Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Bidang Pertanian · Soalan 1
Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II mempunyai misi untuk menarik minat golongan muda terutama lepasan universiti yang enggan menceburkan diri dalam bidang pertanian. Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, dengan ilmu pengetahuan graduan berkenaan dapat menjana pendapatan.
Sumber: [https://www.hmetro.com.my/](https://www.hmetro.com.my/)
Huraikan kelebihan yang dinyatakan dalam petikan berserta kelebihan-kelebihan lain menceburi bidang tersebut.
Penyakit Berjangkit · Soalan 2
Penyakit berjangkit merupakan satu fenomena biososial. Bagi mencegah penularan penyakit berjangkit ini semua pihak perlu memastikan sumber air yang digunakan bersih. Semasa mengendalikan makanan atau minuman hendaklah sentiasa mencuci tangan. Elakkan makan makanan yang tidak dibasuh dan tidak dimasak. Selain itu, agensi kesihatan perlu bekerjasama dengan agensi keselamatan bagi membendung kemasukan pekerja asing yang tidak terkawal serta tanpa saringan kesihatan untuk mengekang penularan penyakit berjangkit.
Sumber: Dewan Siswa, Bil. 9/2018
Berdasarkan petikan, huraikan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut.
Semangat Patriotisme · Soalan 3
Semangat patriotisme merujuk perasaan cinta akan negara yang mendalam dan semangat ini penting serta menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat. Namun sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme semakin luntur dalam kalangan masyarakat khususnya para remaja. Dalam usaha meningkatkan semangat ini dan mengekalkan perpaduan, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan penting.
Sumber: Berita Harian, Mac 2021
Sebagai respons kepada pernyataan di atas, bincangkan peranan pelbagai pihak dalam menyuburkan semangat tersebut.
Tekanan Individu · Soalan 4
Tekanan atau stres merupakan satu keadaan emosi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tidak kira usia mahupun latar belakang. Dalam dunia serba pantas ini, tekanan hidup sering kali datang tanpa diduga, sama ada daripada kerja, pelajaran, hubungan sosial mahupun masalah kewangan. Namun, tekanan atau stres yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Sumber :[https://www.bharian.com.my](https://www.bharian.com.my)
Bincangkan punca-punca berlakunya tekanan kepada individu.