Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Kesan-kesan Penebangan Hutan · Soalan 1
Bahagian B
[70 markah]
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan.
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1SHAH ALAM Malaysia berkemungkinan kehilangan hutan seluas 2,346,601 hektar bersamaan 100 kali ganda saiz Kuala Lumpur. Kajian oleh satu kumpulan alam sekitar, RimbaWatch turut menganggarkan aktiviti pembersihan hutan berpotensi mengurangkan litupan hutan Malaysia kepada 15,636,737 hektar atau 47.35 peratus daripada keluasan tanah seluruh negara pada masa akan datang.Isu penebangan hutan ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
Sumber: [www.sinarharian.com](https://www.sinarharian.com).my, 21 Mac 2023
Bincangkan kesan-kesan tersebut.
Kepentingan Budaya Menabung · Soalan 2
Secara umumnya, rakyat negara ini tidak mempunyai kesedaran dalam amalan menabung atau menyimpan wang. Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata budaya menabung dalam kalangan rakyat kita masih rendah sekali gus menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Hakikatnya, budaya menabung ini sangat penting terutamanya untuk kegunaan ketika menghadapi situasi kecemasan.
Sumber: [www.bharian.com](https://www.bharian.com).my, 30 Oktober 2020
Huraikan kepentingan yang terdapat dalam petikan di atas berserta kepentingan-kepentingan lain budaya tersebut.
Peranan Mengatasi Kesesakan Jalan Raya · Soalan 3
Di Malaysia, kesesakan jalan raya telah lama menjadi masalah yang tiada titik noktah, malah sehingga kini kelihatan lebih serius dan merugikan banyak pihak. Antara lokasi yang sering menjadi titik panas kesesakan dan menerima rungutan pengguna jalan raya ialah Lembah Kelang, Melaka, Pulau Pinang dan beberapa bandar lain atas pelbagai faktor seperti proses perbandaran dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang berlaku di negara kita.
Sumber: malaysiagazette.com.my, 6 Julai 2023
Huraikan peranan-peranan tersebut.
Faktor Remaja Menghisap Vape · Soalan 4
Penggunaan rokok elektronik atau vape secara berleluasa dalam kalangan remaja bukan lagi isu sampingan tetapi memuncak menjadi krisis nasional. Mengikut statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), pada 2017 kadar penggunaan vape dalam kalangan remaja adalah 9.8 peratus, meningkat kepada 14.9 peratus pada 2022. Menurut Dr. Nizam Baharom daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), antara faktor yang mendorong golongan remaja terlibat dalam aktiviti ini seperti pengaruh rakan sebaya, promosi melalui media sosial dan perasaan ingin mencuba.
Sumber: [www.bernama.com](https://www.bernama.com).my, 21 Januari 2026
Berdasarkan petikan di atas, bincangkan faktor-faktor tersebut.