Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 6 markah
(a) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan satu contoh habitat bagi tumbuhan X.
(b)(i) Tumbuhan X hidup dalam tanah yang lembut dan berlumpur. Tumbuhan ini juga banyak menerima keamatan cahaya matahari yang tinggi. Terangkan bagaimana tumbuhan X beradaptasi untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
(b)(ii) Tumbuhan X diletakkan di habitat air tawar. Terangkan kenapa tumbuhan X masih hidup.
(c)(i) Nyatakan satu ciri yang dapat anda perhatikan pada tumbuhan lidah buaya.
(c)(ii) Daripada ciri yang anda nyatakan pada soalan c(i), kenal pasti jenis tumbuhan ini berdasarkan habitatnya.
Bahagian A · Soalan 2 · 6 markah
(a) Rajah 2.1 menunjukkan pembentukan laktosa melalui satu tindak balas kimia.
(a)(i) Namakan molekul P dan molekul Q.
(a)(ii) Terangkan jenis tindak balas yang berlaku dalam Proses K.
(b) Seorang individu mengamalkan diet yang tinggi lemak tepu setiap hari. Terangkan kesan amalan tersebut terhadap kesihatan individu itu.
Bahagian A · Soalan 3 · 7 markah
(a) Rajah 3.1 menunjukkan sehelai daun yang mengalami klorosis. Nyatakan dua contoh nutrien yang menyebabkan klorosis apabila tumbuhan mengalami kekurangan nutrien tersebut.
(b) Rajah 3.2 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang dijumpai di dalam hutan. Berikan dua perbezaan penyesuaian nutrisi tumbuhan yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
(c) Rajah 3.3 menunjukkan tumbuhan P yang dimasukkan ke dalam larutan kultur tetapi tanpa kalsium nitrat, Ca(NO$_{3}$)$_{2}$. Ramalkan keadaan tumbuhan P dalam Rajah 3.3 selepas satu bulan dimasukkan ke dalam larutan kultur tersebut.
Bahagian A · Soalan 4 · 7 markah
(a)(i) Namakan komponen yang banyak ditemui dalam sel ini.
(a)(ii) Nyatakan fungsi komponen di (a)(i).
(b) Sel mesofil palisad tersusun dengan rapat di dalam daun dan mempunyai kepadatan kloroplas yang sangat tinggi. Terangkan keadaan ini.
(c) Rajah 4.2 menunjukkan seekor burung kelicap yang kelihatan pegun semasa sedang menghisap nektar. Burung ini mampu mengepakkan sayapnya sehingga 80 kali sesaat. Berdasarkan situasi di atas, jelaskan adaptasi pada sel di kepak burung kelicap tersebut.
Bahagian A · Soalan 5 · 8 markah
(a)(i) Namakan kelenjar M.
(a)(ii) Nyatakan satu contoh hormon yang dirembeskan oleh organ N dan fungsinya mengawalatur aras glukosa dalam darah.
(b) Rajah 5.2 menunjukkan struktur nefron dalam ginjal manusia.
(b)(i) Encik Y telah menghidap diabetes mellitus selama 15 tahun. Penyakit ini telah menyebabkan kerosakan pada struktur M dalam Rajah 5.2. Huraikan kesan kerosakan pada struktur M terhadap sistem urinari Encik Y.
(b)(ii) Jadual 1 menunjukkan sebahagian kandungan hasil turasan dalam P dan Q. Terangkan satu perbezaan kandungan dalam P dan Q.
Bahagian A · Soalan 6 · 8 markah
(a) Namakan jenis organisma yang mempunyai lengkung pertumbuhan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.
(b) Nyatakan satu contoh organisma yang mengalami pertumbuhan jenis ini.
(c) Bezakan lengkung pertumbuhan dalam Rajah 6 dengan lengkung pertumbuhan manusia.
| Lengkung Pertumbuhan P | Lengkung Pertumbuhan Manusia |
|---|---|
| | |
(d) Terangkan mengapa organisma jenis ini mempunyai lengkung pertumbuhan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.
(e)(i) Ekdisis ialah proses penyalinan rangka luar bagi organisma yang menjalani pertumbuhan ini. Tandakan X untuk proses ekdisis pada Rajah 6.
(e)(ii) Ramalkan apakah yang akan berlaku jika organisma ini gagal menjalani proses X.
Bahagian A · Soalan 7 · 9 markah
(a)(i) Nyatakan maksud pengguna tertier.
(a)(ii) Terangkan satu kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem tersebut.
(a)(iii) Bina satu rantai makanan yang terdiri daripada empat aras trof.
(a)(iv) Ramalkan apa yang berlaku jika semua pengguna primer mati?
(b) Penyataan berikut mengenai populasi panda gergasi.
Kajian ada menunjukkan populasi panda gergasi (Ailuropoda melanoleuca) di China menurun sebanyak 70% sejak 50 tahun yang lalu. Panda gergasi kini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 dan dikelaskan sebagai Species Terancam Kritikal oleh IUCN.
-The Guardian, 5 September 2016
(b)(i) Nyatakan nama saintifik bagi panda gergasi.
(b)(ii) Penurunan populasi panda gergasi boleh memberi kesan kepada biodiversiti. Wajarkan kepentingan usaha pemuliharaan panda gergasi terhadap keseimbangan ekosistem.
Bahagian A · Soalan 8 · 9 markah
(a)(i) Berdasarkan Rajah 8.1 namakan aplikasi teknologi yang telah digunakan.
(a)(ii) Nyatakan dua contoh sampel yang boleh diambil daripada bayi tersebut.
(b) Berdasarkan jalur DNA dalam Rajah 8.1, tentukan bayi yang mana adalah anak kandung pasangan tersebut? Terangkan jawapan anda.
(c)(i) Dalam satu kes pembunuhan, sebilah kapak yang mempunyai kesan darah telah ditemukan oleh pihak polis di tempat kejadian. Sampel DNA diekstrak daripada kesan darah pada bilah kapak. Suspek utama kes pembunuhan ini didapati mempunyai kembar seiras. Terangkan apakah masalah yang akan timbul dalam mengenalpasti penjenayah sebenar menggunakan teknik di (a)(i).
(c)(ii) Nyatakan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Bahagian B · Soalan 9 · 20 markah
(a)(i) Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan bagaimana ciri warna bulu ditentukan.
(a)(ii) Rajah 9.2 menunjukkan dua ekor arnab P dan Q. Arnab jantan P adalah heterozigot manakala arnab betina Q adalah homozigot resesif. Berdasarkan Rajah 9.2, lukiskan rajah skema untuk menerangkan pewarisan yang berlaku antara arnab P dan arnab Q.
(b) Rajah 9.3(a) dan Rajah 9.3(b) menunjukkan kariotip bagi dua individu yang mempunyai penyakit genetik.
(b)(i) Banding dan bezakan penyakit yang dihidapi bagi kedua-dua individu tersebut.
(b)(ii) Rajah 9.4 menunjukkan poster berkaitan penyakit albinisme dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan Rajah 9.4, cadangkan cara mengurangkan gejala penyakit tersebut.
(c) Rajah 9.5 menunjukkan seorang juru X-ray sedang mengendalikan mesin X-ray. Terangkan bagaimana pendedahan di tempat kerja tersebut boleh memberi risiko terhadap tahap kesihatan juru X-ray tersebut.
Bahagian B · Soalan 10 · 20 markah
(a) Rajah 10.1 menunjukkan sistem X dan sistem Y.
(a)(i) Nyatakan dua fungsi sistem X.
(a)(ii) Berdasarkan Rajah 10.1, banding dan bezakan sistem X dan sistem Y.
(a)(iii) Murid P tiba-tiba dikejar oleh seekor anjing semasa berjalan pulang dari sekolah. Terangkan bagaimana sistem X dan sistem Y membantu murid P menghadapi situasi tersebut.
(b) Rajah 10.2 menunjukkan gerak balas M dan gerak balas N. Banding dan bezakan antara gerak balas M dan gerak balas N.
(c) Semasa pemeriksaan kesihatan, doktor mengetuk tendon di bawah tempurung lutut seorang pesakit Z menggunakan tukul refleks. Kaki pesakit Z tersentak ke hadapan. Terangkan bagaimana gerak balas tersebut berlaku.
Bahagian C · Soalan 11 · 20 markah
(a) Rajah 11.1 menunjukkan aktiviti manusia yang memberi kesan negatif terhadap ekosistem.
(a)(i) Terangkan kesan aktiviti tersebut terhadap ekosistem.
(a)(ii) Cadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan tersebut.
(b) Rajah 11.2 menunjukkan perubahan populasi manusia di dunia dari tahun 1050 hingga 2025. Seorang pemaju mencadangkan pembukaan kawasan hutan untuk pembangunan perumahan bagi menampung peningkatan populasi manusia. Wajarkah cadangan tersebut.
(c) Penduduk di kawasan M semakin meningkat sehingga menyebabkan kekurangan kawasan perumahan. Bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah, pihak berkuasa merancang untuk membuka sebuah penempatan baharu yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti sekolah, hospital, sistem pengangkutan dan kawasan rekreasi. Walau bagaimanapun, pembangunan tersebut perlu dilaksanakan secara lestari bagi meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
Sebagai seorang perancang bandar, rancang satu pelan pembangunan lestari bagi kawasan M yang dapat memenuhi keperluan penduduk tanpa menjejaskan alam sekitar.