Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Usaha Memelihara Arca Awam · Soalan 1
Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Arca awam ialah karya seni yang memperlihatkan kreativiti pengarca dalam penghasilan bentuk unik. Arca Tugu Negara di ibu kota Kuala Lumpur, tiga arca kucing di bandar raya Kuching, dan arca ikan todak di bandar raya Kota Kinabalu merupakan sebahagian daripada landskap bandar yang terus dipamerkan sebagai karya seni dengan nilai estetika yang wajar dihargai.
Sumber: Risalah Pelancongan Art in The City
Sebagai respons kepada petikan di atas, huraikan usaha-usaha untuk memelihara seni tersebut.
Keistimewaan Malaysia (Pelancongan) · Soalan 2
Dalam belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana industri pelancongan merupakan antara sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi negara. Tidak dinafikan bahawa Malaysia kaya dengan warisan sejarah dan keindahan alam semula jadi. Malaysia juga terkenal sebagai syurga beli-belah yang popular dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia.
Sumber: [www.bernama.com](https://www.google.com/search?q=https%3A%2F%2Fwww.bernama.com)
Berdasarkan petikan di atas, huraikan keistimewaan-keistimewaan tersebut.
Kepentingan Bahasa Kebangsaan · Soalan 3
Penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi, pendidikan dan komunikasi harian dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Bahasa ini sentiasa digunakan secara meluas dan terus diutamakan dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan perlu menggalas tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa.
Sumber: [www.jendeladbp.dewanbudaya.com]
Huraikan kepentingan yang dinyatakan dalam petikan berserta kepentingan-kepentingan lain penggunaan bahasa tersebut.
Punca Vandalisme (Selain Melepaskan Geram) · Soalan 4
Vandalisme ialah tabiat seseorang membinasakan harta benda awam. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotorkan atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Gejala vandalisme ini turut berlaku di sekolah kerana murid menganggap tabiat ini sebagai satu cara untuk melepaskan geram kepada orang lain. Tabiat buruk ini turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Sumber: www.lamintang.orgSelain punca yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan punca-punca lain berlakunya tabiat tersebut.