Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Perpaduan Melalui Program Perayaan · Soalan 1
1. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum. Kepelbagaian ini mencerminkan perpaduan yang kukuh dan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Kerajaan giat melaksanakan program sambutan perayaan pelbagai kaum bagi mengukuhkan perpaduan rakyat.
Sumber: Internet
Huraikan usaha yang terdapat dalam petikan di atas berserta usaha-usaha lain untuk mengukuhkan hasrat tersebut.
Agropelancongan · Soalan 2
2. Agropelancongan merupakan aktiviti pelancongan yang berasaskan sektor pertanian dan industri asas tani. Industri agropelancongan di Malaysia melibatkan pelbagai destinasi seperti ladang, dusun buah-buahan, kawasan penternakan dan pusat perikanan yang dibuka untuk kunjungan pelancong. Industri ini dapat mempromosikan produk tempatan, memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.
Sumber: www.malaysia.agrotourism
Berdasarkan petikan di atas, huraikan manfaat-manfaat tersebut.
Ciri-Ciri Pemimpin Berintegriti · Soalan 3
Pantun Pemimpin Harapan Bangsa
Sorong papan tarik papan,
Kayu disusun di tepi halaman;
Pemimpin berintegriti jadi harapan,
Adil saksama pemacu zaman.
Burung berkicau di hujung titi,
Daun gugur di atas batu;
Pemimpin bertanggungjawab penuh pasti,
Rakyat hidup damai bersatu.
Rhaza, Kangar
Pantun di atas menyatakan ciri-ciri pemimpin.
Huraikan ciri-ciri tersebut.
Cabaran Kecerdasan Buatan (AI) · Soalan 4
4. Pada era digital ini, kecerdasan buatan (AI) perlu dibudayakan supaya menjadi pemangkin transformasi dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pendidikan, dan perkhidmatan. Namun, kekurangan pengetahuan digital merupakan cabaran yang dihadapi.
Sumber: www.utm.my
Selain cabaran yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan cabaran-cabaran tersebut.