-faktor yang membantu pergerakan air dan garam mineral pada sebatang pokok Tualang.
Rajah 6.2
Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis tisu yang terlibat dalam sistem pengangkutan tumbuhan.
(a) Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan:
Faktor X:
Faktor Y:
(b) Faktor Y membantu pergerakan air ke bahagian daun bagi tumbuhan yang tinggi melalui daya tarikan yang berterusan di sepanjang salur M. Namakan daya pada salur M yang membantu faktor Y untuk menjalankan fungsi tersebut.
(c) Salur M telah dijangkiti sejenis kulat yang menyebabkannya rosak. Terangkan kesan kerosakan yang berlaku dalam salur M terhadap proses translokasi.
(d) Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis tisu yang terlibat dalam sistem pengangkutan tumbuhan. Bezakan struktur tisu R dan tisu S.
Bahagian A · Soalan 7 · 7 markah
Rajah 7.1
Rajah 7.1 menunjukkan struktur satu nefron dalam ginjal manusia yang terlibat dalam pembentukan air kencing.
(a)(i) Berdasarkan Rajah 7.1, nyatakan satu komponen darah yang tidak dapat merentasi struktur X.
(a)(ii) Terangkan proses M yang berlaku di antara struktur X dan kapsul Bowman.
(b) Seorang pesakit telah menjalani ujian air kencing. Keputusannya adalah seperti berikut:
Bahan: Glukosa
Keputusan: Dikesan
Berdasarkan keputusan di atas, terangkan keputusan ujian air kencing pesakit tersebut.
(c) Encik Y telah mengalami kemalangan yang menyebabkan kedua-dua ginjalnya tidak berfungsi. Doktor pakar menyarankan penggunaan ginjal biotiruan. Wajarkan saranan doktor tersebut.
Bahagian A · Soalan 8 · 9 markah
Rajah 8.1
Rajah 8.1 menunjukkan organ pembiakan betina sejenis tumbuhan.
Rajah 8.3
Rajah 8.3 menunjukkan satu teknik penghasilan buah anggur tanpa melibatkan proses persenyawaan.
(a) Nyatakan fungsi:
Nukleus X:
Nukleus Y:
(b) Lengkapkan Rajah 8.2 dengan melukis pembentukan tiub debunga yang menembusi ovul melalui mikropil dan pembentukan gamet jantan.
(c) Nyatakan satu perbezaan fungsi bagi dua gamet jantan dalam persenyawaan ganda dua.
(d) Rajah 8.3 menunjukkan satu teknik penghasilan buah anggur tanpa melibatkan proses persenyawaan. Berikan satu kebaikan dan satu keburukan teknik ini kepada pengguna.
(e) Pisang dari Filipina akan dibungkus secara vakum sebelum dieksport ke Malaysia. Wajarkan.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
Rajah 9.1
Rajah 9.1 menunjukkan gerak balas yang berlaku apabila tangan tersentuh objek panas.
Rajah 9.2
Rajah 9.2 menunjukkan seorang wanita sedang membaca buku.
Rajah 9.3
Seorang lelaki telah dipatuk oleh seekor ular berbisa.
(a)(i) Terangkan kepentingan gerak balas tersebut terhadap manusia.
(a)(ii) Huraikan lintasan impuls saraf yang menyebabkan gerak balas dalam Rajah 9.1.
(b) Bandingkan gerak balas pada Rajah 9.1 dan Rajah 9.2.
(c) Seorang lelaki telah dipatuk oleh seekor ular berbisa. Menggunakan maklumat dalam Rajah 9.3, terangkan bagaimana bisa ular itu boleh mengakibatkan kelumpuhan pada lelaki tersebut.
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
Rajah 10.1
Rajah 10.1 menunjukkan interaksi antara komponen biosis dalam suatu ekosistem.
Rajah 10.2
Rajah 10.2 menunjukkan hubungan antara populasi singa dan populasi rusa yang terdapat di satu habitat yang sama.
Rajah 10.3
Rajah 10.3 menunjukkan langkah-langkah dalam menguruskan pembangunan mampan untuk memelihara kelestarian alam sekitar.
Rajah 10.4
Rajah 10.4 menunjukkan tumbuhan halofit di paya bakau.
Rajah 10.5
Rajah 10.5 menunjukkan zon dalam satu ekosistem paya bakau.
(a)(i) Terangkan jenis interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.
(a)(ii) Berdasarkan Rajah 10.2, huraikan hubungan antara singa dan rusa.
(b) Berdasarkan Rajah 10.3, wajarkan sumbangan langkah-langkah pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan ekosistem dalam memelihara kelestarian alam sekitar.
(c)(i) Berdasarkan Rajah 10.4, terangkan penyesuaian struktur R.
(c)(ii) Berdasarkan Rajah 10.5, banding beza struktur akar yang terdapat pada zon I dan zon II.
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
Rajah 11.1
Rajah 11.1 menunjukkan dua jenis sel darah merah.
Rajah 11.2
Rajah 11.2 menunjukkan notis yang dikeluarkan oleh sebuah sekolah berkaitan sejenis penyakit pewarisan.
(a)(i) Seorang lelaki heterozigot Rh-positif berkahwin dengan seorang perempuan Rh-negatif dan dikurniakan anak.
Nyatakan genotip trait faktor Rhesus bagi lelaki dan perempuan tersebut.
(a)(ii) Dengan menggunakan rajah skema kacukan, apakah kebarangkalian anak mereka mempunyai darah Rh-positif?
(a)(iii) Terangkan bagaimana pewarisan faktor Rhesus boleh menyebabkan kematian anak kedua sekiranya anak pertama mempunyai faktor Rhesus yang berlainan dengan ibunya. Cadangkan satu cara untuk menyelamatkan anak kedua.
(b) Albino merujuk kepada individu yang dilahirkan dengan keadaan genetik kekurangan atau ketiadaan pigmen melanin dalam kulit, rambut, dan mata. Individu ini sering dikenali melalui warna kulit sangat cerah, rambut putih kekuningan, mata yang kelihatan kemerahan atau biru pucat dan sensitif terhadap cahaya.
Cadangkan cara-cara untuk mengurangkan gejala penyakit tersebut.
(c) Wajarkan saringan talasemia yang bermula di tingkatan 4.