Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 6 markah
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan pertumbuhan sel di hujung akar.
(a)(i) Namakan zon A dan zon B.
(a)(ii) Terangkan proses yang berlaku di zon A.
(b) Seorang petani mendapati tumbuhannya layu walaupun disirami air yang mencukupi. Beliau mendapati akar tumbuhan itu tidak dapat menyerap air dengan cekap. Terangkan satu kemungkinan masalah yang berlaku pada zon pembezaan sel dan kesannya terhadap penyerapan air oleh akar.
Bahagian A · Soalan 2 · 6 markah
Rajah 2.1
Rajah 2.1 menunjukkan dua contoh makanan bagi satu kelas makanan.
Rajah 2.2
Rajah 2.2 menunjukkan atlet berbasikal memerlukan makanan tambahan sebagai sumber tenaga tambahan ketika berbasikal dalam jarak yang jauh.
(a)(i) Namakan kelas makanan yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
(a)(ii) Nyatakan monomer bagi kelas makanan yang dinamakan dalam 2(a)(i).
(a)(iii) Nyatakan dua kepentingan kelas makanan yang dinamakan dalam 2(a)(i).
(b) Terangkan keperluan pengambilan makanan tambahan kepada atlet tersebut.
Bahagian A · Soalan 3 · 7 markah
Rajah 3.1
Rajah 3.1 menunjukkan suatu proses yang berlaku dalam satu sel.
$\text{Glukosa} + \text{Oksigen} \xrightarrow{\quad} \text{Karbon dioksida} + \text{Air} + \text{Tenaga}$
(a)(i) Namakan proses yang berlaku dalam Rajah 3.1.
(a)(ii) Nyatakan tempat berlakunya proses yang dinamakan di 3(a)(i).
(b) Rajah 3.2 menunjukkan seorang pelari pecut 100 m. Dalam situasi tersebut, dia berasa letih dan bernafas dengan cepat.
(b)(i) Terangkan mengapa pelari tersebut tercungap-cungap.
(b)(ii) Nyatakan perbezaan proses respirasi yang berlaku dalam Rajah 3.1 dan Rajah 3.2.
| Aspek | Rajah 3.1 | Rajah 3.2 |
|---|---|---|
| Pengoksidaan glukosa | $\quad$ | $\quad$ |
| Jumlah tenaga yang dihasilkan | $\quad$ | $\quad$ |
(c) Rajah 3.3 menunjukkan dua balang bertutup yang mengandungi kacang hijau yang dibiarkan pada suhu bilik.
(c) Selepas 24 jam, didapati bahagian luar balang A terasa panas berbanding balang B. Terangkan situasi tersebut.
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
Rajah 4.1
Rajah 4.1 menunjukkan struktur bunga yang didebungakan oleh agen pendebungaan.
Rajah 4.2
Encik K menanam pokok strawberi dalam rumah hijau miliknya di Cameron Highlands. Beliau mendapati pendebungaan semulajadi kurang berlaku.
(a) Berdasarkan Rajah 4.1
(a)(i) Nyatakan agen pendebungaan bagi bunga ini.
(a)(ii) Nyatakan satu ciri debunga yang dipindahkan oleh agen pendebungaan di 3(a)(i).
(b) Terangkan apa yang akan berlaku kepada debunga apabila dipindahkan ke stigma.
(c) Terangkan mengapa situasi ini berlaku.
(d) Bezakan organ pembiakan jantan dan organ pembiakan betina bunga.
| Organ pembiakan jantan bunga | Ciri | Organ pembiakan betina bunga |
|---|---|---|
| $\quad$ | Struktur-struktur yang membentuknya | $\quad$ |
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
Rajah 5.1
Rajah 5.1 menunjukkan salur pencernaan dalam manusia.
(a) Namakan struktur P dan Q.
(b) Enzim di dalam P hanya berfungsi secara cekap dalam nilai pH 8 sehingga 15. Terangkan bagaimana nilai pH tersebut dapat dikekalkan dalam P.
(c) Seorang murid didapati gemar mengambil buah limau dengan banyak setiap hari. Terangkan kesan pengambilan buah limau terlalu banyak ke atas pencernaan kanji di P.
(d) Rajah 5.2 menunjukkan struktur yang terlibat dalam penyerapan makanan tercerna.
(d) Kenalpasti perbezaan di antara kedua-dua cara penyerapan tersebut.
| Struktur | Makanan tercerna | Cara penyerapan |
|---|---|---|
| R | $\quad$ | $\quad$ |
| S | $\quad$ | $\quad$ |
Bahagian A · Soalan 6 · 8 markah
(a) Rajah 6.1 menunjukkan dua keadaan salur darah arteri yang terlibat dalam mekanisme kawal atur tekanan darah bagi seorang individu.
(a)(i) Nyatakan reseptor yang terlibat dalam mekanisme kawal atur tekanan darah.
(a)(ii) Nyatakan fungsi reseptor tersebut.
(b) Rajah 6.2 menunjukkan dua individu menjalankan dua aktiviti yang berbeza. Aras gula dalam darah bagi individu P telah meningkat manakala aras gula dalam darah bagi individu Q menurun.
(b)(i) Nyatakan organ yang terlibat dalam mengekalkan aras gula dalam darah.
(b)(ii) Berdasarkan Rajah 6.2, bezakan tindakan pengawalaturan bagi individu P dan individu Q.
| Individu P | Tindakan pengawalaturan | Individu Q |
|---|---|---|
| $\quad$ | Sel yang dirangsang | $\quad$ |
| $\quad$ | Hormon yang dirembeskan | $\quad$ |
(b)(iii) Seorang pesakit mengalami kegagalan organ di 6(b)(i) dan menyebabkan organ tersebut terpaksa dibuang melalui pembedahan. Terangkan kesan yang akan dialami oleh pesakit tersebut untuk tempoh jangka masa panjang selepas pembedahan.
Bahagian A · Soalan 7 · 9 markah
(a) Rajah 7.1(a) dan Rajah 7.1(b) menunjukkan dua jenis mutasi.
(a)(i) Nyatakan jenis mutasi yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1(a) dan Rajah 7.1(b).
(a)(ii) Terangkan proses pelenyapan yang berlaku dalam Rajah 7.1(a) dan Rajah 7.1(b).
(a)(iii) Pengambilan makanan tertentu boleh menghasilkan bahan mutagen yang merosakkan DNA dan menyebabkan mutasi. Cadangkan satu langkah untuk mengelakkan mutasi yang berpunca daripada makanan.
(b) Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis penyakit yang disebabkan oleh mutasi pada sel soma dan sel gamet.
(b)(i) Nyatakan perbezaan antara mutasi sel soma dan mutasi sel gamet.
| Mutasi sel soma | Mutasi sel gamet |
|---|---|
| $\quad$ | $\quad$ |
| $\quad$ | $\quad$ |
(b)(ii) Individu yang menghidap albinisme dinasihatkan oleh doktor untuk mengurangkan aktiviti luar pada waktu siang. Wajarkan nasihat tersebut.
Bahagian A · Soalan 8 · 9 markah
(a) Rajah 8.1 menunjukkan suatu tumbuhan yang hidup di kawasan padang pasir. Berdasarkan Rajah 8.1, kelaskan tumbuhan tersebut berdasarkan habitatnya.
(b) Rajah 8.2 menunjukkan sejenis tumbuhan iaitu teratai, Victoria sp. Terangkan bagaimana penyesuaian tumbuhan tersebut yang membolehkannya hidup di tasik.
(c) Rajah 8.3 menunjukkan pokok bakau yang hidup di kawasan paya bakau. Sekiranya pokok bakau tidak mempunyai akar seperti dalam Rajah 8.3, ramalkan kesan yang berlaku kepada tumbuhan tersebut.
(d) Rajah 8.4 menunjukkan sebuah ekosistem kolam.
(d)(i) Berdasarkan Rajah 8.4, tentukan satu komponen biotik dan satu komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem kolam.
Komponen biotik:
Komponen abiotik:
(d)(ii) Berdasarkan Rajah 8.4, bina satu rantai makanan yang terdapat dalam ekosistem kolam.
(d)(iii) Terangkan mengapa organisma P sangat penting dalam rantai makanan.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
(a) Rajah 9.1 menunjukkan satu kitar haid seorang wanita.
(a)(i) Terangkan fungsi hormon X dan hormon Y dalam kitar haid.
(a)(ii) Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan perubahan yang berlaku kepada aras hormon ovari dan penebalan dinding uterus sekiranya oosit sekunder disenyawakan.
(b) Rajah 9.2(a) menunjukkan masalah kesihatan yang dialami oleh seorang wanita yang merancang untuk hamil manakala Rajah 9.2(b) menunjukkan pil perancang untuk mengelakkan kehamilan.
(b)(i) Terangkan dua kaedah yang boleh dicadangkan untuk mengatasi masalah dalam Rajah 9.2(a).
(b)(ii) Seorang wanita mengambil pil seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2(b) untuk mengelakkan kehamilan. Terangkan bagaimana pil tersebut boleh mengelakkan kehamilan.
(c) Rajah 9.3 menunjukkan dua jenis kembar. Terangkan perbezaan antara kembar T dan kembar U.
(d) Rajah 9.4 menunjukkan lengkung pertumbuhan seekor belalang. Belalang merupakan serangga yang mempunyai rangka luar yang keras. Belalang menjalani proses W bagi membolehkan pertumbuhan dan perkembangan berlaku sehingga menjadi belalang dewasa.
Berdasarkan Rajah 9.4, terangkan lengkung pertumbuhan belalang itu.
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
Rajah 10.1
Rajah 10.1 menunjukkan sepasang kromosom homolog. Alel Q merupakan alel dominan bagi ciri lekapan cuping telinga bebas manakala alel q ialah alel resesif bagi ciri lekapan cuping telinga melekap.
(a) Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan maksud bagi alel.
(b) Rajah 10.2 menunjukkan perwarisan buta warna yang berlaku dalam sebuah keluarga. Buta warna ialah keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan warna merah dan hijau. Buta warna berlaku disebabkan alel resesif yang dibawa pada kromosom X.
(b)(i) Dengan menggunakan rajah skema, terangkan kebarangkalian anak-anak mewarisi buta warna.
(b)(ii) Dengan menggunakan pengetahuan biologi anda, cadangkan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti perwarisan buta warna dalam kalangan rakan kelas anda.
(c) Rajah 10.3 menunjukkan sebuah poster mengenai gejala-gejala yang dialami oleh pesakit hemofilia. Hemofilia adalah penyakit yang dibawa oleh gen terangkai seks dalam penentuan ciri seks seseorang individu. Pesakit hemofilia tidak boleh mengalami kecederaan serius dalam kehidupan sehariannya.
Wajarkan mengapa pesakit hemofilia perlu meminimumkan kecederaan dalam kehidupan sehariannya.
(d) Rajah 10.4 menunjukkan keratan akhbar mengenai program saringan talasemia yang dilancarkan pada tahun 2016 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
**Syor remaja 16 tahun jalani ujian saringan talasemia.
Kementerian Kesihatan disaran bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk mewajibkan pelajar Tingkatan Empat menjalani ujian saringan talasemia.
Berita Harian, 14 November 2016**
Rajah 10.4
(d) Terangkan bagaimana penyakit ini boleh diwarisi dan kesannya terhadap kesihatan seseorang.
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
(a) Rajah 11.1 menunjukkan ancaman yang boleh memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar akibat aktiviti manusia.
(a)(i) Terangkan maksud kelestarian alam sekitar.
(a)(ii) Berdasarkan Rajah 11.1, bincangkan ancaman tersebut terhadap manusia dan alam sekitar.
(b) Rajah 11.2 menunjukkan satu amalan yang menyumbang kepada kelestarian alam.
(b) Terangkan amalan lain yang boleh dilakukan untuk menyumbang kepada kelestarian alam bagi mengurangkan ancaman seperti Rajah 11.1.
(c) Rajah 11.3 menunjukkan keadaan komuniti yang terjejas akibat peperangan. Pada pandangan anda, terangkan bagaimana peperangan boleh mengancam sekuriti makanan komuniti tersebut.