📝

Karangan BM SPM — PERAK 2026
Bahagian A & B

Soalan karangan Bahasa Melayu SPM PERAK 2026 Bahagian A & B — 5 soalan penulisan berformat SPM dengan contoh karangan AI.

5Soalan
AIContoh Karangan
SPMFormat
Lihat Semua Karangan →

Bahagian A — Karangan Berpandu · 1 Soalan

Soalan 1
Grafik dan maklumat di bawah berkaitan dengan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan

Gejala Buli · Soalan 1
Peningkatan gejala buli yang melibatkan kes serangan fizikal dan cacian merupakan penyakit sosial yang semakin membarah dalam pelbagai lapisan masyarakat, sama ada di institusi pendidikan, di tempat kerja atau di ruang maya. Keadaan tersebut memberikan kesan mendalam terhadap mangsa, termasuklah menyebabkan kemurungan. Sumber: Dewan Masyarakat, September 2025. Huraikan kesan yang dinyatakan dalam petikan berserta kesan-kesan lain terhadap mangsa akibat gejala tersebut.
Sambutan Bulan Kebangsaan · Soalan 2
Mutakhir, sikap masyarakat yang kurang melibatkan diri dalam program patriotik menyebabkan sambutan Bulan Kebangsaan kelihatan semakin hambar walhal sambutan ini mendatangkan pelbagai kebaikan. Antara kebaikannya ialah sambutan ini mampu menunjukkan rasa bangga akan negara, memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk dan mengenang pengorbanan nenek moyang. Sumber: Dewan Masyarakat, 31 Ogos 2024. Berdasarkan petikan di atas, huraikan kebaikan-kebaikan sambutan tersebut.
Pengangguran Graduan · Soalan 3
Menurut statistik yang terkini, kadar pengangguran graduan pada tahun lalu adalah sebanyak 4.6 peratus dan meningkat kepada 5.2 peratus. Isu pengangguran graduan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti ilmu dan kemahiran yang dipelajari kurang sesuai dengan kehendak pekerjaan, sikap memilih pekerjaan serta kecenderungan majikan yang lebih mengutamakan pekerja berpengalaman. Sumber: Sinar Bestari, 19 Disember 2025. Berdasarkan petikan di atas, huraikan faktor-faktor tersebut.
Demam Denggi · Soalan 4
PUTRAJAYA: Sebanyak 123,133 kes demam denggi dilaporkan pada tahun 2023 berbanding dengan 66,102 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3 peratus. Peningkatan kes ini sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa masyarakat. Namun begitu, wabak demam denggi mampu diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Sumber: Astro Awani, 15 Januari 2024. Huraikan peranan-peranan tersebut.

🔒 Contoh karangan penuh tersedia untuk ahli

Buka Contoh Karangan →

Set Karangan BM Lain

💼 Belajar BM — boleh jadi apa?
📰 Wartawan Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI ⚖️ Peguam Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 🎨 Pereka Grafik Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →