Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Manfaat kemahiran bertutur dalam bahasa asing · Soalan 1
**Bahagian B**
[70 markah]
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan.
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
**1**
SHAH ALAM - Kemahiran bertutur dalam bahasa asing pada masa ini sudah menjadi suatu tarikan kerana mampu meluaskan peluang pekerjaan. Seorang pekerja swasta, Azrey Hendery, 23, berkata, kemahiran ini dapat memberikan peluang kepada individu untuk mendapat lebih banyak kenalan dan mengenali budaya sesuatu kaum dari dalam dan luar negara.
Huraikan manfaat-manfaat kemahiran tersebut.
Sumber: www.sinarharian.com.my
Punca-punca masalah ponteng sekolah · Soalan 2
**2**
PUTRAJAYA: Sejumlah 3.59 peratus dalam kalangan murid sekolah direkodkan ponteng sekolah bagi sesi akademik 2023/2024. Jumlah ini bersamaan dengan 182,848 orang murid daripada jumlah keseluruhan murid, iaitu sebanyak 5,093,272 berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Masalah ponteng sekolah ini berlaku antaranya disebabkan murid bekerja untuk membantu keluarga.
Sumber: Utusan Malaysia
Huraikan punca yang dinyatakan dalam petikan dan punca-punca lain berlakunya masalah tersebut.
Peranan pelbagai pihak mengekalkan budaya dan warisan · Soalan 3
**3**
Pada era globalisasi ini, budaya dan warisan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima pengaruh luar. Pendedahan kepada filem, muzik dan fesyen melalui platform digital seperti TikTok, YouTube dan Netflix telah memperkenalkan pelbagai budaya asing kepada rakyat Malaysia. Misalnya, trend berfesyen dan budaya makanan dari Barat. Oleh itu, peranan pelbagai pihak amat penting untuk mengekalkan budaya dan warisan Malaysia.
Huraikan peranan-peranan tersebut.
Sumber: www.jendeladbp.dewanbudaya.com
Cabaran merancakkan aktiviti pelancongan tempatan · Soalan 4
**4**
Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM1 000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 ialah usaha kerajaan bagi menggalakkan aktiviti melancong dalam negara bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa langkah itu mampu merancakkan aktiviti pelancongan tempatan. Walau bagaimanapun, beliau juga melahirkan kebimbangan tentang cabaran untuk merancakkan aktiviti ini, iaitu peningkatan harga penginapan di destinasi popular seperti Langkawi.
www.bharian.com.my
Selain cabaran yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan cabaran-cabaran lain untuk merancakkan aktiviti tersebut.