📝

Karangan BM SPM — KEDAH 2026
Bahagian A & B

Soalan karangan Bahasa Melayu SPM KEDAH 2026 Bahagian A & B — 5 soalan penulisan berformat SPM dengan contoh karangan AI.

5Soalan
AIContoh Karangan
SPMFormat
Lihat Semua Karangan →

Bahagian A — Karangan Berpandu · 1 Soalan

Soalan 1
**Bahagian A** [30 markah] Soalan ini mesti dijawab Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan semangat kejiranan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang **semangat kejiranan**. Panjangnya huraian anda hendaklah antara **150 hingga 200 patah perkataan**.

Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan

Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar · Soalan 1
**1. Pantun Sungai dan Kita** Padi Makasar hijaunya rata, Mentari terbit menyuluh bendang; Sungai tercemar masyarakat derita, Pelbagai penyakit datang bertandang. Pohon lemuni tumbuhnya rendah, Tampak mekar rimbun di laman; Risau petani tiada sudah, Air tercemar musnahkan tanaman. Alunan puisi didendang perlahan, Jiwa meruntun bait dikarang; Kawasan rekreasi hilang keindahan, Saban tahun pelancong berkurang. Azmi Md Said Bandar Baharu, Kedah Berdasarkan pantun di atas, huraikan kesan-kesan pencemaran alam sekitar terhadap masyarakat dan negara.
Peranan Memelihara Monumen Bersejarah · Soalan 2
**2.** Bangunan bersejarah atau monumen tidak hanya mengenai pengorbanan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sebelum ini tetapi turut menjadi lambang ketamadunan bangsa Malaysia. Oleh itu, kesedaran untuk memelihara monumen bersejarah ini memerlukan sokongan padu daripada pihak kerajaan, warga pendidik dan masyarakat. Sumber: Internet Berdasarkan petikan di atas, huraikan peranan pihak-pihak tersebut bagi mewujudkan kesedaran untuk memelihara monumen bersejarah.
Cabaran Memastikan Penggunaan Bahasa Melayu dengan Betul · Soalan 3
**3.** Penggunaan media sosial seperti Tik Tok, Facebook dan WhatsApp telah mendominasi pergaulan harian masyarakat hari ini. Namun, keadaan ini menjadi cabaran besar kepada penguasaan bahasa Melayu. Norma ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana wujudnya penggunaan bahasa rojak dalam kalangan generasi muda. Sumber: Dewan Bahasa, Jun 2025 Huraikan cabaran yang dinyatakan dalam petikan berserta cabaran-cabaran lain untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu dengan betul.
Manfaat-manfaat Kemajuan Sektor Pertanian · Soalan 4
**4.** Kemajuan sektor pertanian telah membuka lembaran baharu kepada ekonomi negara yang sebelum ini hanya bertumpu kepada bidang perkhidmatan dan pembuatan semata-mata. Kini, kemajuan sektor pertanian bukan sahaja mampu meningkatkan jumlah peluang pekerjaan malah menjanjikan perkongsian teknologi antara negara-negara maju. Dalam jangka masa panjang, kemajuan sektor ini juga mampu memastikan negara tidak lagi bergantung kepada produk-produk import seperti padi dan jagung. Sumber: Internet Huraikan manfaat-manfaat kemajuan sektor tersebut.

🔒 Contoh karangan penuh tersedia untuk ahli

Buka Contoh Karangan →

Set Karangan BM Lain

💼 Belajar BM — boleh jadi apa?
📰 Wartawan Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI ⚖️ Peguam Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 🎨 Pereka Grafik Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →